Setiap tahun, pasti ada resipi makanan untuk diet seimbang yang direka khas buat semua golongan masyarakat tidak kira untuk remaja, orang dewasa mahupun warga emas. Diet bukan bererti perlu berlapar dan berdahaga sepanjang hari semata-mata untuk menurunkan berat badan. Maksud diet yang sebetulnya adalah mengamalkan pemakanan yang seimbang mengikut piramid makanan. Namun, masih ramai lagi masyarakat yang salah anggap tentang itu dan berdiet secara mengejut. Berdiet secara mengejut sangat tidak bagus dan boleh menjejaskan kesihatan sehingga mengakibatkan tubuh kurang gula dan tekanan darah rendah.
Sehubungan dengan itu, orang ramai mula mencari menu-menu yang sesuai untuk diamalkan ketika berdiet. Ada di antara mereka yang masih memerlukan karbohidrat seperti nasi dan sebagainya ketika berdiet. Namun ada juga yang tidak mahukan nasi sebagai hidangan utama mereka. Resipi makanan untuk diet seimbang ini sesuai untuk mereka yang tidak mahu menjadikan nasi sebagai makanan utama mereka. Jika anda sedang mencari menu yang sesuai ketika berdiet, makanan ini sangat sesuai untuk anda. Anda tidak perlu merasa lapar semata-mata untuk menurunkan berat badan.
3 Resipi Makanan Untuk Diet Seimbang
Kali ini kami cuba memberikan resepi makanan untuk diet seimbang, jika anda perasan, tiga resipi ini mula menjadi popular dalam kalangan rakyat Malaysia sehingga salah satu daripada resipi tersebut berjaya menarik tumpuan para Youtuber untuk review di channel Youtube mereka. Anda juga patut cuba dan buat sendiri di rumah. Jangan risau, jika anda tiada masa untuk buat sendiri, kini sudah ramai peniaga mula mempromosi makanan tersebut di laman sosial.
1. Vietnamese Spring Rolls.
Makanan ini sebenarnya berasal dari negara jiran iaitu dari negara Vietnam. Kemudian pada beberapa tahun lalu, ianya mula popular di Malaysia dan ramai mengatakan resipi makanan ini mudah dan sangat sihat. Vietnamese Spring Rolls berasaskan sayur-sayuran segar yang terdiri daripada timun, lobak dan daun ketumbar. Bersama-sama dengan sayur tersebut disekalikan bersama bihun atau suhun dan juga udang. Terpulang kepada anda sama ada mahu meletakkan udang, isi ketam, sosej, hirisan dada ayam panggang, hirisan daging salai dan sebagainya. Semua itu terpulang kepada anda.
Kemudian, ke semua bahan-bahan itu akan digulung di atas rice paper. Rice paper ada dijual di pasaraya. Tetapi jika kehabisan stok ataupun anda tidak menjumpai rice paper tersebut, anda boleh membelinya di Shopee. Rice paper tersebut perlu dicelup di dalam air hangat atau suam terlebih dahulu kemudian barulah diletakkan di atas permukaan yang rata. Kemudian letakkan kesemua jenis sayuran dan isi perisa yang anda inginkan. Setelah itu, gulung kemas. Cara gulungan sama seperti menggulung popia.
Vietnamese Spring Rolls ini akan dicecah bersama sos pedas. Sos tersebut bergantung kepada resipi anda sama anda mahu pedas atau sederhana. Semakin pedas, semakin sedap! Ada di antara mereka yang gemarkan sos kacang sebagai pencecah.
Resipi Vietnamese Spring Rolls
Bahan-bahannya :
- Rice paper
- Timun
- Lobak
- Daun ketumbar
- Suhun / bihun
- Isi ketam / sosej / udang / dada ayam / daging salai
Untuk sos :
- Cili
- Sos ikan / cuka
- Perahan limau / air asam jawa
- Daun ketumbar
- Bijan
2. Chicken Wrap
Anda pasti tahu makanan ini kerana ianya juga agak popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Tetapi ianya tidak sepopular Vietnamese Spring Rolls. Chicken Wrap ini berasakan dada ayam, sayuran dan mayonis kemudian dibalut dengan kepingan wrap sama ada anda mahu dari jenama Gardenia atau Mission. Jika anda tidak mahukan dada ayam sebagai isi utama, anda boleh tukar kepada daging atau mungkin isi kegemaran anda yang lain.
Resipi Chicken Wrap
Bahan-bahannya :
- Kepingan wrap
- Dada ayam
- Salad
- Tomato
- Mayonis
3. Kubis Gulung
Resipi ini kurang popular kerana caranya yang agak leceh dan memerlukan banyak tenaga. Jika Vietnamese Spring Rolls menggunakan rice paper sebagai pembalut, tetapi resipi ini menggunakan rebusan kepingan kobis sebagai pembalut. Bahagian yang agak leceh adalah intinya kerana perlu dimasak dahulu sebelum digulung. Jangan risau, makanan ini pasti akan menjadi pujaan hati anda. Makanan ini terpulang kepada anda mahu cecah dengan sos ataupun tidak. Anda boleh menggunakan sos cili atau sos thailand sebagai pencecah dan penambah rasa.
Resipi Kubis Gulung
Bahan-bahannya :
- Ayam atau daging kisar
- Bawang putih
- Bawang merah
- Garam
- Lada hitam
- Cili
- Lobak
- Kubis ungu (untuk inti)
- Kubis hijau (untuk balut)
Resipi yang disediakan di atas boleh diubah mengikut citarasa anda. Resipi ini bukan sahaja untuk yang berdiet tetapi juga boleh dijadikan sebagai makanan pada waktu pagi, tengah hari dan malam kerana ianya 90% daripada sayuran. Anda pasti akan suka dan mahu mencuba lagi.
Untuk anda yang mahu membeli Vietnamese Spring Rolls, anda boleh tekan link di bawah ini.
https://www.instagram.com/bitesandpieces.my/
Pemilik perniagaan Bite Sand Pieces ini pernah dijemput oleh TV3 bagi rancangan Borak Kopitiam untuk memperkenalkan produk makanan iaitu Vietnamese Spring Rolls. Sejak itu, ramai artis-artis dan Youtuber membuat review dan membeli darinya. Sudah pasti makanan ini sangat sedap dan sesuai untuk dimakan oleh semua golongan termasuklah kanak-kanak.
“WHEN DIET IS WRONG, MEDICINE IS OF NO USE. WHEN DIET IS CORRECT, MEDICINE IS OF NO NEED.”
– AYURVEDIC PROVERB –
Sumber : Instagram, Facebook
Nampak sedap, boleh cuba ni😍
Makan…
Makan gak,doa dan SOP jgn lupa dijaga.
Ingat!Kerana perut tangan binasa…
Eh terbalik,
Kerana tangan perut merana.
Baru betul