Aplikasi boleh buat duit itu banyak. Bukan satu, bukan dua tetapi terlalu banyak. Namun, tidak semua aplikasi adalah selamat dan mungkin ada diantaranya haram di sisi Islam atas sebab-sebab tertentu sebagai contoh unsur shubhah dan sebagainya. Anda perlu tahu maksud ayat ‘aplikasi untuk buat duit’. Walaupun hanya menggunakan aplikasi yang ada di dalam telefon pintar anda, tetapi tidak bermakna anda bakal menerima wang tanpa melakukan apa-apa. Anda perlu tahu dari mana wang yang anda terima melalui aplikasi tersebut. Oleh sebab itulah anda sentiasa perlu peka dengan pekerjaan yang anda lakukan meskipun pekerjaan tersebut sangat mudah dan tidak memerlukan banyak tenaga.
Senarai 5 Aplikasi Boleh Buat Duit.
Terdapat banyak sebenarnya aplikasi boleh buat duit, sebenarnya ia bergantung pada keserasian dan kemahiran yang kita ada. Ada sesetengah aplikasi memerlukan kemahiran lain seperti kemahiran mengedit video dan sebagainya. Namun demikian anda boleh belajar dan dunia kemahiran kini lebih mudah dengan ada aplikasi yang terbaru untuk memeudahkan kerja-kerja anda.
1. Facebook
Mungkin ada di antara anda yang tidak tahu bahawa aplikasi Facebook boleh menjana pendapatan. Terdapat pelbagai cara untuk anda mendapatkan pendapatan melalui Facebook dan salah satu daripadanya adalah dengan melakukan siaran langsung (Facebook LIVE) di bahagian Halaman Facebook (Facebook Page) anda. Dengan syarat, anda perlu mempunyai lebih kurang 2,000 pengikut di Halaman Facebook anda. Ini akan memudahkan anda untuk mendapatkan penonton dan dari situlah anda akan mendapat gaji. Penonton boleh menyumbangkan Star kepada streamer yang melakukan siaran langsung. Nilai untuk 1 unit Star bersamaan dengan RM0.12. Bayangkan jika penonton anda memberikan 100 unit Star kepada anda. Anda akan mendapat RM12.
Anda juga perlu mengambil serius tentang isi yang anda mahu sampaikan melalui siaran langsung tersebut sama ada anda mahu bermain permainan video, menyampaikan maklumat islamik seperti ceramah ilmu atau mungkin anda mahu berjual beli seperti pakaian dan sebagainya. Semakin menarik program yang anda lakukan, semakin ramai dan semakin banyak pendapatan serta sambutan dari orang ramai.
Pemain permainan video professional sangat popular melalui aplikasi Facebook kerana mereka menggunakan platform ini untuk berinteraksi dengan peminat mereka. Antara pemain permainan video professional yang popular adalah Soloz, Fredo Sameon, XK Penjahat, Daddy Hood, Logan Gaming dan ramai lagi.
Populariti mereka meningkat bukan sahaja kerana perisian program mereka yang bagus, tetapi juga kerana sikap dan juga personaliti ketika berinteraksi bersama penonton. Bukan itu sahaja, malah kerana mempunyai pengikut dan penonton siaran langsung yang sangat tinggi, salah seorang daripada pemain esport professional iaitu Soloz telah memenangi anugerah Pencipta Kandungan Dengan Tontonan Tertinggi. Kini, pengikut beliau sudah mencecah 2 juta orang di Facebook. Oleh sebab itu, hampir semua anak muda kini bercita-cita untuk menjadi streamer sepertinya dan menjadikannya sebagai idola dalam dunia gaming.
2. Wattpad
Buat penulis-penulis di luar sana, ini adalah aplikasi yang sesuai untuk anda. Jika anda adalah seorang penulis novel, cerpen, cerita pendek dan mungkin anda seorang pembaca buku yang tegar, Wattpad adalah tempat yang juga mampu untuk menjana wang. Ini merupakan ciri-ciri terbaru dikenalkan oleh Wattpad setelah 13 tahun ianya wujud dan digunakan hampir 5 juta pengguna. Pada beberapa tahun lepas, Wattpad mula memperkenalkan cirinya yang terbaru iaitu para penulis boleh mengenakan bayaran kepada pembaca. Dari situ, penulis anda mendapat pendapatan mereka. Walaupun bagi anda yang tidak berminat dalam dunia penulisan mengatakan pekerjaan ini agak membuang masa dan tenaga, tetapi bagi mereka yang mempunyai minat dan bakat dalam dunia penulisan mampu menjana pendapat sebanyak mungkin melalui aplikasi ini.
Anda juga perlu tahu, semakin tinggi kualiti penulisan anda, semakin ramai pembaca anda akan sanggup membayar semata-mata untuk membaca hasil air tangan anda. Tetapi, anda perlu bersabar kerana untuk mendapatkan wang melalui aplikasi ini tidak mudah. Anda perlu mencari pembaca terlebih dahulu. Jika anda sudah tahu berapa ramai pembaca setia anda, peratus untuk anda meletakkan charge pembayaran pada cerita anda agak tinggi.
3. Cashzine
Cashzine merupakan salah satu aplikasi yang menyenaraikan artikel untuk pembaca membacanya dan dalam masa yang sama, pembaca tersebut mampu menjana pendapatan. Bayangkan, anda mendapat komisyen dengan hanya membaca artikel. Mudah bukan? Mendengarnya memang mudah. Tetapi untuk melaksanakannya agak sukar kerana anda juga perlu melakukan kerja keras. Pendapatan anda bergantung kepada berapa banyak artikel yang anda boleh baca dan seberapa banyak yang anda boleh kongsikan artikel tersebut kepada orang ramai. Jika anda berkongsi artikel tersebut kepada orang ramai dan orang ramai turut membacanya, anda akan mendapat komisyen melalui itu.
Akan tetapi, nilai coin yang ditawarkan oleh Cashzine kepada pengguna agak kecil. Ini akan membuatkan seseorang itu perlu bekerja keras bagi menambah coin supaya bertambah banyak. 16,000 coin bersamaan dengan RM1. 480,000 coin pula bersamaan dengan RM30. Begitu juga nilai-nilai yang seterusnya. Akan tetapi, anda tidak disarankan untuk menggunakan aplikasi ini sebagai punca pendapatan utama anda kerana ianya mengambil masa yang agak lama. Tetapi tidak bermakna anda tidak digalakkan langsung untuk mencuba. Jika anda bosan dan tidak tahu buat apa di rumah ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan Ini, anda dialu-alukan untuk melakukannya. Tiada paksaan dan ianya adalah mengikut kehendak anda sendiri.
4. Tiktok
Bagaimana aplikasi Tiktok ini mampu memberikan pendapatan kepada anda? Jangan tersilap, bukan aplikasi Tiktok itu yang memberikan anda pendapatan. Yang memberikan pendapatan kepada anda adalah orang-orang yang mempunyai perniagaan yang mempercayai anda untuk mempromosikan produk mereka. Konsep ini sama seperti Instagram, di mana ramai pengguna Instagram yang mempunyai bilangan pengikut yang ramai dan berpengaruh mempromosi beberapa produk dari pelbagai jenis syarikat. Tidak kira sama ada syarikat kosmetik, syarikat makanan dan sebagainya. Semakin banyak dan menarik perisian anda, semakin mudah anda akan didekati oleh pengusaha syarikat tersebut.
Begitu juga dengan Tiktok. Jika konten anda membuat video pendek agak menarik dan berjaya menarik perhatian pengguna Tiktok yang lain, tidak mustahil anda juga boleh dilamar oleh beberapa syarikat perniagaan. Mungkin anda akan menjadi duta atau mungkin anda akan menjadi salah seorang daripada individu yang menandatangani kontrak bersama syarikat tersebut untuk mempromosikan produk mereka. Jika anda seorang yang mesra dan pandai berinteraksi dengan penonton, anda patut cuba!
5. Youtube
Aplikasi yang terakhir ini merupakan yang paling popular dalam kalangan aplikasi lain yang disenaraikan di atas iaitu Youtube. Pasti sudah ramai di antara anda yang tahu aplikasi ini mampu menjana pendapatan lumayan melalui video. Video yang ingin dihasilkan tiada batas. Anda boleh membuat video seperti tutorial tudung, tutorial masakan, rutin harian anda di rumah atau mungkin juga video anda sedang makan. Kini, bukan seorang dua yang berjaya menjadi Youtuber berjaya, malah beribu pengguna Youtube bergantung kepada aplikasi tersebut untuk menjana pendapatan utama mereka.
Beberapa Youtuber popular dan berjaya yang menjana pendapatan melalui Youtube adalah Bella Khan, Azfar Heri, Aisyah Habshee, Isaac Osman, Shazz Zainuddin, Syahmi Sazli dan ramai lagi.
Mereka merupakan nama-nama besar di dalam Youtube sehinggakan mampu menjana pendapatan mencecah hampir berpuluh ribu ringgit! Jadi tidak hairan jika anak muda sekarang ini menjadikan platform Youtube sebagai sumber pendapat mereka memandangkan kini untuk bekerja di luar dari rumah agak berisiko kerana virus Covid-19.
Tiada yang mustahil untuk seseorang itu berjaya melainkan kerana sifat malas dan cepat berputus asa.
“There is no failure except in no longer trying.” ―Elbert Hubbard
Boleh cuba ni
Ouh…begitu fungsinya, baru tahu tu, 👍👍
Wah…
Banyak betul yea medium untuk menjana pendapatan.
Tinggal buat je.
Mmg boleh buat duit.. tapi harap content juga memberi pahala..bukan dosa..