ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Umum
3 Kelebihan Membaca al-Quran Sebelum Subuh yang Perlu Anda Tahu

3 Kelebihan Membaca al-Quran Sebelum Subuh yang Perlu Anda Tahu

Jundullah98 February 15, 2022 1 Comment
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 616shares

3 Kelebihan Membaca al-Quran sebelum Subuh yang Perlu Anda Tahu

Pernahkan ada membaca al-Quran sebelum subuh? Tahukah anda apakah kelebihan membaca al-Quran sebelum subuh? Sejauh manakah manfaat membaca al-Quran sebelum Subuh kepada kehidupan seharian? Ikuti cerakinan di bawah tentang 3 Kelebihan Membaca al-Quran Sebelum Subuh yang Perlu Anda Tahu.

 

Membaca al-Quran adalah rutin harian yang dilazimi oleh para salafussoleh. Di samping itu, dengan membacanya mampu mengalirkan cas-cas positif kepada minda. Namun, terdapat waktu-waktu tertentu dan kelebihannya yang tersendiri semasa membaca al-Quran.

 

Pengenalan

Sebelum subuh adalah waktu yang masyhur untuk beristirehat. Walaupun begitu, waktu ini sangat ditunggu-tunggu oleh ahli ibadah untuk bermunajat kepada Allah SWT. Mereka sanggup mengorbankan masa rehat ini , semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Golongan ini, memaksimumkan waktu ini untuk beribadah seperti qiamullail , membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ * قُمِ اللَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا * نِصْفَهُ أَوِ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلًا * أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا * إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلًا

Terjemahannya :

Wahai orang yang berselimut!.

Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya;

dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”. (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).

[Surat Al-Muzzammil 1 – 5]

 

Ayat al-Quran di atas adalah sandaran kepada ibadah qiamullail. Pada ayat keempat, Allah SWT memerintahkan supaya membaca al-Quran dengan tartil (bertetapan dengan hukum tajwid).

Info Tambahan :  Apakah Tindakan Seorang Isteri Jika Suami Bersikap Nusyuz?

Baginda Rasulullah SAW bersabda :

“Bacalah al-Quran, sesungguhnya dia akan datang memberi syafaat kepadamu pada hari kiamat”.

(Hadis Riwayat Muslim)

 

Melalui hadis ini, sudah terang lagi bersuluh tentang jaminan keselamatan apabila membaca al-Quran. Betapa hebatnya al-Quran! Kitab yang agung lagi sarat dengan keberkatan, bak lautan yang tidak pernah kering.

Keberkatan ini diserikan lagi dengan waktu sebelum subuh yang damai, di samping menenteramkan jiwa pembacanya. Berikut adalah 3 Kelebihan Membaca al-Quran Sebelum Subuh yang Perlu Anda Tahu :

 

3 Kelebihan Membaca al-Quran Sebelum Subuh yang Perlu Anda Tahu

 

1. Mendapat Ketenangan

Waktu sebelum subuh amat akrab dengan ketenangan dan kedamaian. Ini kerana, kebanyakan manusia masih nyenyak tidur sekaligus aktiviti harian mereka belum bermula. Ketenangan ini lebih menyerlah dengan membaca al-Quran; kalamullah yang sarat dengan banyak mesej-mesej kesedaran. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah dengan ‘mengingati Allah‘ itu, tenang tenteramlah hati manusia.

[Surat Ar-Ra’d 28]

Semasa membaca al-Quran, secara semulajadi hati dan nurani bakal memikirkan tentang kekuasaan Allah SWT. Maka, ketenangan akan segera mengalir ke segenap pelusok jiwa.

 

2. Menajamkan Hafalan

Amalan ini sering dilakukan oleh para penghafal al-Quran. Justeru mereka melaziminya setiap hari sama ada dalam qiamullail (solat-solat malam) atau secara menyendiri. Maka tidak hairanlah, para huffaz amat tajam ingatan mereka berkat amalan ini.

Bahkan mereka mampu ‘skor‘ dalam pelajaran, sekaligus menjadi contoh ikutan kepada rakan taulan yang lain. Inilah sisi cerah yang jarang didendangkan tentang institusi tahfiz.

 

3. Awet Muda

Kekal muda dan berseri adalah idaman ramai. Inilah antara petua awet muda yang diamalkan oleh orang-orang dahulu. Rahsia ini dikongsikan oleh seorang Pengurus Spa , lantas petua ini dicetak untuk tatapan umum oleh akhbar Harian Metro. Katanya yang dikenali sebagai Dilla :

“Ibu selalu nasihat jika mahu cantik, saya perlu bangun pada jam 3 hingga 4 pagi. Bangun dan kemudian mengaji dalam tempoh setengah jam…”

 

Info Tambahan :  5 Tempat Paling Menakutkan Di Dunia

Penutup

Membaca al-Quran mengandungi banyak faedah, justeru melihat al-Quran sahaja sudah mendapat pahala, betapa hebatnya al-Quran! Marilah membiasakan diri membaca al-Quran, jika tidak mampu membacanya dalam kuantiti yang banyak, maka sedikit sudah memadai. Sebagaimana Qowaid Fiqhiyyah menyebut :

“Jika tidak mampu buat semua,jangan tinggal semua”.

 

Akhir kalam,

tidak perlu menunggu masa kosong untuk membaca al-Quran, tetapi kosongkanlah masa untuk membaca al-Quran.

Semoga keberkatan dan rahmat Allah SWT sentiasa mengalir ke atas kita, atas komitmen untuk berdampingan dengan KitabNya.

 

Wallahualam

 

https://zoncyber.com/wp-content/uploads/2022/02/Rugi-tidak-membaca-Al-Quran-144-X-256-.mp4

 

Rujukan :

  1. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/842-irsyad-al-hadith-siri-ke-192-kelebihan-solat-sunat-fajar
  2. https://www.hmetro.com.my/hati/2018/10/387145/bangun-awal-baca-al-quran
  3. Kelebihan-kelebihan Membaca al-Quran Sebelum Subuh | Tazkirah.my
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 616shares
Prev Article
Next Article

About The Author

Jundullah98

Related Articles

Pengeluaran KWSP
Twitter Facebook Pinterest154shares Twitter Facebook Pinterest154sharesInfo Tambahan :  Belanjawan 2021: …

Jenis – Jenis Pengeluaran KWSP

Drama Korea Paling Banyak Ditonton
Twitter Facebook Pinterest154shares Drama Korea mendapat tontonan tertinggi sepanjang masa …

12 Drama Korea Paling Banyak Ditonton

Senarai Bantuan Dan Insentif Terbaik BKSS 8.0
Facebook Twitter Pinterestshare Insentif Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022 (BKSS …

Senarai Insentif Terbaik BKSS 8.0 Rakyat Sarwak

Pembayaran Terakhir Penerima Untuk GKP 4.0
Facebook Twitter Pinterestshare Pembayaran GKP 4.0 Fasa 2 kepada penerima …

GKP 4.0: Kemaskini Pembayaran Terakhir Penerima

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Fida
Guest
Fida
6 months ago

Assalamualaikum ustaz maknanya lagi afdal ke baca quran sebelum subuh sebab selama ni saya ngaji lepas subuh.

0
Reply

Komen Terkini

  • iAwani on Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022: “Pengeluaran KWSP yang ini betul-betul banyak membantu kehidupan.. Harga barang semakin naik dan harga perkhidmatan juga semakin naik. Dengan duit…”
  • Amar on Apa Itu Jurusan Pengurusan Maklumat?: “Laptop apa yg sesuai ye untuk digunakan dalam course ni?”
  • Fida on 3 Kelebihan Membaca al-Quran Sebelum Subuh yang Perlu Anda Tahu: “Assalamualaikum ustaz maknanya lagi afdal ke baca quran sebelum subuh sebab selama ni saya ngaji lepas subuh.”
  • Wan Syaqila on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “rabi raza Btul weii lgipun apps dia tu lgi tersusun dari yg lain hehe.. aku pun mula mula tgk kat…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “lagipun apps dia tu senang nk guna.. mcm guna hiredly company yg aku cari x banyak sngt. course aku pun…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “bgi aku laa mmg best guna jobstreet.. aq pn tau psl tu dri tgk iklan ry dia la weii. lepstu…”
  • Hafiz Abd on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Yg penting mana yg senang and btul2 dpt kerja.. Tpi hritu guna jobstreet siap tgk sekali iklan dia hahahah. Best…”
  • Dinie Razak on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Ya.. Klu nk best mmg guna jobstreet. Apps dia mudah and aku dpt kerja sbb apps tu hihi. Lgi best…”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2023 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz