ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
    • Aplikasi Online
    • Device
    • Gadjet
    • Keselamatan
    • Komputer
    • Laman web
    • Permainan Video
    • Software
    • Telefon
    • Telekomunikasi
  • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Blog
  • Hiburan
  • Automobile
  • Umum
Home
Penulis Jemputan
6 Senarai Jenama Telefon Pintar Bajet Rendah Bawah RM500 Terbaik!

6 Senarai Jenama Telefon Pintar Bajet Rendah Bawah RM500 Terbaik!

AIDA ANUM ABDULLAH December 3, 2020
Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Jika ingin membeli peranti, pasti memerlukan senarai jenama telefon. Menjelang pada tahun 2020, teknologi semakin bertambah dan berkembang dengan maju dalam pelbagai aspek terutama sekali telefon pintar. Jika dahulu telefon pintar merupakan barangan yang tergolong dalam kategori kemahuan, tetapi kini sudah pun dikategorikan sebagai salah satu keperluan hidup.

Telefon pintar berfungsi untuk menghubungkan dua orang atau lebih ditempat atau kawasan yang jauh dan sukar untuk berkomunikasi secara berhadapan. Bayangkan, jika anda tiada telefon pintar, tetapi anda mahu berhubung dengan rakan lama anda yang sudah lebih 10 tahun tidak berjumpa. Pasti anda akan menggunakan telefon pintar dan mencari rakan lama anda di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Akan tetapi, tidak semua golongan mampu untuk memiliki telefon pintar. Pasti ada diantara golongan yang meletakkan bajet untuk memiliki telefon pintar sendiri sesuai dengan kegunaan seharian dan tidak melebihi bajet untuk mengelakkan pembaziran. Oleh itu, ini adalah 6 senarai jenama telefon pintar bajet rendah bawah RM500 terbaik!

Senarai Jenama Telefon yang harga bawah 500

1. REALME C3 

Senarai Jenama Telefon

HARGA : RM499

  • Kamera belakang: 12MP
  • Kamera depan: 5MP
  • Bateri: 5000mAh
  • Memori: 32GB/3GB RAM
  • Chipset: Mediatek Helio G70
  • Lockscreen : Fingerprint

Info tambahan : Bateri sebanyak 5000mAh mampu bertahan lebih daripada 7 jam untuk kegunaan seharian. Tetapi malangnya, Realme C3 tidak dikategorikan sebagai ‘fast charging‘ kerana masih menggunakan kabel Micro USB untuk pengecasan. Bukan itu sahaja, malah ada juga beberapa komen dari pengguna telefon pintar ini bahawa terdapat sedikit ‘delay‘ jika anda bermain permainan video PUBG Mobile. Tetapi, Realme C3 masih menjadi buruan ramai kerana kemampuannya dalam kegunaan seharian.

 

2. XIAOMI REDMI 9 (RECOMMENDED)

HARGA : RM499

  • Kamera belakang : 13MP
  • Kamera depan : 8MP
  • Bateri : 5020mAh (fast charging 18W)
  • Memori : 32GB/3GB RAM
  • Chipset : Mediatek Helia G80
  • Lockscreen : Face Unlock

Info tambahan : Berbanding dengan Realme C3, telefon pintar keluaran Xiaomi ini lebih baik kerana ciri-cirinya yang lebih padu.  Antaranya adalah, resolusi pada kamera depan dan belakang yang lebih besar, saiz bateri yang lebih memuaskan dan yang paling menjadi tumpuan adalah Xiaomi Redmi 9 mempunyai ciri ‘fast charging‘ dan menggunakan USB Type C untuk pengecasan. Chipset yang diberikan juga mampu memberikan persembahan terbaik terutama sekali jika anda adalah seorang pemain permainan video seperti PUBG Mobile dan Mobile Legend. Dengan harga RM499, anda mendapat sebuah telefon pintar yang mempunyai kapasiti bateri yang besar, pengecasan yang pantas, mampu bermain permainan video kegemaran ramai dan memori dalaman yang memuaskan.

 

3. HUAWEI Y5 2019 

HARGA : RM399

  • Kamera belakang : 13MP
  • Kamera depan : 5MP
  • Bateri : 3020mAh
  • Memori : 32GB/2GB RAM
  • Chipset : Mediatek MT6761 Helio A22

Info tambahan : Anda mahu mencari telefon pintar untuk anak anda gunakan ketika kelas atas talian disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan? Ini yang paling sesuai untuk anak anda. Bateri sebesar 3020mAh mampu bertahan 5 jam untuk kegunaan seharian dan mempunyai memori sebesar 32GB, telefon pintar ini bukan sahaja sesuai untuk kelas atas talian dan kegunaan seharian malah juga mampu untuk bermain permainan video. Telefon pintar ini juga pernah tersenarai dalam senarai telefon pintar gaming bajet bawah RM500! Setanding dengan harganya, Huawei Y5 2019 masih menggunakan kabel Micro USB untuk pengecasan.

 

4. REALME C11 

HARGA : RM399

  • Kamera belakang : 13MP
  • Kamera depan : 5MP
  • Bateri : 5000mAh
  • Memori : 32GB/2GB RAM
  • Chipset : Mediatek Helio G35

Info tambahan : Ciri-cirinya yang hampir sama dengan Huawei Y5 2019, namun masih lagi berpihak kepada Realme C11 ini kerana kapasiti baterinya yang besar dan chipset yang lebih padu berbanding Huawei Y5 2019.

 

5. VIVO Y11 

HARGA : RM499

  • Kamera belakang : 13MP
  • Kamera depan : 8MP
  • Bateri : 5000mAh
  • Memori : 32GB/3GB RAM
  • Chipset : Snapdragon 439
  • Lockscreen : Fingerprint

Info tambahan : Yang membezakan ciri-ciri telefon pintar dari jenama Vivo ini dengan jenama yang lain adalah chipset dan rekaannya yang menarik. Jika anda perasan, Vivo Y11 ini juga mempunyai fingerprint pada bahagian belakang.

 

6. XIAOMI REDMI NOTE 8 (RECOMMENDED)

HARGA : RM499

  • Kamera belakang : 48MP
  • Kamera depan : 13MP
  • Bateri : 4000mAh (fast charging 18W)
  • Memori : 64Gb/4GB RAM
  • Chipset : Snapdragon 665
  • Lockscreen : Fingerprint

Info tambahan : Salah satu telefon pintar buruan ramai pada keluaran pertamanya iaitu pada tahun 2019. Namun masih lagi menjadi buruan hangat para pengguna telefon pintar sehingga ke hari ini. Ini adalah kerana telefon pintar keluaran Xiaomi ini ‘menang besar’ jika dibandingkan dengan senarai telefon pintar yang disenaraikan di atas. Ciri yang besar pada Xiaomi Redmi Note 8 ini adalah pada bahagian kamera belakangnya yang lebih besar dan memori dalamannya sebesar 64GB/4GB RAM. Anda bukan sahaja mampu menyimpan banyak video dan gambar, malah persembahan telefon pintar ini jauh lebih bagus berbanding yang lain.

 

“In the next 10 years, I expect at least five billion people worldwide to own smartphones, giving every individual with such a phone instant access to the full power of the Internet, every moment of every day.” ~ Marc Andreessen.

 

Sumber : GSMArena.com

Prev Article
Next Article

About The Author

AIDA ANUM ABDULLAH

Related Articles

Cara Unlock File Aplikasi Android dari Smartphone
Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !FacebookTwitterPrintTeknologi aplikasi …

Cara Unlock File Aplikasi Android dari Smartphone

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !FacebookTwitterPrint

Cara Berbelanja Online Di Go Shop

Leave a Reply

Cancel reply

Terkini

  • Semakan Status Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0
  • 10 Skincare Terbaik Untuk Lelaki
  • 5 Modem WiFi Simcard Unlimited Internet
  • Cara Menabung Menggunakan Tabung Warna
  • Permohonan UTHM Program Eksekutif Dan Profesional

Komen Terkini

  • Mr.Reading on 10 Contoh Online Business Yang Laku Keras
  • ARDEY BIN MOHD SAH on Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19
  • Mr.Reading on Tangguhan Moratorium di Belanjawan 2021
  • Mohd ridzuan bin hassa on Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19
  • Mohamad sairi on Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2021 ZonCyber
Theme by XpresiSC

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh