Bila bercerita berkenaan tempat-tempat yang menarik serata dunia, kita mesti akan terfikir seperti menara Eiffel di Paris, Burj Khalifa di Dubai, Krabi di Thailand dan banyak lagi.
Namun terfikirkah anda untuk melawat tempat-tempat yang terkenal dengan elemen seram dan menakutkan?
Tanpa membuang masa, mari kita lihat beberapa tempat tarikan pelancong yang boleh membuat bulu roma anda meremang.
5 Tempat Paling Menakutkan Di Dunia
1. Nagoro, Japan
Nagoro adalah sebuah perkampungan kecil di Jepun dengan satu ciri yang sangat unik iaitu populasi anak patung berukuran hidup yang melebihi populasi manusia hampir 10: 1. Anak patung tersebut merupakan karya dari penduduk tempatan, Tsukimi Ayano, yang mula membuat replika anak patung jirannya setelah mereka meninggal dunia atau berpindah. Replika patung seiras yang menakutkan ini dapat dilihat dalam pelbagai kedudukan di seluruh kawasan perkampungan seperti di tebing sungai, menjadi pelajar yang mengisi seluruh bilik darjah, pasangan tua yang duduk berehat di bangku di luar bangunan dan banyak lagi. Sekarang terdapat kira-kira 350 anak patung dan 27 orang penduduk (yang paling muda berusia dalam linkungan 50 tahun) menjadikannya sebuah perkampungan yang unik dan agak menakutkan.
2. Island of the Dolls, Xochimilco, Mexico
Walaupun sejarah dan statusnya sebagai “Tapak Warisan Dunia”, Xochimilco terutamanya dikenali sebagai “Isla de las Munecas” atau “Pulau Anak Patung.” Tersembunyi disebalik terusan, pulau kecil itu terkenal dengan beratus-ratus anak patung dan bahagian-bahagian anak patung tersebut tergantung di pokok-pokok dan bertaburan di serata tempat. Walaupun ia kelihatan seperti satu set filem seram yang menakutkan, “chinampa” (seperti sebuah pulau buatan) digunakan sebagai kediaman sebenar seorang lelaki yang kini meninggal bernama Julian Santa Barrera. Selepas menemui mayat seorang perempuan mati di sebuah terusan berdekatan, Barrera mengumpul dan mempamerkan mainan dengan harapan menangkis roh jahat. Jiwa yang berani dapat menyewa bot mereka sendiri atau cuba meyakinkan pemandu untuk membawa anda dan lihat dengan selamat dari atas bot.
3. Taylor Glacier, Antarctica
Ianya mungkin kelihatan seperti tempat kejadian berlakunya jenayah tetapi air terjun lima tingkat, “Taylor Glacier” (aka “Blood Falls”) adalah keajaiban yang benar-benar berlaku secara semula jadi. Fenomena ini dapat dikesan sekitar lima juta tahun. Ketika glasier menutup sebuah tasik yang kaya dengan mikrob di bawahnya. Tertutup dari cahaya dan oksigen, air menjadi semakin pekat dari segi kandungan garam dan besi. Tahap kemasinan air (kira-kira tiga kali lebih masin dari lautan) mengelakkannya dari membeku sementara besi memberikan warna seakan darah. Ia kemudian meresap melalui fisur(seakan lubang kecil) di glasier, dan kita dapat menyaksikan keajaibannya.
4. Gomantong Caves, Sabah, Malaysia
Gua Gomantong di Malaysia merupakan salah satu keajaiban dunia. Ianya lengkap dengan dinding batu kapur yang mencapai sehingga 300 kaki di beberapa tempat. Pelawat yang mengunjung sering meninggalkan jejak yang menggambarkan sebagai salah satu pengalaman hidupan liar yang paling menjijikkan yang pernah mereka alami. Yang pertama, Gomantong adalah rumah bagi lebih dari dua juta kelawar yang menyebabkan lapisan “guano” tebal (atau dikenali sebagai kotoran kelawar) yang menutupi tanah. Jangan terfikir tentang ingin tergelincir kerana “handrails” sama kotor seperti di lantai. Sekiranya anda dapat melalui kotoran kelawar dengan senang, anda akan menemui pula berjuta lipas Malaysia yang berkeliaran. Di mana tahi kelawar berada, di situlah lipas akan muncul. Akhirnya, jika anda melewati bau busuk dan lipas yang merangkak di kaki anda, terdapat beberapa makhluk yang tidak begitu mempesonakan yang mungkin anda alami termasuklah ular, kalajengking, ketam air tawar dan lipan “scutigera” gergasi (makhluk beracun yang panjang sekurang-kurangnya tiga inci).
5. Gonjiam Psychiatric Hospital, Gyeonggi, South Korea
Kisah hospital psikiatri terbengkalai ini seperti plot di dalam buku cerita seram. Menurut legenda tempatan, pesakit mula mati secara misteri di hospital sekitar 10 tahun yang lalu dan akhirnya memaksa penutupannya. Ia kini merupakan bangunan yang terbengkalai dan kotor dengan hanya sisa-sisa kehidupan lampau yang paling menggerunkan seperti pagar dawai berkarat dan kerusi pemeriksaan yang hancur. Hospital ini terkenal sebagai salah satu daripada tiga tapak berhantu utama di Korea Selatan. Yang kedua merupakan rumah berhantu di Youngdeok yang dihuni oleh hantu dari Perang Korea, dan Neulbom Garden, sebuah restoran terbengkalai di mana dikatakan bahawa anda masih boleh mendengar bunyi piring sedang dibasuh di dapur.
Walaupun terkenal dengan elemen seram, ianya menjadi daya tarikan kepada sesetengah pelancong yang ingin melihat dan merasai sendiri kegerunan berada di tempat tersebut.
Banyak je tempat yg scary kat dlm negara.. kat pulau melaka ada mcm2 cerita.