ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Agama
5 Petanda Malam Lailatulqadar Yang Perlu Anda Tahu

5 Petanda Malam Lailatulqadar Yang Perlu Anda Tahu

Jundullah98 May 10, 2021 2 Comments
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares

 

Anda mesti pernah dengarkan tentang Malam Lailatulqadar? Kelebihan malam Lailatulqadar juga seringkali didendangkan. Tapi apakah petanda malam lailatulqadar ya?

Pengenalan

Malam lailatulqadar adalah penghulu segala malam yang hanya datang setahun sekali. Penghulu malam ini hanya berada pada 10 malam terakhir dalam penghulu segala bulan, iaitu bulan Ramadan.

Kita seringkali mendengar tentang kelebihan malam lailatulqadar iaitu, barangsiapa yang beribadah pada malam tersebut akan dikurniakan gandaan beramal selama 1000 bulan, yakni selama 83 Tahun 3 Bulan. Semestinya malam lailatulqadar merupakan anugerah yang lumayan daripada Allah SWT.

Sandaran malam lailatulqadar boleh disoroti melalui surah al-Qadr :

(بِّسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ إِنَّاۤ أَنزَلۡنَـٰهُ فِی لَیۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ ۝  وَمَاۤ أَدۡرَىٰكَ مَا لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ ۝  لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ ۝  تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِیهَا بِإِذۡنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمۡرࣲ ۝  سَلَـٰمٌ هِیَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ)

  • Terjemahan:
    1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
    2. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
    3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
    4. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
    5. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

[Surah Al-Qadr 1 – 5]

Persoalannya, apakah petanda malam lailatulqadar? Ikuti pecahan di bawah bagi memudahkan kefahaman akan petandanya.

5 Petanda Malam Lailatulqadar

1. 10 Malam Terakhir Ramadan

Melalui sepotong hadis di bawah, baginda Rasulullah SAW menyatakan malam lailatulqadar berlaku pada salah satu, daripada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan :

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Info Tambahan :  Cara Berkomunikasi Yang Berkesan Antara Pasangan

“Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.”

(HR. Bukhari)

Oleh yang demikian, sepatutnya 10 malam terakhir adalah fasa pecutan akhir yang sinonim untuk beribadah. Namun masyarakat kita seringkali leka dengan sambutan hari raya Aidilfitri.

Tiada salahnya, namun janganlah diabaikan secara total baki bulan Ramadan sekaligus mensia-siakan ganjaran lumayan ini.

2. Berlaku Pada Malam Ganjil

Petanda kedua malam lailatulqadar adalah lebih spesifik iaitu pada malam ganjil. Sebagaimana hadis di bawah :

الْتَمِسُوهَا فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى تَاسِعَةٍ تَبْقَى ، فِى سَابِعَةٍ تَبْقَى ، فِى خَامِسَةٍ تَبْقَى

Terjemahan :
“Carilah lailatul qadar di sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan pada sembilan, tujuh, dan lima malam yang tersisa.” 

(HR. Bukhari)

Bagi mereka yang tidak mampu menghidupkan malam terakhir secara penuh, memadailah fokus pada malam-malam ganjil sahaja bulan Ramadan. Namun sebaiknya, hidupkanlah kesemua malam pada bulan Ramadan dengan ibadah.

3. Khusyuk Beribadah

Petanda ini amat rapat dengan malam lailatulqadar. Bayangkan berduyun-duyun malaikat turun ke bumi membawa rahmat dan ketenangan yang luar biasa. Kebiasaannya sensasi ini bakal dirasai bagi mereka yang sering melazimi ibadah malam.

Perbezaan yang amat ketara berbanding beribadah pada malam-malam lain. Hatta jiwa terasa begitu sayu sehingga mudah sekali menitiskan air mata.

4. Udara & Deruan Angin Terasa Tenang

Petanda ketiga yang boleh diperhatikan adalah pada waktu pagi selepas fajar menyinsing. Sekiranya pada waktu pagi itu terasa nyaman udara dan suasananya, insya-Allah besar kemungkinan pada waktu malam sebelumnya adalah malam lailatulqadar.

Fenomena ini boleh dirujuk melalui hadis di bawah :

لَيْلَةُ القَدَرِ لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلَقَةٌ لَا حَارَةً وَلَا بَارِدَةً تُصْبِحُ الشَمْسُ صَبِيْحَتُهَا ضَعِيْفَةٌ حَمْرَاء

Info Tambahan :  Bolehkah Manusia Berkahwin Dengan Jin?

Terjemahan :
“Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.”

(HR. Ath Thoyalisi.  Haytsami mengatakan periwayatnya adalah tsiqoh /terpercaya)

5. Matahari Tidak Terlalu Terik

Rentetan daripada petanda keempat, panahan matahari yang tidak begitu terik menyamankan lagi suasana pagi itu. Sebagaimana hadis di bawah :

Subuh hari dari malam lailatul qadar matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip bejana hingga matahari itu naik.”

(HR. Muslim)

Penutup

Malam lailatulqadar adalah sebuah kurniaan terbesar bagi para hamba Allah SWT. Semestinya malam ini merupakan dambaan semua ahli ibadah yang taat mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Justeru, hikmah Allah SWT merahsiakan malam lailatulqadar merupakan satu suntikan semangat, untuk terus beribadah bermula dari awal bulan Ramadan hingga ke akhirnya. Semoga Allah SWT mengizinkan kita semua untuk bertemu dengan malam lailatulqadar.

Wallahua’lam

Sumber & Rujukan
1.https://rumaysho.com/497-menantikan-malam-1000-bulan.html

  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares
Prev Article
Next Article

About The Author

Jundullah98

Related Articles

Twitter Facebook Pinterest154shares   عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ …

Ramadan Bulan Ibadah

Pengeluaran KWSP I Sinar 26 Ogos 2021
Facebook Twitter Pinterest0share KWSP i Sinar diumumkan sebagai sebahagian daripada …

Pengeluaran KWSP I Sinar 26 Ogos 2021

Twitter Facebook Pinterest462shares   Setelah solat pastinya lazim untuk wirid …

Wirid Selepas Solat Yang Boleh Anda Lazimi

Doa Selepas Solat Ringkas
Facebook Twitter Pinterest0share Facebook Twitter Pinterest0shareInfo Tambahan :  Cara Berkomunikasi …

Doa Selepas Solat Ringkas Yang Boleh Menjadi Amalan

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Move on
Guest
Move on
2 years ago

Perkongsian yang baik. Kalau boleh post awal lagi better sebenarnya, apapun nice dah ni. Moga manfaatnya terus kekal

1
Reply
Jundullah98
Author
Subscriber ( SB ) V
Ahli Baru
Jundullah98
2 years ago
Reply to  Move on

Alhamdulillah terima kasih tu…
Maaf sangat-sangat atas kekurangan di pihak kami.

0
Reply

Komen Terkini

  • iAwani on Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022: “Pengeluaran KWSP yang ini betul-betul banyak membantu kehidupan.. Harga barang semakin naik dan harga perkhidmatan juga semakin naik. Dengan duit…”
  • Amar on Apa Itu Jurusan Pengurusan Maklumat?: “Laptop apa yg sesuai ye untuk digunakan dalam course ni?”
  • Fida on 3 Kelebihan Membaca al-Quran Sebelum Subuh yang Perlu Anda Tahu: “Assalamualaikum ustaz maknanya lagi afdal ke baca quran sebelum subuh sebab selama ni saya ngaji lepas subuh.”
  • Wan Syaqila on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “rabi raza Btul weii lgipun apps dia tu lgi tersusun dari yg lain hehe.. aku pun mula mula tgk kat…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “lagipun apps dia tu senang nk guna.. mcm guna hiredly company yg aku cari x banyak sngt. course aku pun…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “bgi aku laa mmg best guna jobstreet.. aq pn tau psl tu dri tgk iklan ry dia la weii. lepstu…”
  • Hafiz Abd on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Yg penting mana yg senang and btul2 dpt kerja.. Tpi hritu guna jobstreet siap tgk sekali iklan dia hahahah. Best…”
  • Dinie Razak on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Ya.. Klu nk best mmg guna jobstreet. Apps dia mudah and aku dpt kerja sbb apps tu hihi. Lgi best…”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2023 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz