ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
    • Aplikasi Online
    • Device
    • Gadjet
    • Keselamatan
    • Komputer
    • Laman web
    • Permainan Video
    • Software
    • Telefon
    • Telekomunikasi
  • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Blog
  • Hiburan
  • Automobile
  • Umum
Home
Penulis Jemputan
Apa Itu Jurusan Pengurusan Maklumat?

Apa Itu Jurusan Pengurusan Maklumat?

AIDA ANUM ABDULLAH December 19, 2020
Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Ada di antara anda yang sedang membaca ini merupakan seorang pelajar jurusan pengurusan maklumat? Atau mungkin anda merupakan bekas dari jurusan tersebut? Anda pasti sudah tahu apa sebenarnya jurusan ini. Tetapi buat pelajar pengambilan sesi baharu yang mendapat tawaran dari kos ini pasti tertanya-tanya apakah yang akan dipelajari dari jurusan ini.

Untuk pengetahuan semua, jurusan pengurusan maklumat ini ditawarkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Tetapi, tidak semua cawangan UiTM mempunyai kos ini. Terdapat beberapa cawangan UiTM yang menawarkan kursus ini antaranya UiTM Segamat di Johor, UiTM Puncak Perdana di Selangor, UiTM Machang di Kelantan, UiTM Rembau di Negeri Sembilan dan UiTM Samarahan di Sarawak. Jurusan pengurusan maklumat ini di bawah Fakulti Pengurusan Maklumat.

jurusan pengurusan maklumat

 

Jurusan Pengurusan Maklumat Belajar Tentang Apa?

Pertama sekali, anda perlu lebih terbuka minda tentang jurusan pengurusan maklumat ini, jika anda merupakan seorang pelajar yang mahu menyambung pelajaran ke tahap lebih tinggi selepas SPM, tetapi anda tidak mahu subjek yang anda pelajari ketika di universiti mempunyai matematik, ini merupakan kos terbaik untuk anda. Kos Pengurusan Maklumat tiada langsung subjek pengiraan atau matematik, sebaliknya kos ini banyak menghafal fakta dan juga teori. Jika anda seorang yang suka menghafal, kos ini mungkin akan menarik minat anda untuk belajar dengan lebih dalam.

Ketika di Semester 1, anda akan didedahkan tentang maksud sebenar maklumat. Sebelum ini mungkin anda tahu sedikit sebanyak sahaja tentang maklumat yang ada tetapi selepas beberapa bulan anda mempelajari subjek-subjek tersebut, anda bakal mengetahui sesuatu perkara dan info yang anda tidak tahu sebelum ini.

Sejujurnya, 80% daripada pembelajaran dari kos ini banyak melibatkan tentang perpustakaan, arkib, muzium dan record center. Kenapa belajar tentang perpustakaan? Arkib tu apa? Apa kena-mengena muzium dengan kos ini? Record center tu office apa? Semua itu anda akan pelajari di Semester 1 dan Semester 2.

Anda juga bakal didedahkan sepenuhnya tentang cara penyimpanan rekod yang sudah tidak digunakan lagi di Arkib Negara. Mungkin sebelum ini anda tidak tahu apakah fungsi Arkib Negara. Tetapi selepas sahaja anda faham satu per satu apa yang dipelajari, pasti anda tidak menyangka betapa besarnya tempat penyimpanan rekod yang sudah tidak digunakan itu.

Di Semester 4, anda bakal mempelajari tentang Cataloguing. Subjek ini agak sukar jika tidak dipelajari dari awal kerana ianya melibatkan kod dalam penyimpanan buku di perpustakaan. Anda mungkin tidak perasan tetapi hakikatnya, buku yang disimpan dan disusun di perpustakaan itu bukan disusun sesuka hati. Ianya perlu disusun dan disimpan mengikut prosuder yang telah ditetapkan mengikut perpustakaan tersebut.

Bukan itu sahaja, malah kos ini juga mengajar anda tentang teknologi dan sistem. Jika anda merupakan seseorang yang mahir dalam bidang IT, kursus ini juga mempunyai subjek tersebut. Anda akan mengenali komponen-kompenen komputer di Semester 1. Kemudian anda juga akan didedahkan dengan maklumat terperinci tentang software, hardware, jenis-jenis komputer, penggunaan dan pengeditan gambar menggunakan Adobe Photoshop, pemasangan CPU komputer, komponen motherboard, penyuntingan video menggunakan software tertendu dan anda juga bakal belajar coding untuk membuat laman web sendiri di semester yang seterusnya. Anda pasti akan berasa seronok jika anda berminat dalam bidang IT seperti ini. Namun, pembelajarannya tidaklah sedalam jurusan Sains Komputer dan Multimedia. Tetapi cukuplah untuk anda tahu asas-asas dalam penggunaan teknologi.

 

 

Jurusan Pengurusan Maklumat Susah Ke?

“Bagi saya course Information Management ni susah sebab dia terlalu banyak teori berbanding praktikal jadi kami sebagai pelajar perlu menghafal pelbagai jenis teori untuk persiapan ketika peperiksaan dan sebagainya,” kata Ardini Anisah Abd Razak, 20 salah seorang pelajar tahun akhir Diploma dalam Jurusan Pengurusan Maklumat di Universiti Teknologi Mara cawangan Segamat di Johor.

Tetapi kepada pelajar pengambilan sesi baharu yang sudah pun menerima tawaran jurusan ini tidak perlulah risau kerana jika anda yakin dan berminat, anda pasti akan berjaya. Namun sebelum anda mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di bidang ini, anda perlu mengkaji serba sedikit tentang pembelajaran yang anda pilih. Jangan tersilap pilih sehingga anda mengambil keputusan untuk berhenti dan menunggu tawaran lain. Bukan sahaja anda membuang masa, tetapi anda juga mungkin menghancurkan hati pelajar yang betul-betul minat dalam bidang ini.

Perlu ingat, setiap pandangan itu berbeza-beza. Mungkin ada di antara mereka yang sudah menamatkan pelajaran dalam kos ini mengatakan bahawa ianya mudah kerana tiada pengiraan, tetapi ada juga yang mengatakan bahawa kos ini agak sukar kerana terlalu banyak penghafalan dalam setiap subjek. Tidak dinafikan, memang benar. Tetapi jika tidak duduk merasa di dalam kelas dan belajar satu per satu, anda tidak akan tahu bagaimana perasaannya mempelajari tentang kos ini.

 

Habis Belajar Boleh Jadi Apa?

Salah satu keistimewaan jurusan ini adalah tawaran pekerjaan yang pelbagai atau dalam erti kata mudahnya, skop pekerjaan bagi kos ini sangat luas. Anda bukan sahaja boleh menjadi seorang pustakawan, tetapi anda juga layak untuk menjadi seorang record manager, seorang ahli arkib negara, officer, pensyarah, seorang pakar IT dan sebagainya. Skop pekerjaan bagi kos ini tidak terikat untuk satu bidang sahaja. Jika terdapat tawaran pekerjaan, jangan segan silu untuk menghantar resume anda kepada mereka untuk dibaca. Anda mungkin akan ditempatkan di jawatan kosong tersebut atau mungkin anda akan diletakkan di bahagian yang sama dengan bidang yang anda pelajar ketika di Universiti.

Jadi, kepada pelajar pengambilan sesi baharu yang sudah menerima tawaran kos ini, anda kini tidak lagi perlu risau tentang subjek yang bakal dipelajari. Anda juga tidak perlu risau dengan kesukaran subjek yang bakal dihadapi kerana ianya mungkin bakal menjadi kenangan bagi anda jika anda sudah pun menamatkannya.

 

“To acquire knowledge, one must study;
but to acquire wisdom, one must observe.”
– Marilyn vos Savant –

Prev Article
Next Article

About The Author

AIDA ANUM ABDULLAH

Related Articles

Panic Attack
Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !FacebookTwitterPrintMakan lebih …

Buah-buahan Dan Manfaatnya

skincare terbaik untuk lelaki
Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !FacebookTwitterPrintBercakap tentang …

10 Skincare Terbaik Untuk Lelaki

Leave a Reply

Cancel reply

Terkini

  • Semakan Status Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0
  • 10 Skincare Terbaik Untuk Lelaki
  • 5 Modem WiFi Simcard Unlimited Internet
  • Cara Menabung Menggunakan Tabung Warna
  • Permohonan UTHM Program Eksekutif Dan Profesional

Komen Terkini

  • Mr.Reading on 10 Contoh Online Business Yang Laku Keras
  • ARDEY BIN MOHD SAH on Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19
  • Mr.Reading on Tangguhan Moratorium di Belanjawan 2021
  • Mohd ridzuan bin hassa on Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19
  • Mohamad sairi on Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2021 ZonCyber
Theme by XpresiSC

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh