Warganegara Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi boleh menggunakan kaedah baru yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu menggunakan sistem MySPR Daftar. Ia boleh dilakukan secara online dengan begitu mudah dan boleh dilakukan pada bila – bila masa sahaja. Dahulunya, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menggunakan kaedah manual secara pengisian borang untuk mendaftar sebagai pengundi. Namun, kini SPR telah melaksanakan sistem yang lebih efisien dan menjimatkan masa bagi warganegara yang ingin mendaftar sebagai pengundi.
Sebelum mendaftar sebagai pengundi, terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipatuhi terlebih dahulu, antara :
- Mestilah memiliki kad pengenalan serta merupakan warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Menetap dan tinggal di kawasan pilihanraya yang ingin didaftarkan.
- Kelayakan yang tidak dihalang oleh undang – undang yang berkuatkuasa.
- Memiliki nombor telefon bimbit dan emel yang sah.
- Membuat pengesahan menggunakan kad pengenalan dengan mengemukakan gambar depan kad pengenalan serta gambar swafoto bersama kad pengenalan sebagai bukti pengenalan diri (gambar tersebut hendaklah bersaiz kurang dari 500kb dengan format jpg, jpeg dan png).
Cara Mendaftar Sebagai Pemilih
- Layari laman web rasmi SPR di http://www.spr.gov.my dan klik butang MYSPR DAFTAR atau https:mysprdaftar.spr.gov.my.
- Setelah skrin Log Masuk Akaun MySPR Daftar dipaparkan, klik butang PERMOHONAN AKAUN BARU (Permohonan ini hanya untuk warganegara yang bukan anggota polis atau tentera).
- Skrin Permohonan Akaun Pengguna akan dipaparkan.
- Masukkan maklumat yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan, nama penuh seperti dalam kad pengenalan, nombor telefon bimbit, emel, kata laluan dan pengesahan kata laluan, soalan keselamatan bersama jawapan pengesahan dan alamat lengkap seperti dalam kad pengenalan.
- Muat naik gambar kad pengenalan serta gambar swafoto bersama kad pengenalan.
- Masukkan captcha yang tertera.
- Tandakan apada kotak “Saya telah membaca syarat – syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih”.
- Klik butang Hantar.
- Satu notifikasi akan dipaparkan dan klik butang PASTI untuk meneruskan permohonan.
- Sistem akan membuat pengesahan dan satu paparan mesej akan anda diterima dengan mesej, “Permohonan pendaftaran akaun pengguna Tuan / Puan telah diterima dan diproses. Satu notifikasi telah dihantar kepada emel”.
- Anda akan menerima satu notifikasi Permohonan Akaun Pengguna melalui emel yang telah didaftarkan. Sekiranya tiada emel diterima di dalam inbox, anda perlu menyemak di bahagian spam.
- Permohonan anda anda dihantar terus kepada pegawai SPR. Mereka akan membuat pengesahan dan anda akan menerima satu emel pengaktifan mengikut masa yang telah ditetapkan.
- Setiap permohonan yang dihantar antara jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam pada hari bekerja akan diproses pada hari yang sama sebelum jam 5.30 petang.
- Sekiranya permohonan dibuat selepas jam 12.00 tengahari pada hari bekerja, ia akan diproses pada hari yang berikutnya sebelum jam 5.30 petang.
- Permohonan yang dibuat pada hari kelepasan am, Sabtu atau Ahad, permohonan hanya akan diproses pada hari bekerja berikutnya sebelum jam 5.30 petang.
Cara – cara Mengaktifkan Akaun
- Pegawai SPR yang bertugas akan membuat pengesahan bagi setiap permohonan yang dihantar oleh pengguna dan satu emel pengaktifan akaun akan dihantar kepada emel pengguna yang telah didaftarkan.
- Setelah menerima emel Pengaktifan Akaun, anda perlu klik pada link yang diberikan.
- Skrin Pengaktifan Akaun akan tertera dan masukkan nombor kad pengenalan serta kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
- Klik butang MOHON TAC dan sistem akan menghantar nombor TAC melalui SMS ke nombor telefon bimbit pengguna.
- Masukkan no TAC yang diterima dan klik butang HANTAR.
- Sistem akan membuat pengesahan dan Skrin Log Masuk MySPR Daftar akan dipaparkan.
Cara Log Masuk Akaun
- Masukkan nombor kad pengenalan, kata laluan serta captcha yang tertera. Klik butang Log Masuk.
- Sistem akan membuat pengesahan dan paparan skrin Dashboard Pengguna akan dipaparkan.
- Paparan di Dashboard Pengguna adalah berdasarkan rekod pengguna dengan SPR.
- Sekiranya pengguna tidak mempunyai sebarang rekod, paparan yang kelihatan adalah kosong tanpa sebarang maklumat.
- Pengguna boleh menyemak maklumat yang terdapat di dalam sistem MySPR. Sekiranya terdapat sebarang kesalahan maklumat, atau ingin membuat sebarang pindaan, pengguna hanya perlu Log Masuk akaun dan mengemaskini maklumat yang terkini di dalam sistem.
Pemohon yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung pendaftaran undi online, boleh menghubungi talian hotline SPR di 03-8892 7018 pada waktu pejabat atau hantarkan sebarang pertanyaan melalui sistem aduan SPR di http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.
Boleh daftar awal bagi yang belum daftar. Ingat! Mengundi adalah tanggungjawab kita bersama.