ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Umum
Amalan Agar Otak Cerdas Dan Kuat Hafalan

Amalan Agar Otak Cerdas Dan Kuat Hafalan

Zul Raihan November 3, 2021 No Comments
  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share

Otak memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia.Pada otak itu terdapat akal yang mampu membezakan manusia dengan makhluk lain yang ada di dunia.Ianya merupakan anugerah Allah yang paling bernilai dan sangat berharga.

Namun,tidak semua manusia memiliki akal yang cerdas dan bijak.Mereka sering menggunakan akal yang ada hanya untuk keperluan nafsu semata.

Oleh sebab itu, akal perlu diurus dengan bijaksana berpandukan kepada wahyu Allah SWT.Islam diturunkan adalah untuk menjawab segala persoalan yang terlintas di fikiran manusia serta membina kefahaman manusia secara optimum.

Amalan Untuk Otak Yang Cerdas

1. Melazimi Do’a

Ketikamana seseorang hamba Allah itu menginginkan ingatan yang lebih baik maka, mintalah kepada Al-Mujib (penjawab doa).

2.Cukup Istirahat dan Tidur

Istirahat yang cukup, serta tidur yang mencukupi, kemudian memiliki aktiviti olahraga yang baik, dapat membantu kesihatan seseorang individu itu secara menyeluruh.

3. Makan Makanan Manis

Sepertimana yang diungkapkan oleh sebilangan para ilmuan, terdapat beberapa makanan tertentu yang dapat meningkatkan memori atau daya ingatan seseorang.Antara makanan yang disarankan adalah seperti madu dan buah kismis.

4.Berserah Diri Kepada Allah

Orang yang sentiasa berserah diri kepada Allah SWT adalah orang yang beriman dan bertaqwa. Ia adalah orang yang cuba untuk menghindarkan diri daripada dosa.Meninggalkan dosa dapat membuatkan seseorang itu memiliki pengetahuan yang lebih baik.

5.Bekam

Bekam adalah kaedah perubatan yang sering dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Ianya lebih dikenali sebagai kaedah perubatan yang kondusif untuk mengubati berbagai macam jenis penyakit dan menjaga kesihatan.

6.Bersiwak

Bersiwak diyakini dapat meningkatkan daya ingatan dan memberikan kesihatan pada gigi dan mulut.

7.Selalu Mengingati Allah

Info Tambahan :  Websites Terbaik Mendapatkan Templat Slide Pembentangan PowerPoint Percuma

Cara untuk meningkatkan daya ingatan otak adalah dengan mengingati Sang Maha Pencipta Allah SWT. Para ilmuwan percaya bahawa mengingati Allah SWT secara terus-menerus akan meningkatkan daya ingatan yang lebih positif.

8.Tidak meninggalkan Solat

Solat bukan hanya sebuah kewajiban,bahkan Allah SWT memerintahkan solat karena ianya memiliki manfaat terutama bagi kecerdasan untuk otak.

9.Menghafal Al-Quran

Metode menghafal akan menambahkan daya ingatan seseorang, apatah lagi menghafal Al-Quran. Hal ini sudah terbukti akan keberkesanannya, orang yang kerap menghafal Al-Quran daya ingatannya akan semakin tajam dan kuat.

10.Menjalankan Puasa Sunnah

Mengajarkan anak berpuasa sunnah juga dapat meningkatkan kecerdasannya.

11.Berfikiran Positif

Stress mampu menghancurkan neuron otak, sekaligus menghalang proses produksi neuron.Sebaliknya, dengan berfikiran positif akan lebih cenderung untuk mempercepatkan proses produksi neuron.

12.Meningkatkan Aktiviti Olahraga

Ketikamana tubuh bergerak, oksigen semakin meningkat, proses neurogenesis pun menjadi lebih optimum.

Kategori Lupa

Dari aspek perubatan,lupa juga dikenali sebagai amnesia.Terdapat beberapa jenis lupa yang sering berlaku dalam masyarakat seperti :

1.Lupa secara spontan

2.Sindrom Otak

3.Sindrom Otak Organik

Definisi Lupa

• Lupa Secara Spontan

Lupa secara spontan ini paling kerap berlaku kepada manusia.Kekerapan lupa spontan yang terjadi banyak berhubungkait dengan sikap individu yang gemar meremehkan serta mengabaikan sesuatu perkara dan juga cuai.

• Sindrom Otak

pascatraumatik (selepas mengalami trauma)Berlaku apabila otak mengalami kecederaan akibat gegaran kepada otak.

•Sindrom Otak Organik

Berlakunya perubahan ke atas fungsi otak apabila berlaku penyalahgunaan dadah,pengambilan alkohol melampau serta pengambilan ubat melebihi dos dan tiada kawalan.

Syaitan juga sebenarnya mempunyai keupayaan untuk membuat seseorang itu lupa terhadap sesuatu perkara.Ini dibuktikan dalam kisah Nabi Musa bersama pembantunya ketika dalam perjalanan untuk mencari Nabi Allah Khidir.

Info Tambahan :  Pembinaan Rumah Kasih Keluarga Malaysia 2022

Kaedah dan Doa Rawatan Penyakit

Bagi mengelakkan diri daripada sering lupa dan memohon supaya Allah mengekalkan ingatan kita,pelbagai ikhtiar dilakukan oleh masyarakat sama ada memakan makanan yang mencerdaskan minda seperti kismis hitam dan sebagainya.

Amalan penerang hati adalah kaedah yang sentiasa harus diamalkan bagi mengelakkan diri dari masalah lupa.

Doa penerang hati dibacakan kepada air serta orang yang berhajat.Air tersebut digunakan untuk minum dan disapu ke muka terutama apabila ingin menimba ilmu.Berikut adalah kombinasi doa penerang hati.

1.Surah Al-Fatihah ( 7Kali )

(بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ)

( الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ *الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ *مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ *إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ *اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ * صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ.)

[ Surat Al-Fatihah Ayat 1- 7 ]

2.Surah Al-Insyirah

(بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ)

( أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ * وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ * الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ * وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ * فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا * إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا * فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ * وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَبْ)

[ Surat Al-Insyirah 1 – 8 ]

3.Doa Penerang Hati

يَا مُعَلِّمَ إِبْرَاهِيمَ الْحِكْمَةَ عَلِّمْنَا ، یَا مُفَهِّمَ سُلَيْمَانَ فَهِّمْنَا ، فَفَهَمْنَهَا سُلَيْمَنَ وَكُلًّا ءَاتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُودَ الْجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَالطَّيْرَ وَكُنَّا فَعِلِينَ ، یَارَبَّ سُلَيْمَانَ ، وَيَا رَبَّ إِبْرَاهِيْمَ ، ويَارَبَّ مُوسَى وَعِيسَى ، وَيَا رَبَّ مُحَمَّدٍ صَلَّی اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ ، أَخْرِجْنَا مِنْ ظُلُمَاتِ الْجَهْلِ وَالنِّسْيَانِ ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ ، الَّلهُمَّ زِدْنَا عِلْمًا ، وَارْزُقْنَا فَهْمًا ، بِرَحْمًتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ ، الَّلهُمَّ نَوِّرْنَا بِنُورِ عِلْمِكَ ، وَأَبْعِدْنَا النِّسْيَانَ ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ ، الَّلهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ ، وَحِفْظَ الْمُرْسَلِينَ ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ ، وَاْلحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِينَ .

Info Tambahan :  Jual Beli di Maybank Sama-sama Lokal

Petua Mengatasi Lupa

1.Baca “أعوذ بالله من الشيطان الرجيم” sebanyak tiga kali dengan tujuan untuk menghindarkan syaitan yang menutup ingatan kita.

2.Beristighfar kerana istighfar itu menghilangkan dosa-dosa kecil.

3.Berselawat kerana dengannya ia akan mengundang rahmat Allah.

4.Mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah sebelum tidur dan apabila bangun tidur.

Kesimpulannya,untuk membina otak yang cerdas,ianya sangat perlu kepada tarikan yang bersifat positif.Aura positif mampu menimbulkan kesan dan rangsangan yang baik kepada otak untuk berfikir.

Disamping itu,penyakit lupa itu juga kita tidak boleh abaikan dan nafikan.Memang secara fitrahnya sifat manusia itu sangat sinonim dengan sifat lupa dan ia perlu diuruskan dengan baik.

Salah satu punca paling kerap mengapa seseorang individu itu mudah menjadi lupa ialah kerana faktor tekanan,kesibukan atau mempunyai terlalu banyak masalah serta memikirkan terlalu banyak perkara.

RUJUKAN :

1.RAWATAN PENYAKIT-PENYAKIT ROHANI

TUAN GURU DATO’ DR HARON DIN

2.https://dalamislam.com/info-islami/cara-menjadi-pintar-dalam-islam

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share
Prev Article
Next Article

About The Author

Zul Raihan

Related Articles

Tarikh Gaji 2019
Facebook Twitter Pinterestshare Facebook Twitter PinterestshareInfo Tambahan :  Websites Terbaik …

Tarikh Pembayaran Gaji 2019 Kakitangan Awam

Twitter Facebook Pinterest154shares Setiap tahun, pasti ada resipi makanan untuk …

3 Resipi Makanan Untuk Diet Seimbang Paling Popular

KWSP Shariah
Facebook Twitter Pinterestshare Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyatakan …

Panduan Lengkap Pertukaran KWSP Shariah Online 2021

Cara Memohon Bantuan Bencana Bank Negara Malaysia
Twitter Facebook Pinterest154shares Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan peruntukan tambahan …

Cara Memohon Bantuan Bencana Bank Negara Malaysia

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Komen Terkini

  • Jundullah98 on Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba: “Sama2, terima kasih yea kerana sudi membaca”
  • Jundullah98 on Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba: “Boleh tekan link untuk download pdf Mutabaah Amal https://xtrousnotes.files.wordpress.com/2012/07/mutabaah-amal-bulan-ramadhan.pdf”
  • iAwani on Bantuan Keluarga Malaysia: Semak Status & Tarikh Bayaran 2022: “Wah! Excited juga baca pasal Bantuan Keluarga Malaysia ni. Semoga urusan dipermudahkan.. Amiinn”
  • Move on on Punca Berlakunya Tekanan Dalam Kehidupan Berumahtangga: “Besar betul tanggungjawab lepas kahwin ni yea.”
  • Move on on 5 Langkah Menghafal Al-Quran Yang Boleh Dipraktikkan: “Nice sharing, thank U dear”
  • Move on on Rebat Pengangkutan Grab Selangor ke Pusat Vaksinasi: “Alhamdulillah ringan skit beban rakyat”
  • Move on on Permohonan MARA S3P Untuk Perniagaan Mikro: “Moga ada sinar untuk para usahawan”
  • Move on on Nikmati Potongan Saman 50% Mulai 18 Jun 2021: “Oklah dah ada potongan harga … Banyak lak tu, so bayarlah awal yea”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2022 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz