ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Agama
5 Petua Bangun Pada Awal Pagi

5 Petua Bangun Pada Awal Pagi

Jundullah98 April 9, 2021 No Comments
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares

 

 

Bangun pada awal pagi adalah sebuah kelaziman yang baik untuk diamalkan. Individu yang melazimi amalan ini,  mencerminkan komitmen dan semangat yang baik untuk berkerja dan lain-lain. Selain itu juga, kebanyakan usahawan berjaya melazimi amalan ini yang dikenali sebagai ‘Morning Person’.

Sebagai umat Islam, kita diseru untuk bangun seawal pagi bagi menunaikan solat fardu subuh. Justeru baginda Rasulullah SAW turut mendoakan keberkatan kepada umatnya yang bangun di awal pagi, sebagaimana sabdanya :

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم: اللهم بارك لأمتي في بكوره
Yang Allah, berkatilah umatku pada waktu pagi.
(HR Abu Daud )

Masalahnya, bangun di awal pagi bukanlah semudah yang disangka apabila tidak dilatih dan dibiasakan. Oleh itu, langkah yang mujarab perlu dibuat bagi mengatasi masalah ini. Ikuti perkongsian di bawah berkaitan “5 Petua Bangun Di Awal Pagi”.

5 Petua Bangun Di Awal Pagi

1. Set Penggera Secara Berkala

Andaikan anda ingin bangun pada jam 5 pagi, maka tetapkan penggera anda bermula setengah jam atau satu jam awal. Contohnya, kunci jam seawal jam 4:30 pagi , 4:45 pagi dan 5:00 pagi. Dengan ini, anda mampu lebih berjaga-jaga dan peka dengan waktu semasa.

2. Tidur Awal

Bagi yang tidak memiliki komitmen sehingga terpaksa tidur lewat malam, anda sangat digalakkan supaya ‘tidur awal’ selewat-lewatnya pada jam 11 malam. Ini bagi memastikan tubuh badan anda mendapat rehat yang secukupnya selain mampu mengelakkan kekurangan tidur (insomnia).

Hasilnya, tubuh badan menjadi lebih ringan dan bertenaga untuk bangun di awal pagi. Faktor keselesaan tempat tidur juga perlu dititikberatkan seperti pencahayaan, pengudaraan dan lain-lain. Faktor-faktor ini sangat mempengaruhi kualiti tidur yang lebih kondusif.

Info Tambahan :  Malu Suatu Kebaikan

3. Mengamalkan Bacaan Zikir

Islam menganjurkan umatnya beberapa amalan zikir sebelum melelapkan mata. Amalan ini boleh didapati melalui peristiwa Saidatina Fatimah bertemu ayahandanya Baginda Nabi SAW :

“Inginkah kalian berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian minta? Apabila kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) tiga puluh empat kali, tasbih (Subhanallah) tiga puluh tiga kali dan tahmid (Alhamdulillah) tiga puluh tiga kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu…”

(HR Muslim)

Baginda Rasulullah SAW juga menjanjikan kekuatan sekiranya melazimi amalan ini. Selain itu, niatkanlah juga untuk bangun qiam kerana besar ganjaran menunaikan solat ini. Walhal, jika tidak sedar sekalipun, ganjaran pahala tetap diperolehi sebagaimana hadis di bawah :

” Semua perbuatan tergantung niatnya, dan (balasan) bagi tiap-tiap orang (tergantung) apa yang diniatkan;
Setiap amalan itu bermula dengan niat, dan kamu akan dibalas sesuai dengan niat…”
(HR Bukhari)

Begitulah sifat Maha Pemurah dan Maha Penyanyang Allah SWT kepada para hamba-Nya. Oleh itu, rebutlah peluang ini sebaiknya.

4. Minta Bantuan

Manusia tidakkan mampu hidup secara bersendirian. Sebaliknya, fitrah kejadian manusia itu sendiri perlukan pasangan dan komunikasi antara jenisnya. Sebagaimana sirah penciptaan nabi Adam AS yang berasa kesunyian, lantas Allah SWT menciptakan Hawa, yang menemani baginda.

Oleh yang demikian, selaku insan yang lemah dan serba kekurangan, pintalah bantuan sahabat sekeliling untuk membantu anda. Semestinya mereka sudi menyumbang sedikit kudrat untuk sama-sama bangun di awal pagi. Sekiranya dia juga menghadapi masalah yang sama, maka sebaiknya bukalah ruang muhasabah diri, kerana “solat itu tiang agama”, (HR Baihaqi)

Info Tambahan :  Ujian adalah Kebaikan

5. Konsisten

Pepatah ‘alah bisa tegal biasa’ adalah suatu frasa ayat yang membawa erti kekerapan bakal membentuk kebiasaan. Ini berdasarkan beberapa pemerhatian dan analisis yang dibuat bagi seseorang untuk berhenti daripada sesuatu tabiat.

Baginda Rasulullah SAW juga ada menyebutkan dalam hadis baginda tentang asal-usul kejadian manusia. Sabda baginda SAW :

”Sesungguhnya seorang dari kalian dikumpulkan penciptaannya dalam perut ibunya selama 40 hari dalam bentuk nuthfah (bersatunya sperma dengan ovum), kemudian menjadi ‘alaqah (segumpal darah) seperti itu pula. Kemudian menjadi mudhghah (segumpal daging) seperti itu pula. Kemudian seorang Malaikat diutus kepadanya untuk meniupkan ruh di dalamnya, dan diperintahkan untuk menulis empat hal, yaitu menuliskan rizkinya, ajalnya, amalnya, dan celaka atau bahagianya…”

(HR Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas, angka 40 hari amat dekat dengan manusia melalui proses penciptaannya. Oleh yang demikian, lazimilah sesuatu kebaikan atau amalan sekurang-kurangnya 40 hari jika ingin terus konsisten.

Kesimpulan Petua Bangun Pada Awal Pagi

Keberkatan dan kerahmatan yang dijanjikan pada waktu pagi amat besar nilainya. Rugilah jika peluang ini disia-siakan begitu sahaja. Malulah kita kepada ayam jantan yang sentiasa berkokok pada setiap pagi. Insya-Allah, kita mampu realisasikannya jika kita bersungguh-sungguh.

Wallahua’lam.

Sumber dan Rujukan :
1. https://www.islamweb.net/ar/fatwa/242155/
2. https://hafizfirdaus.com/kolum-bulanan-mainmenu-110/pengantin-mainmenu-126/soal-jawab-munakahat-mainmenu-127/744-zikir-fatimah.html
3. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3466-irsyad-al-hadith-siri-ke-379-solat-merupakan-tiang-agama

  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares
Prev Article
Next Article

About The Author

Jundullah98
Jundullah98

Related Articles

Twitter Facebook Pinterest308shares عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى …

Sifat Malu Adalah Akhlak Islam

Twitter Facebook Pinterest308shares Malu Suatu Kebaikan حَدَّثَنَا آدَمُ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ …

Malu Suatu Kebaikan

Twitter Facebook Pinterest154shares    Adakah anda tahu tentang aplikasi islamik? …

5 Aplikasi Islamik Yang Boleh Anda Cuba

Twitter Facebook Pinterest154shares عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ …

Menolong Saudara Yang Zalim Dan Dizalimi

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Komen Terkini

  • Jundullah98 Jundullah98 on 3 Langkah Mudah Daftar Undi dengan MYSPR: “Betulkan statistik mengatakan orang Melayu x ramai yang daftar mengundi?”
  • Jundullah98 Jundullah98 on Menolong Saudara Yang Zalim Dan Dizalimi: “Wah, baru tahulah orang zalim pon kita boleh bantu yea. Terima kasih penulis”
  • Jundullah98 Jundullah98 on 5 Aplikasi Islamik Yang Boleh Anda Cuba: “Alhamdulillah, sama2. Terima kasih kerana sudi membaca coretan santai ini. Moga-moga beroleh manfaat.”
  • Avatar Tiadanoktah on 5 Aplikasi Islamik Yang Boleh Anda Cuba: “Terima kasih atas cadangan aplikasi tersebut. Memang dah lama cari aplikasi islamik yg bagus dan dipercayai.”
  • Jundullah98 Jundullah98 on Cara Guna Gear Automatik Kenderaan: “Camne nk neutral kan gear kemudian matikan enjin yea? Sbb kereta sekarang, selagi x P tombol gearnya, maka xleh matikan…”
  • Jundullah98 Jundullah98 on Penjagaan Laptop Supaya Tidak Mudah Rosak: “Menarik info yang dikongsikan… Mohon izin share yea.”
  • Jundullah98 Jundullah98 on Cara Kenalpasti Galaxy Note 7 Selamat: “Untuk versi lain masih sama ke kaedahnya?”
  • Jundullah98 Jundullah98 on Cara Main Game Menggunakan Telegram: “Wah menarik dan banyak betul yea fungsi Telegram ni.”

Terkini

  • 12 Kraf dan Aktiviti Ramadan untuk Kanak-kanak
  • 5 Drama Ramadhan Best Untuk Ditonton Kembali!
  • 6 Aplikasi Membuatkan Akan Anda Multitasking!
  • Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba
  • Menolong Saudara Yang Zalim Dan Dizalimi
  • 5 Rancangan Televisyen Islamik yang Boleh Ditonton
  • 3 Langkah Mudah Daftar Undi dengan MYSPR
  • Websites Terbaik Mendapatkan Templat Slide Pembentangan PowerPoint Percuma

Terbaik Bulanan

  • Apa Sebenarnya Berlaku Saat Tubuh “Ditindih”?
  • 6 Filem Netflix 2021 Yang Wajib Anda Tonton
  • 8 Produk Xiaomi Terbaik Selain Telefon!
  • 4 Websites Membuat EPortfolio Terbaik
  • 12 Drama Korea Paling Banyak Ditonton

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2021 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz