ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Penulis Jemputan
Aktiviti Menarik Kelas Releif

Aktiviti Menarik Kelas Releif

Irene September 13, 2019 1 Comment
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares

Perkataan kelas releif tidak asing lagi dikalangan guru-guru dan para pelajar. Kelas releif juga menjadi idaman para pelajar kerana mereka boleh menyiapkan tugasan dan membuat aktiviti sendiri. Tetapi bagi guru yang berdedikasi, kelas releif akan menjadi medium utama untuk guru tersebut mengenal setiap pelajar dan personaliti mereka.

Kebanyakan guru yang masuk ke kelas releif tidak mempunyai kaitan dengan subjek pada waktu tersebut. Oleh itu, guru-guru harus memikirkan sesuatu aktiviti tidak kiralah dengan memberikan ceramah motivasi yang pendek kepada para pelajar.

Sebenarnya, banyak aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti :

Aktiviti Kelas Releif

1. Menonton Video Pendek Youtube

Youtube merupakan satu platform yang popular untuk menonton video daripada seluruh negara. Ianya sangat membantu dalam kehidupan masyarakat kerana video yang dipaparkan sedikit sebanyak membantu dalam menyelesaikan masalah seperti kewangan, pendidikan, bencana alam dan sebagainya.

Namun, penggunaan Youtube haruslah berada di tahap yang minimum supaya tidak lalai dalam melakukan aktiviti harian. Jadi, bagaimana para guru boleh memanfaatkan waktu ini dengan melihat video di Youtube? Jawapannya cukup mudah, para guru boleh memaparkan video motivasi insan-insan yang berjaya seperti Ibnu Sina, Steve Jobs, Mark Zuckerberg dan pelbagai lagi.

Ini sedikit sebanyak dapat membantu menyedarkan para pelajar betapa pentingnya ilmu pengetahuan untuk menjadi medium kepada mereka pada masa hadapan.

2. Menonton Movie

Aktiviti ini boleh dilakukan sekiranya kelas yang direleif mengambil waktu yang lama. Guru boleh membawa pelajar ke bilik komputer untuk menonton movie di projektor. Menonton movie seperti “The Greatest Showman” dapat membantu pelajar untuk melepaskan stress belajar kerana movie ini bertemakan “musical” di samping memberi pengajaran yang mendalam terhadap dunia sebenar.

Info Tambahan :  Pembinaan Rumah Kasih Keluarga Malaysia 2022

Pelajar juga boleh menyanyi bersama-sama untuk memeriahkan lagi aktiviti tersebut. Di akhir tayangan, guru-guru boleh membuat pop kuiz dengan menanyakan soalan berkenaan movie yang baru ditonton seperti nama watak, orang jahat dan sebagainya mengikut kreativiti. Untuk menjadikannya lebih menarik, hadiah boleh diberi kepada pelajar yang dapat menjawab dengan betul.

 

3. Berbalas Pantun

Sering kita lihat, budaya berbalas pantun ini kerap dilakukan ketika merisik ataupun membuat pinangan tidak kurang juga di majlis perkahwinan. Budaya ini juga kian luput ditelan zaman yang serba moden ini. Sebagai guru, inilah masa yang sesuai untuk melihat generasi muda pada zaman millenium ini mempunyai bakat ataupun tidak dalam membuat beberapa rangkap pantun. Aktiviti boleh dibuat dengan membentuk beberapa kumpulan. Kumpulan yang dapat membalas pantun pihak lawan dalam jangka masa yang diberikan dianggap pemenang.

4. Where’s Waldo?

Mungkin ada yang pernah mendengar berkaitan permainan ini atau tidak. Where’s Waldo merupakan satu buku dimana para pembaca dikehendaki untuk mencari Waldo di dalam buku tersebut.

Aktiviti ini boleh dilakukan jika jumlah pelajar di sesuatu kelas adalah kecil. Ini kerana buku ini agak mahal untuk diberi kepada setiap pelajar. Di dalam aktiviti ini, sesiapa yang menemukan Waldo terlebih dahulu dikira pemenang.

Boleh cuba untuk mencari

5. Board Games

Ini merupakan permainan yang paling mudah dan sesuai dimainkan di waktu kelas releif. Permainan seperti Sahibba, Catur dan Dam Ular ini merupakan kategori permainan klasik yang seronok. Bawa sahaja board permainan ini ke dalam kelas dan pastinya pelajar anda akan berasa tertarik untuk bermain.

  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares
Prev Article
Next Article

About The Author

Irene

Related Articles

Facebook Twitter Pinterest share Doa adalah satu perkara yang mesti …

Doa Belajar Untuk Peperiksaan

Pengeluaran KWSP
Twitter Facebook Pinterest 154shares Twitter Facebook Pinterest 154shares Info Tambahan …

Jenis – Jenis Pengeluaran KWSP

Facebook Twitter Pinterest share Waktu mengandung adalah waktu yang paling …

Kelebihan Membaca Al-Quran Ketika Mengandung

Kompaun PKP 2021 Mengikut Kategori
Twitter Facebook Pinterest 154shares Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai …

Kompaun PKP 2021 Mengikut Kategori

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Jundullah98
Subscriber ( SB ) IV
Ahli Baru
Jundullah98
1 year ago

Wah menarik aktiviti yang dicadangkan….
Boleh merapatkan hubungan antara guru & pelajar.

0
Reply

Komen Terkini

  • Wan Syaqila on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “rabi raza Btul weii lgipun apps dia tu lgi tersusun dari yg lain hehe.. aku pun mula mula tgk kat…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “lagipun apps dia tu senang nk guna.. mcm guna hiredly company yg aku cari x banyak sngt. course aku pun…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “bgi aku laa mmg best guna jobstreet.. aq pn tau psl tu dri tgk iklan ry dia la weii. lepstu…”
  • Hafiz Abd on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Yg penting mana yg senang and btul2 dpt kerja.. Tpi hritu guna jobstreet siap tgk sekali iklan dia hahahah. Best…”
  • Dinie Razak on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Ya.. Klu nk best mmg guna jobstreet. Apps dia mudah and aku dpt kerja sbb apps tu hihi. Lgi best…”
  • NatrahJamal on Platform #MyDigitalWorkforce: 5000 Peluang Pekerjaan Digital: “2022 ada ke”
  • Puteri Afiqah on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “aku suka guna jobstreet sbb senang gila. aku tau pakai jobstreet ni pun sebab iklan raya dia hehehe. kelakar and…”
  • rabi raza on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “jobstreet memang sng sngt nk guna. search satu perkataan pun beratus laa bleh jumpa kerja.. yg penting kena bnykkan buat…”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2022 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz