ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Penulis Jemputan
5 Cara Membuat Duit Dengan Bermain Permainan Video

5 Cara Membuat Duit Dengan Bermain Permainan Video

Irene April 13, 2020 3 Comments
  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share

Apa yang lebih menarik dari bermain permainan video? Terutama ketika ada masa terluang.

Permainan video tentunya seronok untuk dimainkan apatah lagi jika ianya memberikan pulangan yang lumayan kepada diri anda.

Kedengaran seperti gurauan kosong bukan? Tetapi inilah realiti zaman sekarang. Malah, pendapatan mereka yang bermain permainan video sahaja melebihi pekerjaan industri lain.

Sesetengah mereka mampu membuat berpuluh ribu, malah juta dengan hanya sebulan.

Ingin tahu bagaimana? Di sini akan dikongsikan lima cara membuat duit dengan bermain permainan video yang sememangnya berkesan.

1. Mulakan Channel Youtube

Ini adalah cara yang paling mudah untuk membina kareer anda dalam bermain permainan video. Siapa yang tidak kenal dengan platform video terbesar di dunia(Youtube). PewDiePie atau nama sebenarnya Felix Kjellberg (rujuk dibawah) merupakan antara top 7 Youtuber berpendapatan tinggi tahun 2019. Dengan jumlah pendapatan sebanyak $13 juta hanya bermain permainan video. Menarik bukan?

Terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk menarik lebih ramai penonton ke channel anda:

  • Gunakan komentar yang menghiburkan dan menambah kesan khas untuk menjadikan video anda lebih menarik dan tertarik seperti Nightblue3.
  • Mengajar orang bagaimana untuk bermain permainan video dengan lebih baik dengan panduan, tutorial dan ulasan menjelaskan mengapa anda membuat keputusan tertentu dalam permainan tersebut seperti Metaphor.
  • “Review” permainan baru dan membantu penonton membuat keputusan jika permainan tersebut layak dibeli atau tidak. Seperti yang dilakukan oleh Joseph Anderson.
  • Merekodkan “walkthrough” permainan (baru atau lama) sambil anda memberikan komen pada jalan cerita tersebut seperti yang dibuat oleh TetraNinja.

Sudah semestinya ada beberapa cara lain yang boleh dibuat. Cara diatas telah diguna pakai hampir kesemua Youtuber untuk membesarkan channel mereka dengan cepat.

Info Tambahan :  Permohonan Institut Kraf Negara

Majoriti pendapatan anda akan datang dari iklan dan tajaan di YouTube. Untuk mendapatkan iklan, anda perlu menjadi rakan kongsi YouTube (Partner) yang memerlukan perkara berikut:

  • Mempunyai lebih daripada 4,000 jumlah tontonan dalam tempoh 12 bulan.
  • Mempunyai lebih daripada 1,000 pengikut.

Sebaik sahaja anda memenuhi keperluan tersebut, anda boleh memohon. Sekiranya anda diluluskan, anda boleh mula memaparkan iklan pada video anda dan membuat sedikit pendapatan. Tetapi jumlah wang yang besar itu datangnya dari tajaan pemaju permainan (game developer) dan syarikat yang menjual barangan permainan, seperti “gaming chair”.

2. Stream di Twitch

Di Malaysia, mungkin ramai yang tidak mengenali platform ini. Twitch adalah platform “streaming” di mana penonton boleh menonton orang lain bermain permainan kegemaran mereka.

“Streamer” Twitch yang popular seperti Ninja membuat $10 juta pada tahun 2018 daripada iklan, penajaan, dan juga “subscribers” di Twitch. Dan dia tidak bersendirian. Gabungan 10 “streamer” Twitch teratas menghasilkan lebih dari $20 juta pada tahun 2017.

Sudah tentu ianya bukan kepada semua “streamer”. “Streamer” Twitch rata-rata memperoleh hampir $10,000 hingga $40,000 setiap tahun. Masih lagi tergolong dalam mempunyai pendapatan yang lumayan.

Untuk mula membuat duit di Twitch, anda mesti menjadi rakan kongsi di Twitch (Partner). Untuk melakukan itu, anda perlu mempunyai:

  • Sekurang-kurangnya 500 minit masa penyiaran dalam tempoh 30 hari.
  • Sekurang-kurangnya 7 hari masa penyiaran yang unik dalam tempoh 30 hari.
  • Rata-rata mempunyai 3 penonton serentak atau lebih dalam tempoh 30 hari.
  • Sekurang-kurangnya mempunyai 50 pengikut.

Sebaik sahaja anda menjadi rakan kongsi, anda boleh mula membuat duit dari “subscribers” dan memaparkan iklan di saluran anda. Sudah tentu, anda juga boleh mendapatkan penajaan dari syarikat permainan seperti di YouTube.

Info Tambahan :  Pro Evolution Soccer 2017 Free PES 2017 Untuk anda

3. Bersaing Dalam Kejohanan

Walaupun bukan daripada sumber pendapatan yang konsisten (kecuali jika anda sangat berbakat), memenangi kejohanan permainan untuk permainan video kompetitif seperti Call of Duty, League of Legends, Fortnite dan lain-lain dapat menjana sejumlah wang yang lumayan kepada anda.

Salah satu kompetitor e-sukan (e-sports) yang terkemuka di dunia, Kyle Giersdof (aka “Bugha”), memperoleh sekitar $3 juta setahun menyertai pertandingan Fortnite.

Ini mungkin cara paling mudah untuk membuat duit bermain permainan video. Tetapi ianya mungkin agak sukar untuk mengaut keuntungan melainkan jika anda benar-benar hebat dalam  permainan dan menang secara konsisten.

Terdapat beberapa laman web di internet di mana anda boleh menyertai kejohanan “e-sports” untuk mendapatkan hasil yang lebih lumayan.

4. Menjadi Penguji Permainan Video (Video Game Tester)

Ini antara pekerjaan yang senang dan mudah. Pemaju permainan video akan membayar penguji permainan untuk mencuba permainan mereka dalam persekitaran pemain yang sebenar. Anda akan dibayar untuk mengenal pasti masalah seperti “bug” dan membuat cadangan mengenai penambahbaikan yang boleh dibuat berkenaan permainan video tersebut.

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa hanya kerana anda dibayar untuk bermain permainan video tidak bermakna pekerjaan itu adalah seperti sesi anda bermain di sofa rumah anda. Anda perlu bekerja keras dan akan mengambil masa seharian anda.

Sebagai contoh, penguji permainan perlu melakukan satu ujian yang dikenali sebagai “matrix testing”. Katakan anda sedang menguji permainan pertempuran seperti Mobile Legend, ujian ini bermakna anda perlu memainkan semua karakter vs semua karakter 1-on-1. Satu perlawanan pada satu masa untuk menentukan bagaimana setiap karakter berpadanan. Itu lebih daripada 8,000 perlawanan.

Tugas ini adalah yang terbaik untuk mereka yang sangat analitikal dan teratur. Jika itu tidak menggambarkan diri anda, ini mungkin bukan pekerjaan untuk anda. Tetapi ini bukan satu-satunya cara untuk dibayar untuk bermain.

Info Tambahan :  Permohonan UTHM Program Eksekutif Dan Profesional

5. Menjadi Pemaju Permainan Video (Game Developer)

Cara lain untuk mendapatkan duit sebagai pemain adalah dengan membuat permainan video anda sendiri. Pemaju permainan di syarikat utama seperti Ubisoft atau EA (Electronic Arts) mendapat gaji purata $83,000. Walau bagaimanapun, pekerjaan untuk syarikat unggul yang dikenali ramai sangat tertekan dan cenderung memaksa anda bekerja berjam-jam walaupun semasa hari cuti.

Sebagai alternatif, anda boleh menjadi pemaju permainan solo dan menjana pendapatan melalui jualan permainan dan pembelian dalam permainan. Sebagai contoh, Minecraft dikembangkan sepenuhnya oleh Markus Persson di bawah syarikatnya Mojang. Mojang dijual kepada Microsoft sebanyak $2.5 bilion.

Contoh lain ialah pemaju permainan Finn Brice, pengasas Chucklefish dan pencipta permainan terkenal Stardew Valley, yang memperoleh $24 juta pada tahun 2016 (lebih daripada Call of Duty).

Kedua-dua mereka ini belajar sendiri dan mencipta permainan video kerana minat yang mendalam. Jadi, apa yang menghentikan anda?

Kesimpulannya, tiada cara yang mudah untuk berjaya tanpa cabaran. Malah Youtuber yang terkenal sekalipun bermula dari bawah. Apa yang penting adalah usaha dan tidak berputus asa dengan ujian yang mendatang.

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share
Prev Article
Next Article

About The Author

Avatar
Irene

Related Articles

IC Hilang? Permohonan Penggantian IC Hilang Online
Facebook Twitter Pinterest share Apa yang perlu dilakukan dengan IC …

IC Hilang? Cara Penggantian IC Hilang Online

Cara Buat GIF Online
Facebook Twitter Pinterest share GIF berguna untuk membuat iklan yang …

3 Cara Mudah Buat GIF Online

Game Baru Supercell Kemungkinan Tidak Dikeluarkan 2017
Facebook Twitter Pinterest share Mungkin ramai yang menunggu game baru …

Game Baru Supercell Kemungkinan Tidak Dikeluarkan 2017

Panic Attack
Facebook Twitter Pinterest share Makan lebih banyak buah adalah cara …

Buah-buahan Dan Manfaatnya

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Zul Raihan
New Member ( NM ) V
Ahli Baru
Zul Raihan
3 days ago

Main game pun boleh dapat duit ya😅

1
Reply
ZackC
New Member ( NM ) III
Ahli Baru
ZackC
3 days ago

Org kata main game ni buang masa.. akhir zaman bnyk perkara yg boleh melalaikan.. ada yg lebih penting bleh kita buat masa free tu..kecuali la mmg dah terlalu free mungkin bleh la main kot.

2
Reply
Aaliyah Bajrai
New Member ( NM ) IV
Ahli Baru
Aaliyah Bajrai
3 days ago

boleh cuba ni, untuk orang yang minat game memang berbaloi. sambil main sambil dapat duit

2
Reply

Komen Terkini

  • Avatar Jundullah98 on Buah-buahan Dan Manfaatnya: “Banyak sebenarnya manfaat melalui pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam Islam sendiri, nabi mengajar umatnya supaya memakan buah-buahan sebelum makan makanan…”
  • Avatar Jundullah98 on Cara Menolong Orang Yang Mengalami “Panic Attack”: “Nak tanyalah.. Kalau orang yang fobia dengan jarum… Bagaimana yea? Boleh tenangkan dengan cara ni x”
  • Avatar Jundullah98 on Cara Mohon BPN Online Fasa 2 (BPN 2.0): “BPN mula diedarkan bulan berapa yea?”
  • Avatar Jundullah98 on Mitos atau Realiti : Bunian Wujud atau Tidak: “Alhamdulillah… Seronoknya baca penulisan Akhi tentang bunian. Semoga terus bersemangat menulis tentang bidang alam ghaib ini.”
  • Zul Raihan Zul Raihan on Bolehkah Manusia Berkahwin Dengan Jin?: “Sila² akhi,artikel di atas itu berkaitan masalah di sekitar masyarakat kita yang berkaitan dengan gangguan jin yang memerlukan kepada jawapan…”
  • Avatar Jundullah98 on Bolehkah Manusia Berkahwin Dengan Jin?: “Awesome sekali pengkongsian Akhi roihan tentang perkahwinan. Mohon izin share”
  • Avatar Jundullah98 on Banci 2020 : Cara Pengisian Online Melalui e-Census: “Alhamdulillah makin moden sistem negara kita selaras dengan perkembangan industri 4.0 Semoga perkhidmatan ini berjalan dengan lancar.”
  • Avatar Jundullah98 on Tukar Kad Pengenalan Baru Sistem Online: “Alhamdulillah.. Usaha yang baik daripada kerajaan demi membumikan norma baharu di samping memudahkan urusan rakyat.”

Terkini

  • Bolehkah Manusia Berkahwin Dengan Jin?
  • Mitos atau Realiti : Bunian Wujud atau Tidak
  • 4 Halangan Mengusai Bahasa Arab
  • Wirid Selepas Solat Yang Boleh Anda Lazimi
  • Membebaskan Kesulitan Hutang
  • Cara Membuat Temujanji Klinik Kesihatan Secara Online
  • Cara Mendaftar E-Filing LHDN 2021
  • Video Reaksi Pelik Unta Ketika Salji di Padang Pasir

Terbaik Bulanan

  • Perlukah PdPR Online diteruskan ?
    February 18, 2021
  • Keikhlasan Dan Menghadirkan Niat Dalam Segala Perbuatan
    February 9, 2021
  • 3 Cara Mudah Buat GIF Online
    January 30, 2021
  • 5 Filem Animasi Tempatan yang Memenangi Anugerah …
    February 13, 2021
  • Jadual Imunisasi 2021 KKM
    February 8, 2021

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2021 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz