ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Penulis Jemputan
Apa Maksud STEM Dan Kaitan Dengan Pembelajaran

Apa Maksud STEM Dan Kaitan Dengan Pembelajaran

Irene November 25, 2019 No Comments
  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share

Dasar pendidikan dan kurikulum sekolah sering berubah seiring dengan kemajuan negara.

Di zaman yang serba moden dan pesat dengan teknologi, negara memerlukan tenaga kerja yang produktif dan berkualiti terutama dalam bidang sains dan teknologi.

Apa Itu STEM?

STEM merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginnering dan Matematik. Keperluan terhadap STEM wujud apabila negara memerlukan tenaga kerja mahir dalam bidang tersebut. Sebagai contoh, di Amerika, 80% pekerjaan terlibat dalam bidang ini.

Apa Pula Kaitannya Dengan Pembelajaran?

Pastinya anda sudah biasa mendengar tentang pembelajaran Abad ke-21. STEM dan pembelajaran abad ke-21 berjalan seiringan dalam sistem pendidikan yang semakin membangun.

STEM diperlukan bagi memastikan pelajar dapat berfikir dengan lebih kritis dan inovatif untuk menyelesaikan masalah dan cabaran dunia luar apabila terlibat dalam bidang pekerjaan.

Di universiti juga, bidang ini sangat diberi perhatian. Ini kerana, jumlah pelajar yang mengambil bidang tersebut semakin menurun. Tidak dinafikan juga, pembelajaran di dalam bidang ini memerlukan daya fikir dan intelektual yang tinggi untuk mendapat kelulusan.

Ini boleh dijadikan faktor utama kepada kurangnya minat pelajar terhadap bidang ini.

Apabila melibatkan pembelajaran, masalah ini bukan dihadapi oleh pelajar sahaja malah para guru juga. Mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan sistem kurikulum yang baru untuk membantu pelajar menerima ilmu yang ingin disampaikan dengan lebih produktif.

Kementerian pendidkan juga telah menetapkan matlamat untuk mencapai nisbah 60:40 pelajar sains berbanding sastera atau sains sodang sial pada peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi.

Jadi, bagaimana pihak yang bertanggungjawab terutamanya ibu bapa dapat menarik minat anak mereka untuk meminati bidang ini?

Cara Menarik Minat Pelajar Terhadap STEM

1. Menyediakan Alat Radas Yang Lengkap

Pihak sekolah harus berusaha dengan gigih bagi menyediakan keperluan selengkapnya terutamanya di makmal sains. Sesetengah sekolah tidak mempunyai peralatan yang cukup dan terpaksa berkongsi alat radas. Ini menyebabkan sesetengah pelajar tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melibatkan diri dalam beberapa eksperimen. Oleh itu, mereka tidak mendapat pengalaman yang secukupnya dalam pembelajaran pada hari tersebut dan kaitannya dengan kehidupan seharian.

Info Tambahan :  Bersabar Ketika Berinteraksi Sesama Manusia

2. Beli Gadjet Berkaitan Dengan STEM

Pasti para guru dan ibubapa tertanya-tanya berkaitan kos yang diperlukan untuk membeli barangan tersebut. Anda tidak perlu risau kerana gadjet ini boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Sebagai contoh:

  • Kit Binaan
  • Buku Eksperimen Sains
  • Rubix Cube
  • Puzzle
  • Kanta Pembesar

Dan banyak lagi. Ini merupakan contoh untuk menarik minat anak-anak pada usia yang masih kecil. Daripada membiarkan anak-anak bermain gajet(game) setiap masa, adalah lebih elok untuk memperkenalkan mereka dengan permainan yang mencabar minda seperti ini.

Jika mempunyai bajet yang lebih, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli alatan seperti teleskop, mikroskop dan alat radas sains yang lain.

3. Menyelesaikan Masalah

Sebagai cotoh, jika di rumah anda mempunyai masalah seperti kebocoran, litar pintas dan sebagainya, sangat digalakkan untuk menyuruh anak anda mencari jalan penyelesaian. Ini sedikit sebanyak membantu mereka berfikir bagi menghadapi masalah yang lebih sukar.

4. Mengadakan Ceramah Motivasi

Pihak sekolah memainkan peranan yang penting bagi menjemput pakar-pakar motivasi dalam bidang sains dan teknolgi untuk memberikan pendedahan dan ceramah yang bermanfaat kepada para pelajar.

Sebagai kesimpulan, semua pihak terutamanya Kementerian Pendidikan haruslah terus berusaha mencari jalan penyelesaian supaya pelajar lebih berminat mengambil bidang ini untuk diajadikan sebagai kerjaya pada masa hadapan.

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share
Prev Article
Next Article

About The Author

Avatar
Irene

Related Articles

Semakan Status Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0
Facebook Twitter Pinterest share Bantuan Prihatin Nasional 2.0 adalah bantuan …

Semakan Status Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Facebook Twitter Pinterest share Baru-baru ini Telekom Malaysia telah mengadakan …

Kelebihan Jasa Pack Untuk Guru

Facebook Twitter Pinterest share Facebook Twitter Pinterest share Info Tambahan …

5 Cara Membuat Duit Dengan Bermain Permainan Video

Permohonan Baru BPR
Facebook Twitter Pinterest share Cara Buat Permohonan Baru BPR 2021. …

Cara Buat Permohonan Baru BPR 2021

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Komen Terkini

  • Avatar Jundullah98 on Video Reaksi Pelik Unta Ketika Salji di Padang Pasir: “Alhamdulillah…. Sambil-sambil dapat sebarkan manfaat kepada sesama muslim.”
  • ZackC ZackC on Video Reaksi Pelik Unta Ketika Salji di Padang Pasir: “Wah..bagus saudara.. patut la asyik menulis berkaitan agama..”
  • Zul Raihan Zul Raihan on Mitos atau Realiti : Bunian Wujud atau Tidak: “Terima kasih, akhi.inshaa Allah tu.”
  • Avatar Jundullah98 on Tawaran Diskaun Saman Trafik 2020: “Inisiatif yang baik daripada pihak PDRM untuk menyegerakan dan meringankan pembayaran saman. Semoga diskaun ini dapat terus diperkasa kepada pesalah…”
  • Avatar Jundullah98 on Game Android Terbaik Sepanjang Masa: “Semua game ni saya belum cuba lagi sebab risau ketagih. Sekali dah kena bisanya, bukan senang nk rawat. Penulis ada…”
  • Avatar Jundullah98 on Buah-buahan Dan Manfaatnya: “Banyak sebenarnya manfaat melalui pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam Islam sendiri, nabi mengajar umatnya supaya memakan buah-buahan sebelum makan makanan…”
  • Avatar Jundullah98 on Cara Menolong Orang Yang Mengalami “Panic Attack”: “Nak tanyalah.. Kalau orang yang fobia dengan jarum… Bagaimana yea? Boleh tenangkan dengan cara ni x”
  • Avatar Jundullah98 on Cara Mohon BPN Online Fasa 2 (BPN 2.0): “BPN mula diedarkan bulan berapa yea?”

Terkini

  • Bolehkah Manusia Berkahwin Dengan Jin?
  • Mitos atau Realiti : Bunian Wujud atau Tidak
  • 4 Halangan Mengusai Bahasa Arab
  • Wirid Selepas Solat Yang Boleh Anda Lazimi
  • Membebaskan Kesulitan Hutang
  • Cara Membuat Temujanji Klinik Kesihatan Secara Online
  • Cara Mendaftar E-Filing LHDN 2021
  • Video Reaksi Pelik Unta Ketika Salji di Padang Pasir

Terbaik Bulanan

  • Perlukah PdPR Online diteruskan ?
  • Keikhlasan Dan Menghadirkan Niat Dalam Segala Perbuatan
  • Video Reaksi Pelik Unta Ketika Salji di Padang Pasir
  • Cara Membuat Temujanji Klinik Kesihatan Secara Online
  • Bolehkah Manusia Berkahwin Dengan Jin?

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2021 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz