ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Umum
5 Persediaan Ambang Ramadan yang Sesuai Anda Lazimi

5 Persediaan Ambang Ramadan yang Sesuai Anda Lazimi

Jundullah98 February 24, 2022 No Comments
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares

5 Persediaan Ambang Ramadan yang Sesuai Anda Lazimi

Ramadan bakal menemui kita tidak lama lagi, jadi apakah persediaan ambang Ramadan? Sejauh manakah kepentingan persediaan ambang Ramadan? Apa pula yang terjadi sekiranya tiada persediaan ambang Ramadan? Ikuti perkongsian di bawah tentang ‘5 Persediaan Ambang Ramadan yang Sesuai Anda Lazimi’.

 

Firman Allah SWT :

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ)

Terjemahannya :

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

[Surat Al-Baqarah 183]

 

Sabda Nabi SAW :

Barangsiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan,maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

[Hadis Riwayat Bukhari]

 

{Syarahan Ringkas}

Ayat al-Quran di atas adalah dalil (bukti) pensyariatan ibadah puasa Ramadan. Ibadah puasa juga adalah salah satu daripada rukun Islam, oleh itu umat Islam diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan.

Syeikh Ali Assobuni menukilkan dalam tafsirnya,

Allah SWT menyeru dengan lafaz ‘iman‘ untuk mempamerkan syiar ketaatan. Kemudian ayat perintah digunakan bagi mefardukan puasa pada bulan Ramadan, sebagaimana difardukan kepada umat-umat terdahulu. Motifnya adalah mencapai ketakwaan.

Hadis di atas pula , menerangkan tentang keistimewaan orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan pengharapan. Ganjarannya adalah keampunan daripada segala dosa kesalahan yang lampau.

 

Pengenalan

Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan ganjaran. Pelbagai gandaan amal dijanjikan pada bulan mulia ini. Wajarlah bulan Ramadan begitu dirindui setelah pemergiannya.

Persoalannya, apakah persediaan ambang Ramadan yang sesuai dilazimi agar tidak berlaku kejutan untuk beribadah? Pada artikel kali ini, mari kita rungkai beberapa persediaan ambang Ramadan yang sesuai anda lazimi.

Info Tambahan :  Kalendar Cuti-cuti Malaysia 2021

 

1. Sediakan Hitungan Hari ‘COUNTDOWN’

Amalan ini sering menjadi kebiasaan di institusi-institusi pendidikan seperti sekolah, universiti dan lain-lain. Selain menjadi pengingat yang baik, hitungan ini juga berfungsi mampu meningkatkan kesediaan mental untuk bersiap sedia.

Kini, terdapat banyak hitungan hari yang boleh diperolehi sama ada melalui media cetak ataupun media elektronik. Tetapi lebih berkesan apabila hitungan ini dibuat sendiri iaitu ditulis dengan tangan, kerana inisiatif ini bakal meninggalkan kesan yang lebih efektif.

 

2.Melazimi Pusa Sunat

Berpuasa sunat merupakan satu latihan kesediaan yang efektif . Ini kerana, tubuh badan memerlukan masa untuk membiasakan diri. Tidak hairanlah pada hari pertama Ramadan, ramai yang menjadi lemah longlai kerana jarang melazimi puasa sunat.

Menurut sains pula, badan menjadi lemah kerana proses normalisasi yang berjalan pada sistem penghadaman manusia. Tubuh akan beransur pulih setelah berlalu seminggu puasa, apabila badan sudah terbiasa. Jadi, lazimilah puasa sunat.

 

3.Sentiasa Bangun Sahur

‘Sahur‘ bermaksud makan untuk berpuasa pada waktu sebelum terbit fajar. Waktu sahur bermula selepas isyak sehingga waktu Subuh. Baginda Nabi SAW menganjurkan supaya melewatkan sahur, iaitu pada waktu ‘imsak‘ (10 minit sebelum subuh).

Sahur berpotensi mengekalkan tenaga sepanjang hari. Selain mengandungi pelbagai keberkatan dan ganjaran yang lumayan. Jadi, bersahurlah walaupun seteguk air ataupun sebiji tamar.

Klik di sini untuk mengetahui 5 Amalan sunat ketika bersahur.

 

4.Bersahabat Dengan al-Quran

Selain keberkatan yang sinonim dengan bulan Ramadan, bulan Ramadan juga dijuluki dengan nama ‘Bulan al-Quran’. Ini kerana al-Quran sempurna diturunkan pada bulan ini lalu dikenali dengan ‘Hari Nuzul al-Quran‘ iaitu pada 17 Ramadan.

Info Tambahan :  Takrifan dan Ganjaran Puasa Nabi Daud AS | Bahagian 1

Bersahabat dengan erti membumikan al-Quran dalam kehidupan seharian. Peruntukkan masa khusus untuk membaca al-Quran. Di samping mentadabbur (menghayati) akan maknanya.

Jadikan al-Quran sebagai sahabat sejati yang sukar berenggang darinya. Apabila sudah biasa menggauli al-Quran, hasilnya, kita tidak sukar untuk membacanya di bulan Ramadan dan pada bulan yang seterusnya. Jika tidak mampu membaca al-Quran, berikhtiarlah mencari guru.

Klik di sini untuk mengetahui kelebihan membaca al-Quran sebelum waktu subuh.

 

5. Biasakan Solat Sunat

Ganjaran amalan sunat yang dijanjikan pada bulan Ramadan sangat banyak. Rugilah jika peluang ini diabaikan begitu saja. Ketidakbiasaan melazimi solat sunat akan mengundang kemalasan untuk menunaikan ‘Solat Sunat Terawih’. Penyelesaiannya biasakanlah diri dengan solat-solat sunat sebelum Ramadan, jadikannya rutin harian yang selalu dilazimi.

 

Penutup

Persediaan yang rapi amat penting bagi menjamin komitmen yang berterusan. Secara analoginya,

sebuah kereta perlu mempunyai kelajuan yang bersesuaian dengan gear. Mana mungkin sebuah kereta terus diluncurkan dengan gear 5 tanpa melalui gear 1 , 2 , 3 dan 4.

Begitulah juga tubuh badan manusia, sukar melakukan amalan secara mengejut tanpa melalui proses yang tersusun. Semoga persediaan yang dikongsikan ini mampu memberikan motivasi yang mampan untuk memburu ar-Rayyan.

 

Wallahualam.

 

RUJUKAN

  1. Sofhatuttafaasir : Syeikh Ali Soleh As-Sobuni.
  2. 30 Persediaan Menyambut Bulan Ramadan : Ustaz Fadi Muhammad Yasin

(klik di sini untuk menonton)

  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares
Prev Article
Next Article

About The Author

Jundullah98

Related Articles

KWSP Shariah
Facebook Twitter Pinterestshare Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyatakan …

Panduan Lengkap Pertukaran KWSP Shariah Online 2021

Takrifan dan Ganjaran Puasa Sunat Nabi Daud AS Bahagian 2
Twitter Facebook Pinterest154shares Berpuasa adalah amalan yang disukai bahkan diganjari …

Takrifan dan Ganjaran Puasa Nabi Daud AS | Bahagian 2

Easystore VS Shopify Mana Lebih Baik?
Twitter Facebook Pinterest154shares Easystore VS Shopify dicari cari oleh ramai …

Easystore VS Shopify Mana Lebih Baik?

Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC)
Facebook Twitter Pinterestshare Kira-kira 3.6 juta keluarga B40 bersedia menerima …

Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) Untuk Keluarga B40

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Komen Terkini

  • Jundullah98 on Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba: “Sama2, terima kasih yea kerana sudi membaca”
  • Jundullah98 on Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba: “Boleh tekan link untuk download pdf Mutabaah Amal https://xtrousnotes.files.wordpress.com/2012/07/mutabaah-amal-bulan-ramadhan.pdf”
  • iAwani on Bantuan Keluarga Malaysia: Semak Status & Tarikh Bayaran 2022: “Wah! Excited juga baca pasal Bantuan Keluarga Malaysia ni. Semoga urusan dipermudahkan.. Amiinn”
  • Move on on Punca Berlakunya Tekanan Dalam Kehidupan Berumahtangga: “Besar betul tanggungjawab lepas kahwin ni yea.”
  • Move on on 5 Langkah Menghafal Al-Quran Yang Boleh Dipraktikkan: “Nice sharing, thank U dear”
  • Move on on Rebat Pengangkutan Grab Selangor ke Pusat Vaksinasi: “Alhamdulillah ringan skit beban rakyat”
  • Move on on Permohonan MARA S3P Untuk Perniagaan Mikro: “Moga ada sinar untuk para usahawan”
  • Move on on Nikmati Potongan Saman 50% Mulai 18 Jun 2021: “Oklah dah ada potongan harga … Banyak lak tu, so bayarlah awal yea”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2022 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz