ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Umum
3 Perkara Tentang Niat Puasa Ganti yang Perlu Anda Tahu

3 Perkara Tentang Niat Puasa Ganti yang Perlu Anda Tahu

Jundullah98 February 2, 2022 No Comments
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares

Niat Puasa Ganti yang Perlu Anda Tahu

 

Sudahkah anda tahu tentang Niat Puasa Ganti? Sejauh manakah kepentingan Niat Puasa Ganti semasa melaksanakannya? Bagaimana pula sekiranya terlepas Niat Puasa Ganti? Adakah sesebuah ibadah yang ditunaikan tanpa melafazkan niat dikira sah? Apa pula status niat puasa ganti yang dilafazkan dalam bahasa melayu (rumi) ? Ikuti kupasan di bawah untuk mendapatkan jawapan tentang Niat Puasa Ganti yang Perlu Anda Tahu.

 

Pengenalan

Niat adalah permulaan kepada segala ibadah. Melafazkan niat adalah sunat mengikut mazhab Imam Syafie; mazhab yang dominan di Malaysia. Majoriti umat islam di Malaysia ma’ruf (tahu) bahawa sebelum menunaikan ibadah, kita sunat melafazkan niat.

Maka, kita berusaha memastikan setiap perkatan tidak ketinggalan dalam lafaz niat. Sebagaimana dalam ibadah solat fardu, solat Jumaat dan lain-lain lagi.

Bagi solat fardu atau solat sunat, tiada masalah jika tidak menyebut lafaz mengikut imam atau imam semasa solat berjemaah. Situasi ini berbeza pula dengan solat fardu Jumaat kerana solat ini wajib ditunaikan secara berjemaah.

Semasa solat jumaat, imam dan makmun wajib meniatkan posisi mereka sama ada sebagai imam atau makmun. Hal ini kerana, tiada sebarang hadis yang menceritakan secara terperinci tentang lafaz niat. Baginda Rasulullah SAW sekadar menyabdakan hadis :

“Sesungguhnya (sahnya) amal-amal perbuatan adalah hanya bergantung kepada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang hanya akan mendapatkan apa yang diniatinya…”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maka para ulama telah berijtihad tentang kaifiat niat selaras dengan hadis ini, demi memudahkan umat Islam seluruhnya. Bagi mendapat gambaran yang lebih jelas, ikuti gambaran di bawah :

Situasi 1

Fadhil menunaikan solat fardu maghrib di masjid dengan melafazkan niat :

Info Tambahan :  Ulasan Pembayaran GKP 3.0 RM1500 (RM1000 + RM500)

“sahaja aku solat fardu Maghrib kerana Allah Taala”

 

Situasi 2

Fadhil menunaikan solat fardu Jumaat di masjid dengan melafazkan niat :

“Sahaja aku solat Fardu Jumaat mengikut imam kerana Allah taala”

 

Melalui situasi di atas, sudah terang lagikan bersuluh situasi dan niat yang perlu dilafazkan bagi solat fardu dan solat Jumaat. Walaubagaimanapun, kita digalakkan menyebut status semasa solat sama ada sebagai imam atau makmun, demi meneguhkan lagi hati dan fokus.

Dalam ibadah puasa pula, ramai sudah ‘tahu‘ lafaz niatnya. Justeru lafaz ini turut dinasyidkan oleh kumpulan Raihan. Alhamdulillah! platfom ini sangat membantu kanak-kanak menghafal dengan baik lafaz niat ibadah puasa.

 

1.Sebab-sebab Ganti Puasa

Terdapat banyak punca yang menyebabkan seseorang terpaksa menganti puasa. Punca ini melibatkan kemampuan ataupun kesihatan yang mungkin terjejas jika mereka berpuasa. Malahan, keuzuran ini difirmankan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah,ayat 184 :

أَیَّامࣰا مَّعۡدُودَ ٰ⁠تࣲۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِیضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرࣲ فَعِدَّةࣱ مِّنۡ أَیَّامٍ أُخَرَۚ وَعَلَى ٱلَّذِینَ یُطِیقُونَهُۥ فِدۡیَةࣱ طَعَامُ مِسۡكِینࣲۖ فَمَن تَطَوَّعَ خَیۡرࣰا فَهُوَ خَیۡرࣱ لَّهُۥۚ وَأَن تَصُومُوا۟ خَیۡرࣱ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

Terjemahannya:

Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

 

Info Tambahan :  Permohonan Bantuan iSejahtera Pulau Pinang 2021

Daripada ayat ini, Allah SWT menekankan 2 golongan iaitu; orang yang sakit dan orang yang bermusafir. Para ulama mespesifikkan lagi golongan ini iaitu :

  1. Wanita yang mengandung
  2. Orang tua yang uzur
  3. Orang yang bermusafir melebihi 2 marhalah (80KM) atas tujuan yang baik
  4. Pesakit yang memerlukan ubat dan rawatan

Semua golongan ini, wajib menggantikan puasa mereka pada hari yang lain sekiranya mereka tidak mampu berpuasa pada bulan Ramadan. Namun bagi golongan 2 & 3, yang mana kemungkinan mereka untuk berpuasa adalah tipis, maka mereka diberikan rukhsah (kelonggaran) dengan membayar fidyah.

 

2.Waktu Melafazkan Niat

Bagi puasa ganti, waktu niatnya adalah serupa dengan waktu niat puasa wajib yang lain, iaitu puasa nazar dan puasa Ramadan. Waktu niat ini bermula sejurus masuk waktu maghrib, dan berakhir apabila waktu subuh menjelma. Sekiranya niat tidak diterbitkan pada hati, maka puasa pada hari tersebut tidak sah.

 

Adapun melafazkan niat puasa dan niat pada ibadah yang lain, hukumnya adalah sunat mengikut mazhab imam Syafie, maka ibadah tetap sah walaupun niat tidak dilafazkan. Yang penting, lintasan niat wajib dihadirkan pada hati. Walaupun begitu, lafazkanlah niat bagi menetapkan hati selain mendapat pahala sunat.

 

3.Lafaz Niat Ganti Puasa

Bagi inidividu yang ingin menqada’ puasa, lafaz niatnya adalah seperti berikut:

نويت صوم غد قضاءا لله تعالى

Nawaitu souma ghodin qodo an lillah taala

Sahaja aku berpuasa ganti pada esok hari kerana Allah Taala

 

Bagi mereka yang tidak mampu melafazkan niat dalam bahasa arab, dibolehkan melafazkannya dalam rumi. Perkara asas yang perlu ditekankan adalah hadirnya hati semasa lafaz ini dilantunkan. Selain itu, sekiranya anda selalu melazimi puasa sunat Isnin khamis atau puasa sunat yang lain, memadailah dengan niat puasa ganti sahaja. Insya-Allah,ganjaran berpuasa sunat  itu tetap diperolehi.

Info Tambahan :  Jadual Imunisasi 2021 KKM

 

Penutup

Ibadah puasa adalah ibadah yang istimewa. Ibadah ini telah disyariatkan kepada kaum terdahulu sebagai indikator bagi menguji ketakwaan mereka. Kemudian ibadah ini disyariatkan pula kepada kita sebagai wasilah untuk meraih permata takwa.

Sehubungan dengan itu, Allah SWT juga telah berjanji untuk menganjari sendiri ganjaran bagi orang yang berpuasa. Semoga Allah SWT merahmati kita semua dengan rahmatNya yang melimpah-ruah bak lautan.

 

Wallahualam

 

Sumber dan Rujukan

  1. Ust Azhar Idrus- Niat Solat ; Ringkas / Lafaz Niat
  2. Adakah sah solat jemaah tidak niat jadi makmum? | Ustaz Azhar Idrus ( UAI )
  3. Lafaz Niat Puasa Ganti dalam Rumi | Tazkirah.my

 

  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares
Prev Article
Next Article

About The Author

Jundullah98

Related Articles

KWSP
Twitter Facebook Pinterest616shares Twitter Facebook Pinterest616sharesInfo Tambahan :  Graphic Card …

Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19

Tukar Kad Pengenalan Baru Sistem Online
Twitter Facebook Pinterest154shares Tukar Kad  Pengenalan Baru Sistem Online. Sesuai …

Tukar Kad Pengenalan Baru Sistem Online

Pinjaman Komputer dan Kenderaan untuk Pekerja Sektor Awam
Facebook Twitter Pinterest0share Kerajaan ada menyediakan Perkhidmatan Pembiayaan Pinjaman Komputer. …

Pinjaman Komputer dan Kenderaan untuk Pekerja Sektor Awam

Semak saman
Twitter Facebook Pinterest154shares Twitter Facebook Pinterest154sharesInfo Tambahan :  Kursus Kahwin …

Bagaimana Semak Saman Polis Online

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Komen Terkini

  • iAwani on Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022: “Pengeluaran KWSP yang ini betul-betul banyak membantu kehidupan.. Harga barang semakin naik dan harga perkhidmatan juga semakin naik. Dengan duit…”
  • Amar on Apa Itu Jurusan Pengurusan Maklumat?: “Laptop apa yg sesuai ye untuk digunakan dalam course ni?”
  • Fida on 3 Kelebihan Membaca al-Quran Sebelum Subuh yang Perlu Anda Tahu: “Assalamualaikum ustaz maknanya lagi afdal ke baca quran sebelum subuh sebab selama ni saya ngaji lepas subuh.”
  • Wan Syaqila on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “rabi raza Btul weii lgipun apps dia tu lgi tersusun dari yg lain hehe.. aku pun mula mula tgk kat…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “lagipun apps dia tu senang nk guna.. mcm guna hiredly company yg aku cari x banyak sngt. course aku pun…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “bgi aku laa mmg best guna jobstreet.. aq pn tau psl tu dri tgk iklan ry dia la weii. lepstu…”
  • Hafiz Abd on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Yg penting mana yg senang and btul2 dpt kerja.. Tpi hritu guna jobstreet siap tgk sekali iklan dia hahahah. Best…”
  • Dinie Razak on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Ya.. Klu nk best mmg guna jobstreet. Apps dia mudah and aku dpt kerja sbb apps tu hihi. Lgi best…”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2023 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz