ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
    • Aplikasi Online
    • Device
    • Gadjet
    • Keselamatan
    • Komputer
    • Laman web
    • Permainan Video
    • Software
    • Telefon
    • Telekomunikasi
  • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Blog
  • Hiburan
  • Automobile
  • Umum
Home
Gadjet
5 Modem WiFi Simcard Unlimited Internet

5 Modem WiFi Simcard Unlimited Internet

AIDA ANUM ABDULLAH January 13, 2021
Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Jika kita bercakap tentang modem WiFi simcard, ianya terlalu banyak jenis dan jenama yang berada di pasaran sekarang. Ada yang murah dengan kelajuan yang sederhana, ada juga yang mahal dengan kelajuan yang sangat tidak masuk akal. Tetapi kuota internet yang diberikan masih lagi terhad dan jika anda tidak membaca pakej pembelian internet dengan betul, anda mungkin akan dikejutkan dengan bil yang melambung!

Tetapi jika anda bijak, anda akan menjumpai beberapa jenis modem WiFi yang membolehkan anda untuk memasukkan simcard dengan internet tanpa had anda. Kemudian, tanpa perlu risau, anda boleh menikmati plan internet tanpa had tersebut. Anda boleh memilih sama ada anda ingin menggunakan simcard pra bayar atau pascabayar kerana kedua-dua jenis simcard tersebut tetap boleh digunakan.

Akan tetapi, tidak semua modem WiFi mempunyai kelebihan tersebut. Ada diantaranya yang menolak kuota internet hotspot anda dan tidak menggunakan kuota internet tanpa had. Sebagai contoh, anda membeli internet dari plan Umobile GX30. Seperti anda sudah sedia maklum, GX30 menawarkan internet tanpa had dan 6GB hotspot. Modem WiFi tersebut hanya menggunakan 6GB hotspot itu sahaja. Sama seperti anda membeli internet terhad biasa dan menggunakannya tidak sampai sehari, kemudian habis begitu sahaja. Tetapi itu pilihan anda kerana internet terhad mempunyai kelajuan yang agak tinggi berbanding internet tanpa had.

 

5 Modem WiFi Simcard

Jadi, ini dia senarai 5 modem WiFi simcard untuk internet tanpa had yang anda juga mungkin boleh cuba. Buat pelajar-pelajar yang sedang belajar dari rumah juga digalakkan untuk mencuba. Di mana anda ingin mencari? Semuanya hanya di hujung jari.

 

1. RM 105 – RM 235

Link : https://shopee.com.my/WIFI-MODEM-RS980-SUPPORT-ALL-SIM-MALAYSIA-UP-TO-300MBPS-UNLIMITED-PACKAGE-SUPPORTED-i.82233976.7664789976

Info tambahan : Ada dua bulan warranty, barang yang ditayangkan adalah ready stock, bermakna sebaik sahaja anda membayar, seller akan terus menghantar barang anda tanpa perlu menunggu barang tiba dari pengedar tunggal. Modem WiFi ini mampu memberikan kelajuan sehingga 300Mbps bergantung kepada kelajuan internet anda. Jika internet anda berkelajuan 6Mbps maksimum, maka modem WiFi ini tiada masalah untuk itu.

 

2. RM 79 – RM 347

Link : https://shopee.com.my/%F0%9F%87%B2%F0%9F%87%BEUpgraded-Version-RS980-Modified-Unlimited-Hotspot-4G-LTE-Modem-Router-MOD-Wifi-unlock-All-Telco-Huawei-B310-RS860-i.41383663.4943390768

Info tambahan : Seller ini berasal dari Selangor. Buat pengguna Selangor, anda mungkin boleh mendapatkan modem ini dengan lebih cepat! Berbeza dengan yang pertama tadi, modem WiFi ini mampu memberikan kelajuan internet sehingga 150Mbps sahaja tetapi ianya sudah lebih daripada cukup sebenarnya. Modem ini juga dikatakan mampu memberikan coverage yang luas sehingga 20 meter jaraknya! Anda tertanya-tanya? Klik link tersebut untuk membaca description dan boleh mulakan perbualan bersama penjual.

 

3. RM 83.50 – RM 138

Link : https://shopee.com.my/Modified-Unlimited-Portable-4G-Wifi-Modem-MIFI-Router-Hotspot-i.671203.2632131483

Info tambahan : Antara yang boleh dikatakan agak murah di senarai ini dan ianya seperti yang dijangkakan. Walaupun harganya lebih rendah dan saiznya lebih kecil, tetapi dengan kemudahan itu, anda mampu membawanya pergi ke mana-mana. Saiznya kecil sahaja tetapi mampu memberikan kelajuan yang agak memuaskan. Tetapi sayangnya, modem WiFi ini bergantung kepada telco apa yang paling laju di rumah anda. Jika di rumah anda hanya ada line DIGI, jadi hanya DIGI yang sesuai untuk digunakan di dalam modem ini. Tetapi anda juga boleh mencuba yang lain jika mahu.

Ianya juga agak mengambil masa yang lama untuk sesuai dan mencari-cari isyarat internet yang kuat. Sama seperti anda menggunakan internet di telefon bimbit tetapi tetap berguna buat anda yang mahu menggunakan internet tanpa had untuk disambungkan lebih dari satu device.

 

4. RM 69 – RM 129

Link : https://shopee.com.my/MODIFIED-Unlimited-4G-LTE-Wifi-OEM-USB-modem-MIFI-Router-150Mbps-Ufi-Hotspot-Car-Mifi-Modem-PK-Broadband-E8372-i.116718172.3513760401

Info tambahan : Modem WiFi ini mampu memberikan kelajuan sehingga 150Mbps tetapi bergantung juga kepada simcard dan pakej internet yang anda gunakan. Ianya juga jauh lebih murah dari yang lain dan mudah di bawa ke mana-mana sahaja.

 

5. RM 139 – RM 169

Link : https://shopee.com.my/Pocket-D6-Mobile-WiFi-4G-LTE-Modified-Unlock-bypass-Support-All-Telco-%E3%80%90Unlimited-Hotspot%E3%80%91-i.59591342.6644548966

Info tambahan : Harga permulaan juga sudah mahal, pasti fungsinya juga lebih menarik berbanding yang lain. Modem WiFi ini mempunyai bateri sehingga 6000mAh dan boleh memberikan kelajuan maksimum sehingga 150Mbps. Seperti sudah diperkatakan tadi, 150Mbps itu sudah cukup laju dan ianya malah lebih dari laju. Jika internet anda hanya boleh mencapai 6Mbps sahaja, itu tidak bermakna anda boleh mengatakan ianya perlahan. 6Mbps sudah lebih daripada cukup. Tetapi jika anda mahu menggunakan modem WiFi ini sebagai punca internet anda untuk ke TV Box, disarankan untuk membeli pakej internet yang lebih laju dan modem WiFi yang lebih kuat dan besar.

 

Tanpa Had Tetapi Ada Had

modem wifi simcard

Semua harga yang ditetapkan untuk modem WiFi tersebut boleh dikatakan agak mahal tetapi disebabkan ianya mampu menggunakan internet tanpa had yang dibeli melalui simcard, hampir semua pengguna WiFi membeli modem ini semua. Begitu banyak review positif yang diterima melalui ruangan feedback posting tersebut. Anda juga mampu menilainya dengan sendiri.

Akan tetapi, walaupun anda menggunakan internet tanpa had, semua telco telah meletakkan had penggunakan internet tanpa had yang mereka tawarkan kepada pengguna. Sebagai contoh, jika sebelum ini anda telah menggunakan internet tanpa had sehingga 200GB dengan kelajuan 6Mbps, anda mungkin akan perasan internet anda sedikit perlahan selepas itu. Ini adalah disebabkan telco yang ada gunakan telah meletakkan had penggunakan internet tanpa had tersebut dan memperlahankan kelajuan internet anda kepada 500Kbps dan mungkin juga lebih perlahan dari itu. Penggunaan data anda akan sedikit dan mungkin tidak mencecah 300GB.

 

Prev Article
Next Article

About The Author

AIDA ANUM ABDULLAH

Related Articles

Pemberitahuan Pengeluaran KWSP i-Sinar
Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !FacebookTwitterPrintPengeluaran KWSP …

Pemberitahuan Pengeluaran KWSP i-Sinar

Samsung Galaxy Tab S3 Bakal Keluar Dengan Kebolehan Penggunaan S-Pen
Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !FacebookTwitterPrintSedikit masa …

Samsung Galaxy Tab S3 Bakal Keluar Dengan Kebolehan Penggunaan S-Pen

Leave a Reply

Cancel reply

Terkini

  • Semakan Status Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0
  • 10 Skincare Terbaik Untuk Lelaki
  • 5 Modem WiFi Simcard Unlimited Internet
  • Cara Menabung Menggunakan Tabung Warna
  • Permohonan UTHM Program Eksekutif Dan Profesional

Komen Terkini

  • Mr.Reading on 10 Contoh Online Business Yang Laku Keras
  • ARDEY BIN MOHD SAH on Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19
  • Mr.Reading on Tangguhan Moratorium di Belanjawan 2021
  • Mohd ridzuan bin hassa on Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19
  • Mohamad sairi on Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2021 ZonCyber
Theme by XpresiSC

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh