ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
    • Aplikasi Online
    • Device
    • Gadjet
    • Keselamatan
    • Komputer
    • Laman web
    • Permainan Video
    • Software
    • Telefon
    • Telekomunikasi
  • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Blog
  • Hiburan
  • Automobile
  • Umum
Home
Gadjet
6 Senarai Pakej Internet Tanpa Had Terbaik

6 Senarai Pakej Internet Tanpa Had Terbaik

AIDA ANUM ABDULLAH December 23, 2020
Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Bercakap tentang internet, pasti ramai yang bingung hendak memilih yang mana satu. Terlalu banyak senarai pakej internet tanpa had sekarang ini sehingga ramai mula bertukar kepada yang lebih baik. Akan tetapi, tidak semua telco menyediakan pakej internet tanpa had buat pelanggan mereka.

Masih ada juga telco yang mengekalkan konsep internet biasa tetapi yang berbezakannya adalah, telco tersebut menaik taraf pakej internet dengan harga yang berpatutan serta tawaran yang berbaloi.

Ketika negara sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan akibat virus Covid-19 yang melanda awal tahun ini, promosi internet tanpa had yang ditawarkan dari pelbagai jenis telco sangat meluas. Pelbagai jenis pakej yang ditawarkan oleh beberapa telco yang sedang bersaing kepada pelanggan mereka sekaligus dapat meraih keuntungan yang besar.

Walaupun banyak telco menawarkan pakej internet tanpa had, namun masih ada lagi beberapa perbezaan yang dapat dinilai. Pengguna yang bijak adalah pengguna yang menilai dahulu sebelum membuat keputusan untuk melanggan.

Sehubungan dengan itu, ini adalah 6 senarai pakej internet tanpa had terbaik untuk tahun ini. Pakej internet yang disenaraikan di bawah adalah yang paling popular dalam kalangan pengguna internet prabayar dan pascabayar. Untuk pengetahun anda, prabayar adalah internet yang dibeli melalui kad tambah nilai manakala pascabayar adalah internet yang dilanggan melalui bil bulanan.

 

6 Senarai Pakej Internet Tanpa Had

Sebelum itu, walaupun banyak senarai pakej internet yang kami maklumkan, ada baiknya anda pandai membezakan yang mana paling sesuai dengan kegunaan anda. Hal ini kerana setiap orang mempunyai cara dan tujuan penggunaan tersendiri dalam menggunakan internet.

 

1. Celcom XPAX

senari pakej internet

Celcom XPAX menawarkan internet tanpa had kepada pengguna prabayar iaitu dengan pakej mingguan dan bulanan. Untuk pakej mingguan, anda ditawarkan internet tanpa had dengan kelajuan 3Mbps, 1GB hotspot dan panggilan tanpa had ke seluruh rangkaian selama seminggu dengan harga RM12 sahaja. Berbaloi, bukan?

Manakala untuk pakej bulanan, Celcom XPAX menawarkan anda internet tanpa had dengan kelajuan 3Mbps, 3GB hotspot dan panggilan tanpa had ke seluruh rangkaian dalam tempoh sebulan. Harga yang ditawarkan untuk pakej ini sebanyak RM35.

 

2. Tunetalk

senarai pakej internet

Mungkin ada di antara anda yang pernah menggunakan telco ini tetapi anda tukar kepada telco yang lain kerana internet di kawasan perumahan anda kurang memuaskan. Akan tetapi, pakej internet yang ditawarkan oleh Tunetalk sangat berpatutan dengan harga. Pakej internet ini buat pengguna pasbayar. Jika anda melanggan pakej tanpa had selama sebulan dari Tunetalk, anda akan mendapat internet dengan kelajuan 6Mbps, 5GB hotspot dan panggilan tanpa had. Harga yang ditawarkan pula sebanyak RM48. Jika kawasan rumah anda mempunyai kelajuan internet Tunetalk, anda patut cuba pakej ini.

 

3. Hotlink

Hotlink menawarkan 4 pakej internet tanpa had kepada pengguna prabayar iaitu pakej bulanan, mingguan dan harian. Khabar Hotlink bakal menawarkan internet tanpa had sangat mengujakan pengguna setianya tetapi terdapat satu ciri yang agak mengecewakan iaitu dalam pakej internet tersebut tidak akan disediakan tawaran hotspot. Namun selepas beberapa bulan, akhirnya Hotlink mewujudkan tawaran hotspot kepada penggunanya. Pengguna hanya perlu menambah RM5 untuk mendapatkan hotspot tanpa had.

Untuk pakej bulanan, Hotlink menawarkan anda internet tanpa had dengan kelajuan 3Mbps, panggilan tanpa had ke seluruh rangkah dan hotspot tanpa had jika tambah RM5 di setiap pembelian. Ke semua tawaran itu berharga RM35.

Terdapat satu lagi pakej bulanan yang ditawarkan iaitu dengan harga RM45 dengan kelajuan 6Mbps. Di dalam pakej ini juga turut terselit sama panggilan tanpa had dan hotspot tanpa had. Perlu ingat, anda akan mendapat hotspot tanpa had jika menambah RM5.

Seterusnya, pakej mingguan. Anda bakal mendapat internet tanpa had selaju 3Mbps dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Akhir sekali adalah, pakej internet harian sebanyak RM3 dengan kelajuan 3Mbps dan tidak tertinggal juga panggilan tanpa had.

 

4. Yoodo (Pascabayar sahaja)

Kepada yang baru mengetahui telco terbaru yang bernaung di bawah Celcom ini, anda patut cuba. Lebih-lebih lagi jika anda adalah seorang pemain permainan video PUBG Mobile. Telco Yoodo yang diwujudkan oleh Celcom ini khas buat para pemain PUBG Mobile dengan tawaran internet tanpa had. Apa yang menarik lagi, jika anda menggunakan telco ini, anda boleh menyusun dan memilih pakej internet yang ditawarkan tanpa perlu risau bil melambung. Senang kata, apa yang anda pilih, itu yang anda akan dapat dan itu yang anda akan bayar. Itu janji mereka buat pelanggan.

Jika anda perasan, nama telco ini sama seperti nama squad untuk pemain wakil negara dalam sukan esport PUBG Mobile iaitu Yoodo Gank yang terdiri daripada Man Parang (kapten), Fredo, Draxx dan Din Jumper. Mereka merupakan juara di dalam saingan peringkat akhir PUBG Mobile Pro League (PMPL) untuk Asia Tenggara bagi musim yang pertama. Buat pengetahuan anda, telco Yoodo merupakan sponsor kepada squad Yoodo Gank.

Jika anda jimat dan pandai memilih, harga akan rendah namun tiada halangan buat anda jika mahu memilih yang lebih tinggi. Buat pemain PUBG Mobile, jika anda mahu menggunakan Yoodo sebagai internet ketika anda bermain PUBG Mobile, anda boleh memilih pakej itu sahaja tanpa perlu memilih yang lain. Harga anda juga lebih rendah dari biasa!

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Yoodo, anda boleh menekan link yang disediakan ini : https://www.yoodo.com.my/rates/

 

5. UMobile

Ini adalah antara popular di kalangan pengguna internet tanpa had. Walaupun masih ada lagi pengguna yang merungut dengan kelajuan internet yang agak perlahan di sesuatu kawasan, namun telco ini tetap menjadi pilihan buat mereka. Apa yang lebih mengujakan adalah UMobile telah pun menaiktaraf beberapa pakej yang ditawarkan dan antaranya adalah penambahan kelajuan internet dari 3Mbps kepada 6Mbps! Bukan setakat prabayar, UMobile juga turut menawarkan internet tanpa had kepada pelanggannya yang menggunakan pascabayar. Ianya sangat berbeza dengan telco yang lain.

UMobile menawarkan tiga pakej internet tanpa had kepada pengguna prabayar dan dua pakej internet tanpa had kepada pengguna pascabayar.

Kepada pengguna prabayar, anda akan ditawarkan internet tanpa had bulanan dengan harga RM35 berkelajuan 6Mbps. Anda juga akan mendapat 6GB hotspot berbanding sebelum ini hanya 3GB hotspot sahaja. Di dalam pakej ini, UMobile menawarkan panggilan tanpa had ke seluruh rangkaian selama satu bulan.

UMobile turut menawarkan kepada anda internet bulanan yang kedua iaitu dengan kelajuan 6Mbps dan 6GB hotspot sebanyak RM30 sahaja! Walaupun tiada panggilan tanpa had, pakej ini menjadi pakej paling laris dari yang lain.

Untuk mingguan, anda hanya perlu membayar RM12 untuk 3Mbps, 1GB hotspot dan panggilan tanpa had. Dalam masa seminggu, anda dapat pakej yang sangat berbaloi. Best, kan?

Tidak lupa kepada pengguna pascabar, anda hanya perlu membayar RM58 untuk satu bulan. Pakej ini bukan sahaja menawarkan internet tanpa had tetapi anda juga bakal merasa internet dengan kelajuan yang tanpa had! Seiring dengan itu, anda akan mendapat panggilan tanpa had dan 5GB hotspot. Ini antara pakej paling laris untuk pascabar.

Yang terakhir sekali adalah pakej RM40. Dengan harga RM40, anda akan mendapat internet tanpa had, panggilan tanpa had dan juga 5GB hotspot. Tidak dinyatakan pula selaju mana kelajuan internet yang ditawarkan tetapi ianya cukup berbaloi buat anda yang tidak mahu membeli internet dengan harga yang tinggi.

Sebagai kesimpulan, untuk memilih senarai pakej internet yang kami maklumkan ini bergantung pada cara guna dan keperluan anda. Ia termasuk kemampuan anda untuk membayar. Selain itu Senarai pakej internet terbaik mungkin berubah mengikut peredaran zaman dan promosi terkini akan datang.

 

“Keputusan di tangan anda, memilih dengan bijak untuk mendapatkan hasil yang terbaik!”

 

Sumber : Laman web rasmi Celcom, XPAX, Umobile, Hotlink, Yoodo dan Tunetalk.

Prev Article
Next Article

About The Author

AIDA ANUM ABDULLAH

Related Articles

Pelan Data Baru Celcom First Akan Berikan Lebih Internet
Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !FacebookTwitterPrintSatu berita …

Pelan Data Baru Celcom First Akan Berikan Lebih Internet

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !FacebookTwitterPrint

Cara Memohon Rumah PPR

Leave a Reply

Cancel reply

Terkini

  • Semakan Status Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0
  • 10 Skincare Terbaik Untuk Lelaki
  • 5 Modem WiFi Simcard Unlimited Internet
  • Cara Menabung Menggunakan Tabung Warna
  • Permohonan UTHM Program Eksekutif Dan Profesional

Komen Terkini

  • Mr.Reading on 10 Contoh Online Business Yang Laku Keras
  • ARDEY BIN MOHD SAH on Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19
  • Mr.Reading on Tangguhan Moratorium di Belanjawan 2021
  • Mohd ridzuan bin hassa on Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19
  • Mohamad sairi on Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2021 ZonCyber
Theme by XpresiSC

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh