ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Umum
3 Item Puasa Semasa Mengandung yang Perlu Anda Tahu

3 Item Puasa Semasa Mengandung yang Perlu Anda Tahu

Jundullah98 February 18, 2022 No Comments
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares

 

Berpuasa semasa mengandung

 

Berpuasa semasa mengandung merupakan kelaziman bagi kaum hawa yang sedang melayari alam rumah tangga. Persoalannya, apakah rukhsah (kemudahan) yang diberikan Islam kepada wanita mengandung?

Pengenalan

Mengandung merupakan salah satu proses dalam kitaran hidup manusia, sekaligus menjadi asbab pertambahan manusia. Ibu yang mengandung adalah mulia di sisi Islam, kerana bakal melahirkan generasi yang akan mencorakkan masa depan yang lebih cerah.

Oleh itu, tidak hairanlah mengapa baginda Rasulullah SAW begitu menitikberatkan umatnya mentaati ibunda atas pengorbanan ini. Sebagaimana mafhum hadis baginda Rasulullah SAW apabila seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W :

‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya ?’’.

Maka Rasulullah S.A.W. menjawab:

أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أَبُوكَ

Maksudnya:

 Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu.

(Riwayat Muslim)

 

Selain itu, Allah SWT juga turut menceritakan tentang proses kejadian manusia melalui firmanNya :

وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ مِن سُلَـٰلَةࣲ مِّن طِینࣲ ۝  ثُمَّ جَعَلۡنَـٰهُ نُطۡفَةࣰ فِی قَرَارࣲ مَّكِینࣲ ۝  ثُمَّ خَلَقۡنَا ٱلنُّطۡفَةَ عَلَقَةࣰ فَخَلَقۡنَا ٱلۡعَلَقَةَ مُضۡغَةࣰ فَخَلَقۡنَا ٱلۡمُضۡغَةَ عِظَـٰمࣰا فَكَسَوۡنَا ٱلۡعِظَـٰمَ لَحۡمࣰا ثُمَّ أَنشَأۡنَـٰهُ خَلۡقًا ءَاخَرَۚ فَتَبَارَكَ ٱللَّهُ أَحۡسَنُ ٱلۡخَـٰلِقِینَ

Terjemahannya :

12)Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;

13)Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;

14)Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang;

kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

[Surah Al-Mu’minun 12 – 14]

Info Tambahan :  Tarikh Pembayaran Gaji 2019 Kakitangan Awam

Secara singnifikannya, ayat di atas mengambarkan betapa proses kejadian manusia adalah salah satu daripada bukti kekuasaan Allah SWT. Maka beruntunglah golongan yang berfikir, kerana melalui berfikir pintu hati bakal diketuk oleh hidayah Allah SWT.

Tambahan pula, ibu yang mengandung bakal mengharungi dugaan dari segi fizikal dan mental, maka tidak hairanlah mengapa Islam memberikan rukhsah kepada golongan ini. Maka mari kita lihat beberapa topik melibatkan golongan ibu yang “Berpuasa Semasa Mengandung yang Perlu Anda Tahu“.

 

1.Klasifikasi Ganti Puasa

Ganti puasa mempunyai 4 kategori,iaitu :

  1. Ganti Puasa
  2. Ganti dan fidyah
  3. Fidyah sahaja
  4. Ganti dan kafarah

Setiap kategori di atas mempunyai pecahannya yang tersendiri. Bagi permasalahan “Berpuasa Ketika Mengandung“, perkara ini berada dalam kategori satu dan dua.

Bagi ibu yang mengandung, apabila ia risau akan keadaan dirinya, maka dia hanya sekadar perlu menggantikan puasa sahaja.

Manakala, sekiranya ibu tersebut risau akan perihal kandungannya atau anak susuannya, maka dia perlu ganti dan membayar fidyah.

 

2.Kelonggaran Gandaan Fidyah

Secara asasnya, bagi golongan yang gagal mengantikan puasa pada tahun yang sama sehingga bertemu bulan Ramadan yang seterusnya. Maka mereka wajib menganti puasa dan membayar fidyah.

Selain itu, bayaran fidyah ini akan berganda sekiranya puasa tersebut gagal diganti sehingga masuk bulan Ramadan yang baru.

Namun, menurut fatwa yang dikeluarkan oleh mufti sebahagian negeri seperti Wilayah Persekutuan dan Selangor, menfatwakan bayaran fidyah tidak berganda bagi keluarga yang fakir dan miskin.

Pihak mufti mengeluarkan fatwa ini setelah membuat kajian secara teliti selain mengambil kira perkembangan semasa di negeri tersebut.

 

3.Cadangan Hari Mengganti Puasa

Hari mengganti puasa adalah tertakluk kepada ibu tersebut. Umum mengetahui bahawa Islam itu mudah, justeru Allah SWT menyatakan kemudahan ini melalui firmanNya :

Info Tambahan :  Doa Belajar Untuk Peperiksaan

…يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ…

Terjemahannya :

 (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

[Surat Al-Baqarah 185]

Namun janganlah terlalu bermudah-mudah dengan perintah Allah SWT, sehingga lalai daripada mengerjakannya.

Pendakwah Nusantara Ustaz Abdul Somad L.c melalui ceramahnya berkenaan qada puasa, mengesyorkan supaya mengganti puasa dua hari seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Di samping mengqada puasa, pahala puasa sunat juga bakal diperoleh.

 

Penutup

Inilah keistimewaan Islam, sentiasa meraikan penganutnya dengan memberikan kemudahan bertepatan dengan fitrah manusiawi. Berlawanan pula dengan anutan dan ideologi lain yang menyimpang dari fitrah ini.

Semoga Allah SWT mengurniakan inayahNya kepada kita untuk giat beramal dan tunduk kepada perintah dan arahanNya.

 

Wallahualam.

 

Sumber dan Rujukan

  1. Ust Abdul Somad L.c,MA : Keutamaan Puasa 6 Hari di Bulan Syawal
  2. Salah Faham Puasa Ganti : Ustazah Isfadiah Dasuki,MHI 30 April 2019.
  3. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3281-al-kafi-1203-mengapakah-didahulukan-berbuat-baik-kepada-ibu-sebanyak-tiga-kali
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares
Prev Article
Next Article

About The Author

Jundullah98

Related Articles

Geran Start-Up Iskandar Malaysia (IMSTART) 2021
Facebook Twitter Pinterest0share Mari kita memohon geran yang dianjurkan oleh …

Geran Start-Up Iskandar Malaysia (IMSTART) 2021

Permohonan Perniagaan TUNS Negeri Sembilan
Twitter Facebook Pinterest154shares Bertemakan ‘Merangsang Ekonomi Memperkasa Rakyat’, Permohonan Perniagaan …

Permohonan Perniagaan TUNS Negeri Sembilan

Pinjaman BSN MyRinggit Untuk Mangsa Banjir
Facebook Twitter Pinterest0share BSN atau BANK SIMPANAN NASIONAL menyediakan pilihan …

Pinjaman BSN MyRinggit Untuk Mangsa Banjir

Kalendar Cuti-cuti Malaysia 2021
Facebook Twitter Pinterest0share Kalendar cuti umum 2021 dan tarikh cuti …

Kalendar Cuti-cuti Malaysia 2021

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Komen Terkini

  • iAwani on Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022: “Pengeluaran KWSP yang ini betul-betul banyak membantu kehidupan.. Harga barang semakin naik dan harga perkhidmatan juga semakin naik. Dengan duit…”
  • Amar on Apa Itu Jurusan Pengurusan Maklumat?: “Laptop apa yg sesuai ye untuk digunakan dalam course ni?”
  • Fida on 3 Kelebihan Membaca al-Quran Sebelum Subuh yang Perlu Anda Tahu: “Assalamualaikum ustaz maknanya lagi afdal ke baca quran sebelum subuh sebab selama ni saya ngaji lepas subuh.”
  • Wan Syaqila on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “rabi raza Btul weii lgipun apps dia tu lgi tersusun dari yg lain hehe.. aku pun mula mula tgk kat…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “lagipun apps dia tu senang nk guna.. mcm guna hiredly company yg aku cari x banyak sngt. course aku pun…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “bgi aku laa mmg best guna jobstreet.. aq pn tau psl tu dri tgk iklan ry dia la weii. lepstu…”
  • Hafiz Abd on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Yg penting mana yg senang and btul2 dpt kerja.. Tpi hritu guna jobstreet siap tgk sekali iklan dia hahahah. Best…”
  • Dinie Razak on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Ya.. Klu nk best mmg guna jobstreet. Apps dia mudah and aku dpt kerja sbb apps tu hihi. Lgi best…”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2023 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz