Sebagai seorang pengguna kenderaan bermotor di jalan raya, anda seharusnya memiliki lesen memandu yang sah. Lesen memandu tersebut mestilah belum tamat tempoh. Sekiranya, lesen memandu telah tamat tempoh, anda seharusnya memperbaharuinya secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Kegagalan untuk memperbaharuinya akan meletakkan diri anda dalam risiko disaman oleh pihak berkuasa samada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Jika anda tidak tahu cara untuk menyemak tarikh tamat tempoh lesen memandu anda, berikut merupakan cara untuk menyemak tarikh luput lesen memandu dengan lebih mudah iaitu disemak secara online sahaja.
Cara Membuat Semakan Lesen Memandu Online
- Anda boleh menyemak tarikh tamat lesen memandu melalui laman web rasmi JPJ di https://www.jpj.gov.my dan klik butang Lesen Memandu Semak Tarikh Luput.
- Anda boleh juga melayari terus ke portal semakan tarikh luput lesen memandu di https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-tarikh-luput-lesen-memandu
- Sila pilih Kategori ID samada PENDUDUK / PEMASTATUTIN SEMENTARA (MYKAS) / PENDUDUK TETAP MALAYSIA (PTM) / ORANG AWAM MALAYSIA (MyKAD) / ANGGOTA POLIS (POL) / ANGGOTA TENTERA (TEN) / BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA (LLN)
- Masukkan no ID pengguna
- Masukkan kod sekuriti seperti yang tertera dengan tepat
- Klik butang Semak
- Skrin akan memaparkan Hasil Carian dengan butiran seperti berikut : i. Nama
ii. No. Pengenalan
iii. Kategori ID
iv. Jenis Lesen
v. Tarikh Mula
vi. Tarikh Tamat
Sistem semakan online ini boleh digunakan untuk menyemak tarikh tamat tempoh bagi Learner’s Driving License (LDL), Probationary Driving License (PDL) mahupun Competent Driving Licence (CDL). Bagi pemandu kenderaan yang memiliki lesen memandu telah tamat tempoh boleh dikenakan denda sebanyak RM 300.
Lesen memandu tamat tempoh boleh diperbaharui di cawangan pejabat / kaunter JPJ dan juga rangkaian Pejabat Pos Malaysia Berhad di seluruh Malaysia. Setiap pembaharuan lesen memandu boleh dibuat bagi tempoh minima 1 tahun hingga 5 tahun sahaja. Bagi pemandu yang gagal memperbaharui lesen memandu dalam tempoh 3 tahun, pemandu perlu menjalani semula ujian bagi mendapatkan lesen memandu.
Kesimpulan
Pengguna yang memandu tanpa memiliki lesen memandu yang sah adalah merupakan satu kesalahan yang dikenakan tindakan denda atau saman. Proses pembaharuan lesen boleh dibuat dengan mudah dan pantas di mana – mana cawangan atau kaunter JPJ, malah ia juga boleh dilakukan di mana – mana cawangan Pejabat Pos Malaysia.
Pada masa kini, pihak JPJ telah menggunakan tarikh lahir pemandu sebagai tarikh tamat tempoh lesen memandu bagi memudahkan pemandu mengingati tarikh tamat tempoh lesen memandu. Namun, biarpun kaedah ini telah diperkenalkan kepada rakyat Malaysia, namun masih terdapat sebilangan kecil yang gagal memperbaharuinya dalam tempoh yang ditetapkan.
Oleh sebab itu, Jabatan Pengangkutan Jalan telah memperkenalkan satu sistem bagi menyemak tempoh tamat lesen memandu dengan hanya melayari laman web rasmi JPJ. Sistem yang diperkenalkan ini sangat mudah digunakan, di mana pemandu hanya perlu memasukkan ID untuk menyemak tarikh tamat tempoh lesen memandu.
Pemandu juga boleh melihat maklumat lesen yang pernah diperolehi termasuklah Learner’s Driving License (LDL) yang merupakan lesen awal sebelum mendapatkan lesen memandu penuh. Semakan kini lebih mudah dengan hanya menggunakan telefon pintar dengan jaringan internet di mana hampir semua rakyat Malaysia memilikinya. Ia boleh disemak pada bila – bila masa sahaja dan di mana sahaja dengan mudah.