ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
    • Aplikasi Online
    • Device
    • Gadjet
    • Keselamatan
    • Komputer
    • Laman web
    • Permainan Video
    • Software
    • Telefon
    • Telekomunikasi
  • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Blog
  • Hiburan
  • Automobile
  • Umum
Home
Aplikasi
Apa Itu PayDirect Dan Kegunaannya

Apa Itu PayDirect Dan Kegunaannya

Irene October 3, 2019
Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

PayDirect merupakan satu aplikasi yang baru diperkenalkan di Malaysia pada Februari 2018. Aplikasi ini memudahkan para pengguna untuk membayar tol di lebuhraya. Tidak dinafikan di Malaysia, jumlah kenderaan meningkat dari tahun ke tahun kerana menjadi kewajipan untuk memeliki kenderaan sendiri bagi memudahkan urusan ke lokasi yang ingin dituju.

Oleh itu, pengenalan kepada aplikasi baharu ini dapat mempercepatkan urusan para pengguna lebuhraya tanpa perlu beratur di lorong tambah nilai. Pasti anda sendiri pernah mengalami situasi dimana kad Touch n Go anda tidak mempunyai baki yang mencukupi dan menyukarkan pengguna lebuhraya yang lain. Jadi, saya akan membawa anda untuk lebih mengenali apa itu PayDirect dan kegunaannya pada masa kini.

Apa Itu PayDirect?

PayDirect merupakan aplikasi yang memudahkan pengguna untuk membayar tol menggunakan Touch n Go eWallet. Anda masih menggunakan kad fizikal iaitu Touch n Go tetapi baki ditolak terus dari eWallet dan bukan daripada kad Touch n Go.

Bagi yang tidak mengetahui apa itu eWallet, ianya merupakan dompet digital dimana anda menyimpan wang, kad debit, kad kredit dan juga maklumat akaun bank di dalam satu aplikasi. Secara terperinci, eWallet menggantikan dompet fizikal supaya anda tidak perlu membawanya kemana-mana.

Kegunaan PayDirect

Cara menngunakan PayDirect ini sangat mudah. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi ini di Apple App Store dan Google Play Store. Kemudian, hubungkan kad fizikal Touch n Go anda ke dalam eWallet. Untuk memudahkan lagi para pengguna, anda boleh mengaktifkan fungsi auto-reload yang ada di dalam aplikasi tersebut supaya ianya boleh membuat tambah nilai secara automatik jika baki eWallet berada di tahap yang minima.

Untuk menarik lebih ramai lagi pengguna menggunakan aplikasi ini, pengguna PayDirect boleh menikmati 100% rebat tol. Pengguna baru boleh menerima 3x 100% rebat tol. Selain itu, PayDirect menawarkan perlindungan kemalangan diri bernilai RM10,000 dan juga rebat tol tanpa had.

Menurut Touch n Go, mereka kini dalam usaha untuk meluaskan lagi penggunaan PayDirect ke semua jenis perkhidmatan lain di dalam ekosistem Touch n Go seperti transit, tempat letak kenderaan, serta penambahan senarai rakan niaga. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh pergi ke laman web rasmi Touch n Go eWallet di https://www.tngdigital.com.my/

Prev Article
Next Article

About The Author

Irene

Related Articles

diskaun saman trafik
Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda ! Facebook …

Tawaran Diskaun Saman Trafik 2020

Revolusi Industri
Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda ! Facebook …

Kesan Revolusi Industri 4.0

Leave a Reply

Cancel reply

Terkini

  • Semakan Status Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0
  • 10 Skincare Terbaik Untuk Lelaki
  • 5 Modem WiFi Simcard Unlimited Internet
  • Cara Menabung Menggunakan Tabung Warna
  • Permohonan UTHM Program Eksekutif Dan Profesional

Komen Terkini

  • Mr.Reading on 10 Contoh Online Business Yang Laku Keras
  • ARDEY BIN MOHD SAH on Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19
  • Mr.Reading on Tangguhan Moratorium di Belanjawan 2021
  • Mohd ridzuan bin hassa on Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19
  • Mohamad sairi on Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2021 ZonCyber
Theme by XpresiSC

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh