ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Umum
5 Ganjaran Pahala Berpuasa Pada Bulan Rejab

5 Ganjaran Pahala Berpuasa Pada Bulan Rejab

Jundullah98 February 16, 2022 No Comments
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares

 

5 Ganjaran Puasa Pada Bulan Rejab

 

Adakah anda tahu, ganjaran pahala berpuasa pada bulan Rejab? Apakah asal-usul bulan Rejab? Adakah benar Ganjaran Pahala Berpuasa Pada Bulan Rejab lumayan? Ikuti perkongsian di bawah untuk mendapatkan penjelasannya.

Firman Allah SWT :

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ ۚ

Terjemahannya :

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya);

[Surat At-Tawbah 36]

Baginda Nabi SAW bersabda :

“Sesungguhnya di syurga terdapat sebuah pintu yang dipanggil ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melaluinya pada hari kiamat. Tidak ada seorangpun dapat memasukinya melainkan orang yang puasa. Akan dipanggil: Di mana orang-orang yang berpuasa?.

Maka mereka (yang berpuasa) akan bangun, tidak ada yang melalui pintu itu selain mereka.  Apabila mereka sudah masuk, maka pintu ditutup. Dan tiada seorang pun dapat memasukinya lagi.”

[al-Bukhari dan Muslim]

 

SYARAHAN RINGKAS

Ayat al-Quran di atas menyatakan, bilangan bulan yang muktamad di sisi Allah SWT adalah 12 bulan. Kemudian Allah SWT turut menyatakan 4 ‘Bulan Haram’ iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah , Muharam dan Rejab.

Hadis di atas pula merupakan keistimewaannya bagi mereka yang berpuasa, iaitu ar-Rayyan. Sebuah pintu syurga yang khusus dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa.

 

Pengenalan

Rejab adalah bulan ke-7 dalam kalender Hijrah. Ianya juga termaktub sebagai ‘Bulan Haram’, iaitu bulan yang mulia lagi dihormati oleh masyarakat arab purba. Buktinya, mereka tidak berperang dalam bulan-bulan ini, sekalipun bertemu musuh tradisi.

Info Tambahan :  Apa Maksud STEM Dan Kaitan Dengan Pembelajaran

Peristiwa besar yang berlaku pada bulan ini adalah peristiwa pensyariatan solat fardu lima waktu. Peristiwa agung ini berlaku pada 27 Rejab , yang menyaksikan perjalanan nabi SAW daripada Mekah ke Sidratul Muntaha (Arasy Allah SWT) . Peristiwa ini telah menguji iman umat Islam, hingga ada yang murtad kerana enggan mempercayai berita ini.

 

Definisi Rejab

Bulan Rejab berasal daripada kalimah rojaba, yang bermaksud ‘genjatan daripada peperangan’. Kemudian Rejab mempunyai makna Azim (agung), hal ini karena bangsa Arab mengagungkan bulan ini ,lantas mereka tidak berperang sepanjang bulan ini.

Bulan Rejab juga terkenal dengan dua julukan, yaitu al-Aṣab (pencurahan) dan al-Asham (tuli). Dijuluki al-Asab kerana pada bulan ini, rahmat turun melimpah-ruah kepada umat nabi Muhammad SAW.

Manakala disebut al-Aṣam karena pada bulan ini, tidak terdengar suara peperangan dan suara dentingan pedang. Setelah membuat penelitian, tiada hadis sahih yang menyatakan tentang kelebihan berpuasa secara khusus pada bulan Rejab. Tetapi, baginda Nabi SAW banyak berpuasa pada bulan ini dan Syaaban .

Adapun pada bulan-bulan lain, baginda SAW sentiasa melazimi puasa pada hari Isnin dan hari Khamis, termasuk puasa-puasa sunat yang lain. Namun,ianya tidak menghalang kita untuk menunaikan puasa pada bulan Rejab.Kerana ganjaran puasa amat besar di sisi Allah SWT.

Maka di sini, saya senaraikan beberapa ganjaran berpuasa secara umum.

 

5 Ganjaran Pahala Berpuasa Pada Bulan Rejab

 

1. DIAMPUNKAN DOSA LAMPAU

Umat Islam yang berpuasa dengan sempurna, telah dijanjikan oleh Allah SWT  dengan pengampunan. Ini berdasarkan hadis nabi SAW yang berbunyi :

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan. Allah SWT akan mengampunkan dosa kesalahannya yang telah lalu”.

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ]

Info Tambahan :  Doa Belajar Untuk Peperiksaan

Walaupun hadis ini khusus kepada puasa Ramadan, tetapi ia boleh diambil sebagai pemangkin semangat untuk berpuasa, sebagai persediaan menempuh bulan Ramadan.

 

2. AR-RAYYAN (PINTU SYURGA KHUSUS)

Ar-Rayyan amat sinonim dengan ibadah puasa, kerana ianya adalah pintu syurga yang khusus dimasuki orang-orang yang berpuasa. Ibadah puasa yang ditunaikan dengan sempurna mampu melayakkan diri , memasuki syurga melalui pintu Ar-Rayyan.

 

3. DOA MUSTAJAB

Berpuasa memungkinkan doa seseorang diterima oleh Allah SWT. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah saw bersabda:

“Tiga orang yang doanya tidak tertolak: orang yang berpuasa sampai ia berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang terzalimi.”

(HR Tirmidzi)

Perbanyakkanlah doa semasa menunaikan ibadah puasa, terutamanya doa semoga dipertemukan dengan bulan Ramadhan.

 

4. DUA KEGEMBIRAAN

Kegembiraan bagi orang yang berpuasa ada dua,iaitu berbuka puasa dan apabila bertemu Tuhannya. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam hadis kudsi :

“Bagi orang yang melaksanakan puasa ada dua kebahagiaan; kebahagiaan ketika berbuka, dan kebahagiaan ketika bertemu dengan Rabbnya”.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Berbahagialah wahai orang-orang yang berpuasa atas kurniaan ini.

 

5. MULUT BERBAU HARUM

Antara kelebihan orang yang berpuasa adalah mulutnya berbau harum, bahkan lebih harum daripada bauan kasturi di sisi Allah SWT. Ini kerana mereka sanggup berlapar dan dahaga kerana Allah SWT.

Sebagaimana yang disabdakan oleh baginda Nabi SAW :

“Demi Zat yang berkuasa atas nyawaku, sungguh bau mulut orang puasa itu lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi”.

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Bau harum ini akan tersingkap di padang Mahsyar, maka jangan lupa untuk menjaga kebersihan mulut. Sesungguhnya kebersihan itu separuh daripada iman.

 

Info Tambahan :  10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia

Kesimpulan

Ibadah puasa amat digalakkan oleh Islam. Selain melentur nafsu, puasa juga berpotensi menyemai perasaan simpati dan empati penunainya. Maka tidak hairanlah mengapa baginda Rasulullah SAW sentiasa berpuasa.

Berpuasa amat besar ganjarannya. Jadikanlah puasa pada bulan Rejab, sebagai latihan bagi menghadapi bulan Ramadan yang bakal membuka tirainya berbaki satu bulan.

 

Wallahualam.

 

Rujukan :

  1. Sofhahtut Tafassir : Syeikh Ali as-Sobuni
  2. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/2354-irsyad-al-hadith-siri-ke-261-ganjaran-bulan-rejab
  3. Pengetahuan tentang Bulan-bulan Islam : Syeikh Hafiz ibnu Rojab
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares
Prev Article
Next Article

About The Author

Jundullah98

Related Articles

KWSP
Twitter Facebook Pinterest616shares Twitter Facebook Pinterest616sharesInfo Tambahan :  Apa Maksud …

Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19

Selangor Bangkit RM1000 Bantuan Untuk Mangsa Banjir
Twitter Facebook Pinterest154shares Selangor Bangkit akan menyediakan bantuan RM1,000 kepada …

Selangor Bangkit: RM1000 Bantuan Untuk Mangsa Banjir

Permohonan UTHM Program Eksekutif Dan Profesional
Facebook Twitter Pinterest0share Permohonan UTHM Program Eksekutif dan Profesional menyatukan …

Permohonan UTHM Program Eksekutif Dan Profesional

Twitter Facebook Pinterest154shares Twitter Facebook Pinterest154sharesInfo Tambahan :  Faktor-Faktor Penting …

5 Tempat Paling Menakutkan Di Dunia

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Komen Terkini

  • iAwani on Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022: “Pengeluaran KWSP yang ini betul-betul banyak membantu kehidupan.. Harga barang semakin naik dan harga perkhidmatan juga semakin naik. Dengan duit…”
  • Amar on Apa Itu Jurusan Pengurusan Maklumat?: “Laptop apa yg sesuai ye untuk digunakan dalam course ni?”
  • Fida on 3 Kelebihan Membaca al-Quran Sebelum Subuh yang Perlu Anda Tahu: “Assalamualaikum ustaz maknanya lagi afdal ke baca quran sebelum subuh sebab selama ni saya ngaji lepas subuh.”
  • Wan Syaqila on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “rabi raza Btul weii lgipun apps dia tu lgi tersusun dari yg lain hehe.. aku pun mula mula tgk kat…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “lagipun apps dia tu senang nk guna.. mcm guna hiredly company yg aku cari x banyak sngt. course aku pun…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “bgi aku laa mmg best guna jobstreet.. aq pn tau psl tu dri tgk iklan ry dia la weii. lepstu…”
  • Hafiz Abd on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Yg penting mana yg senang and btul2 dpt kerja.. Tpi hritu guna jobstreet siap tgk sekali iklan dia hahahah. Best…”
  • Dinie Razak on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Ya.. Klu nk best mmg guna jobstreet. Apps dia mudah and aku dpt kerja sbb apps tu hihi. Lgi best…”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2023 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz