ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Umum
3 Perkara Tentang Ganti Puasa Kerana Haid yang Perlu Diteliti

3 Perkara Tentang Ganti Puasa Kerana Haid yang Perlu Diteliti

Jundullah98 February 16, 2022 No Comments
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares

 

Menggantikan Puasa Kerana Haid

Datang haid semasa menjalani ibadah puasa adalah kelaziman bagi setiap wanita. Semasa haid, mereka diharamkan untuk menunaikan beberapa ibadah seperti puasa, solat, bertawaf dan sebagainya. Walaupun begitu, ganjaran pahala tetap mereka perolehi kerana kemurahan Allah SWT.

Namun,setelah usai bulan Ramadan, mereka wajib mengqada’ puasa tersebut. Persoalannya, bagaimana?

 

Pengenalan :

Berpuasa di bulan Ramadan adalah perkara ketiga dalam rukun Islam. Hukumnya adalah wajib bagi umat Islam yang mukallaf (Aqil dan Baligh). Maka, mana-mana muslim yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan, wajib mengqada (mengganti) puasa tersebut pada hari yang lain. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 184 :

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ …

Terjemahannya :

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain;…

[Surat Al-Baqarah 184]

Melalui ayat ini, Allah SWT memberikan rukhsah kepada mereka yang tidak mampu berpuasa atas sebab-sebab tertentu, seperti sakit, bermusafir, haid dan lain-lain.

Syeikh Ali as-Sobuni mensyarahkan dalam tafsirnya berkenaan ayat ini,katanya :

“Barangsiapa yang sakit atau bermusafir, maka berbukalah kemudian gantilah puasa tersebut pada hari yang lain.”

Khusus kepada wanita haid pula, sebuah hadis masyhur berkenaan ganti puasa oleh Saidatina Aisyah R.HA katanya:

“Ketika kami sedang haid, maka kami diperintahkan untuk mengqada puasa dan tidak diperintahkan mengqada solat.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Insya-Allah pada artikel kali ini, mari kita teliti beberapa persoalan yang berlegar berkaitan “3 Perkara Tentang Ganti Puasa Kerana Haid yang Perlu Diteliti”.

Info Tambahan :  Cara Memohon Rumah PPR

 

1.Bilakah Waktu Haid Yang Perlu Diganti Puasa?

Waktu tersebut bermula apabila keluarnya darah haid antara waktu sahur sehingga sebelum waktu berbuka. Sebaik keluarnya darah haid, maka terbatallah puasa secara serta-merta.

Semasa haid, golongan hawa diharamkan untuk berpuasa dan menunaikan ibadah fardu yang lain seperti solat dan tawaf. Jika waktu haid bertepatan dengan sebutan di atas, maka wajib ke atasnya qada.

 

2.Bilakah Waktu Sesuai Untuk Puasa Ganti?

Waktu ini tertakluk kepada wanita tersebut. Umum mengetahui bahawa Islam itu mudah, justeru Allah SWT menyatakannya dalam ayat selepasnya :

…يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ…

Terjemahannya :

(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

[Surat Al-Baqarah 185]

Namun janganlah terlalu bermudah-mudah dengan perintah Allah SWT, sehingga lalai daripada mengerjakannya.

Majoriti wanita mengsekalikan qada puasa bersama puasa sunat Syawal. Tiada masalah, namun menurut sebahagian ulama, sebaiknya diasingkan ibadah sunat dengan ibadah fardu.

Pendakwah Nusantara Ustaz Abdul Somad L.c melalui ceramahnya berkenaan qada puasa, mengesyorkan supaya mengganti puasa dua hari seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Di samping mengqada puasa, pahala puasa sunat juga bakal diperoleh.

 

3.Bagaimanakah Kaifiat Menggantikan Puasa?

Kaifiat (Cara) menggantikan puasa adalah seperti berikut :

i.Lafaz niat :

نَوَيْتُ صَوْمَ غَادٍ أَنْ قَضَاءٍ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ لِلهِ تَعَالَى

“Nawaitu souma ghodin an qodoin fardi syahri romadona lillahi Ta’ala”

Terjemahannya :

“Saya niat puasa ganti bulan Ramadan karena Allah ta’ala.”

Cetusan niat ini wajib dihadirkan sebelum waktu fajar, kerana puasa ganti hukumnya adalah wajib. Sama halnya seperti puasa wajib yang lain contohnya puasa nazar dan puasa pada bulan Ramadan.

Info Tambahan :  Kelebihan Membaca Al-Quran Ketika Mengandung

 

Penutup :

Puasa Ramadan merupakan amalan fardu dan hukumnya wajib. Bersegeralah mengantikan hutang puasa ini, sekiranya anda meninggalkannya. Sesungguhnya amalan wajib umpama hutang yang wajib dilunaskan, sama ada ditinggalkan secara sengaja mahupun tidak sengaja. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan untuk terus beramal kepadaNya.

 

Wallahualam.

 

Sumber & Rujukan :

  1. Sofhatut Tafassir Syeikh Ali as-Sobuni
  2. Puasa : Soalan & Jawapan. Syeikh Rasyid Said al-Alimi
  3. Cara Membayar’ Puasa Bagi Wanita Haid : Ust Abdul Somad L.c
  4. Salah Faham Puasa Ganti : Ustazah Isfadiah Dasuki.MHI 30 April 2019.
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares
Prev Article
Next Article

About The Author

Jundullah98

Related Articles

5 Korea Drama 2021 Paling Banyak Dicari
Twitter Facebook Pinterest154shares Menurut anda drama mana yang paling dicari …

5 Korea Drama 2021 Paling Banyak Dicari

Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2021
Facebook Twitter Pinterest0share Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2021 3.0. Menurut …

Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2021 3.0

Pembayaran Terakhir Penerima Untuk GKP 4.0
Facebook Twitter Pinterest0share Pembayaran GKP 4.0 Fasa 2 kepada penerima …

GKP 4.0: Kemaskini Pembayaran Terakhir Penerima

Bajet 2021 Untuk Penjawat Awam
Facebook Twitter Pinterest0share  Bajet 2021 akan dibentangkan boleh kerajaan yang …

Bajet 2021 Untuk Penjawat Awam

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Komen Terkini

  • iAwani on Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022: “Pengeluaran KWSP yang ini betul-betul banyak membantu kehidupan.. Harga barang semakin naik dan harga perkhidmatan juga semakin naik. Dengan duit…”
  • Amar on Apa Itu Jurusan Pengurusan Maklumat?: “Laptop apa yg sesuai ye untuk digunakan dalam course ni?”
  • Fida on 3 Kelebihan Membaca al-Quran Sebelum Subuh yang Perlu Anda Tahu: “Assalamualaikum ustaz maknanya lagi afdal ke baca quran sebelum subuh sebab selama ni saya ngaji lepas subuh.”
  • Wan Syaqila on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “rabi raza Btul weii lgipun apps dia tu lgi tersusun dari yg lain hehe.. aku pun mula mula tgk kat…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “lagipun apps dia tu senang nk guna.. mcm guna hiredly company yg aku cari x banyak sngt. course aku pun…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “bgi aku laa mmg best guna jobstreet.. aq pn tau psl tu dri tgk iklan ry dia la weii. lepstu…”
  • Hafiz Abd on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Yg penting mana yg senang and btul2 dpt kerja.. Tpi hritu guna jobstreet siap tgk sekali iklan dia hahahah. Best…”
  • Dinie Razak on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Ya.. Klu nk best mmg guna jobstreet. Apps dia mudah and aku dpt kerja sbb apps tu hihi. Lgi best…”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2023 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz