ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Umum
2 Doa Berbuka Puasa Sunat yang Boleh Anda Lazimi

2 Doa Berbuka Puasa Sunat yang Boleh Anda Lazimi

Jundullah98 February 18, 2022 No Comments
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares

 

doa berbuka puasa sunat

Berbuka puasa seawal azan maghrib dikumandangkan adalah sunnah yang sering didendangkan melalui corong-corong radio mahupun kaca televisyen. Akan tetapi, bagaimana pula dengan bacaan doa yang disunatkan membacanya semasa berbuka?

 

Pengenalan

Mengawalkan berbuka adalah sunnah yang mulia selain merupakan amalan baginda Rasulullah SAW. Majoriti umat Islam pastinya tidak lepas mengamalkan sunnah agung ini semasa berpuasa di bulan Ramadan mahupun puasa sunat pada bulan lain.

Lebih meriah lagi, apabila semua ahli keluarga dapat berbuka bersama-sama, pastinya menjadi saat terindah bersama keluarga tersayang. Maka, jika ketua keluarga dapat mengetuai bacaan doa sunnah ini semasa berbuka, pastinya lebih berseri sekaligus menjadi contoh ikutan yang baik untuk anak-anak.

Tambahan pula, berbuka puasa adalah salah satu kegembiraan yang dijanjikan oleh baginda Rasulullah SAW dalam sabdanya:

لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ حِينَ يُفْطِرُ ، وَفَرْحَةٌ حِينَ يَلْقَى رَبَّهُ

Maksudnya:

Bagi orang yang berpuasa, dia akan memperolehi dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika dia berbuka puasa dan kedua kegembiraan ketika dia bertemu Tuhannya.

(Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Menurut Sahibus Samahah Dato’Dr.Zulkifli al-Bakri berkenaan Hadis di atas:

  • Pertama, kegembiraan ketika berbuka puasa ialah kerana tabiat dan fitrah manusia cenderung kepada perkara syahwat daripada makan, minum, jima’ dan sebagainya. Justeru, apabila ia dilarang pada sesuatu masa kemudian ia dibolehkan semula selepas daripada itu, maka ia akan menimbulkan kegembiraan apabila dia boleh kembali melakukannya. Khususnya bagi orang yang sangat merasa kesusahan dan kekangan dalam menjalani ibadah puasa tersebut.

(Rujuk Lathaif al-Ma’arif Fiima Lil Mawasim al-‘Amm Min al-Wazhaif: 215)

  • Kedua, kegembiraan ketika bertemu Tuhannya pula bermaksud, ganjaran balasan kebaikan yang diperolehnya daripada ibadah puasa yang dilaksanakan ketika dia bertemu Allah SWT di akhirat kelak. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
Info Tambahan :  Bayaran Balik PTPTN Melalui KWSP Online

وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللَّـهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا ۚ وَاسْتَغْفِرُوا اللَّـهَ ۖ إِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya:

 Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah al-Muzammil: 20)

Di sini saya sertakan beberapa doa berbuka puasa sunat, yang boleh anda lazimi sebelum berbuka puasa.

 

1.Doa Berbuka Puasa

Doa ini dibacakan sebaik sahaja azan maghrib berkumandang. Mulakan dengan membaca doa makan seterusnya bacalah doa ini, sebagaimana hadis berikut :

Pertama

Saidina Muaz RA meriwayatkan bahawa baginda Nabi SAW ketika berbuka, baginda berdoa :

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ/نَا ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ/نَا

ALLAHUMMA LAKA SUMTU / NA , WA ‘ALA RIZQIKA AFTORTU / NA.

Terjemahannya :

“Ya Allah, hanya kepadaMu saya berpuasa dan dengan rezkiMu saya berbuka”

(Riwayat Abi Daud)

Kedua

Ibnu Abbas RA meriwayatkan  bahawa baginda Nabi SAW ketika berbuka , baginda berdoa :

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْنَا ، فَتَقَبَّلْ مِنَّا, إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ العَلِيمُ

ALLAHUMMA LAKA SUMNA , WA ‘ALA RIZQIKA AFTORNA , FATAQOBBAL

MINNA , INNAKA ANTAS SAMI’UL  A’LIM

Terjemahnya :

Ya Allah,kepadaMu kami berpuasa,dan dengan rezkiMu kami berbuka,maka terimalah segala amalan kami , sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Bijaksana.

(Riwayat Nasai)

Sekiranya doa ini diketuai oleh seorang pembaca, maka dibaca dengan ‘NA’ iaitu kami.

Setelah membaca doa ini, mulakan dengan makanan sunnah iaitu kurma (disunatkan makan dalam bilangan yang ganjil) disertai air kosong. Sunnah ini boleh didapati melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud :

Rasulullah SAW berbuka dengan kurma basah (ruthab) sebelum menunaikan solat. Jika tidak ada, beliau berbuka dengan kurma kering (tamr). Jika kurma basah dan kering tidak ada, nabi berbuka dengan seteguk air.

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Info Tambahan :  5 Filem Animasi Tempatan yang Memenangi Anugerah Di Luar Negara

Menurut kajian saintifik pula, makan buah kurma dan minum segelas air kosong semasa berbuka, mampu mengembalikan semula tenaga yang hilang sepanjang seharian berpuasa.

 

2. Doa Setelah Berbuka

Doa ini dibaca oleh Rasulullah SAW setelah berbuka. Oleh itu, setelah berbuka dengan 3 biji kurma dan segelas air, bacalah pula doa ini sebagaimana hadis di bawah :

Daripada Ibnu Umar RA berkata : Nabi SAW apabila berbuka,baginda berdoa :

ذَهَبَ الظَّمَأُ ، وَابْتَلَّتِ العُرُوقُ ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِن شَاءَ اللَّهُ تَعَالَى

ZAHABAZ ZOMA U , WAB TAL LATIL U’RUQ , WASABATAL AJR , INSYA-ALLAH TAALA

Terjemahannya :

“Telah hilang rasa haus, dan terbasahi kerokong,serta pahala tetap insyaAllah.”

(Riwayat Abi Daud & Nasai)

Penutup

Menunaikan amalan sunat dapat menambah kesempurnaan ibadah yang dilakukan sehari-hari. Oleh itu janganlah jemu untuk memperbanyakkan amalan sunat, kerana boleh jadi atas kesungguhan kita melaksanakan ibadah sunat tersebut, menjadi asbab amalan fardu kita diterima Allah SWT.

 

Wallahualam

 

Sumber dan Rujukan

  1. https://tazkirah.my/amalan-zikir-sepanjang-bulan-ramadan/
  2. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/3449-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-146-apakah-maksud-dua-kegembiraan-yang-diperolehi-oleh-orang-yang-berpuasa
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares
Prev Article
Next Article

About The Author

Jundullah98

Related Articles

Cara Daftar Mengundi Secara Online MySPR
Twitter Facebook Pinterest154shares Apabila musim mengundi pastinya ramai mencari cara …

Cara Daftar Mengundi Secara Online MySPR

Skim Perantisan Nasional (SPN)
Facebook Twitter Pinterestshare Skim Perantisan Nasional (SPN) adalah program yang …

Program Skim Perantisan Nasional (SPN) Golongan Belia 2021

Permohonan Geran Khas Prihatin 2021 Dibuka!
Facebook Twitter Pinterestshare Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan …

Permohonan Geran Khas Prihatin 2021 Dibuka!

Facebook Twitter Pinterestshare Tugas seorang suami adalah sangat penting dalam …

Apakah Tindakan Seorang Isteri Jika Suami Bersikap Nusyuz?

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Komen Terkini

  • Jundullah98 on Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba: “Sama2, terima kasih yea kerana sudi membaca”
  • Jundullah98 on Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba: “Boleh tekan link untuk download pdf Mutabaah Amal https://xtrousnotes.files.wordpress.com/2012/07/mutabaah-amal-bulan-ramadhan.pdf”
  • iAwani on Bantuan Keluarga Malaysia: Semak Status & Tarikh Bayaran 2022: “Wah! Excited juga baca pasal Bantuan Keluarga Malaysia ni. Semoga urusan dipermudahkan.. Amiinn”
  • Move on on Punca Berlakunya Tekanan Dalam Kehidupan Berumahtangga: “Besar betul tanggungjawab lepas kahwin ni yea.”
  • Move on on 5 Langkah Menghafal Al-Quran Yang Boleh Dipraktikkan: “Nice sharing, thank U dear”
  • Move on on Rebat Pengangkutan Grab Selangor ke Pusat Vaksinasi: “Alhamdulillah ringan skit beban rakyat”
  • Move on on Permohonan MARA S3P Untuk Perniagaan Mikro: “Moga ada sinar untuk para usahawan”
  • Move on on Nikmati Potongan Saman 50% Mulai 18 Jun 2021: “Oklah dah ada potongan harga … Banyak lak tu, so bayarlah awal yea”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2022 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz