Bercakap tentang 10 Skincare Terbaik Untuk Lelaki mahupun produk penjagaan muka, yang pakar dalam bab tersebut memang wanita. Mereka tahu yang mana produk skincare terbaik untuk mereka dan produk skincare terbaik untuk lelaki juga. Berpuluh jenis jenama produk penjagaan muka yang berada di pasaran pada waktu ini. Ada yang mahal kerana kandungan produk tersebut sangat bagus, ada juga yang berpatutan.
Tetapi tidak bermaksud semua individu yang mempunyai masalah kulit muka perlu membeli produk yang mahal kerana mahu hasil yang terbaik. Setiap jenis kulit manusia berbeza-beza dan produk yang mereka gunakan juga tidak sama. Mungkin individu A membeli produk yang mahal kerana kulitnya sensitif dan produk itu serasi dengannya. Tetapi apabila individu B membeli produk yang sama, kulitnya semakin teruk kerana dia mempunyai masalah kulit berminyak.
Oleh kerana itulah di pasaran sekarang terlalu banyak produk penjagaan muka yang dikeluarkan mengikut jenis dan masalah kulit pengguna. Malah, jenis produk muka juga diasingkan mengikut jantina lelaki dan wanita. Akan tetapi, produk penjagaan muka apakah yang paling sesuai untuk lelaki?
10 Skincare Terbaik Untuk Lelaki
Walau bagaimanapun, anda perlu tahu jenis kulit anda dahulu kerana jika anda salah membeli produk, ianya akan membuatkan kulit wajah anda bertambah teruk dari sebelumnya.
Berikut merupakan 10 skincare terbaik untuk lelaki:
1. Cetaphil Gentle Skin Cleanser
HARGA : Dari RM15.50
INFO : Melembapkan kulit, tidak merengsakan, tidak mengeringkan, dan boleh membuang kekotoran di wajah. Produk ini tidak mempunyai bahan-bahan terlarang dan berbahaya. Ianya sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah lelaki dan wanita. Akan tetapi, jika anda mencuba tetapi tidak sesuai dengan anda, jangan teruskan dan tukar kepada produk yang lain. Mungkin produk ini tidak serasi dengan anda.
2. Himalaya Herbals Revitalizing Night Cream
HARGA : Dari RM22.00
INFO : Melembapkan kulit, menjadikan kulit wajah anda lembut dan muda remaja. Ianya mampu merawat kulit wajah anda sehingga ke dalam dan bebas daripada minyak mineral dan paraben. Produk ini bukan sahaja untuk wanita, tetapi juga sesuai untuk lelaki.
3. Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence
HARGA : Dari RM42.50
INFO : Anda jangan terkejut, kandungan produk ini mempunyai cecair siput domestik asli yang telah ditapis. Kedengaran seperti agak menggelikan tetapi dengan bahan yang hampir 96% di dalam produk ini, kulit wajah anda akan menjadi lembap dan anjal serta muda remaja. Anda perlu tahu, produk ini juga mampu memberikan nutrien kepada kulit muka anda serta membantu mengubah kulit anda menjadi lebih baik dari sebelumnya.
4. Dermologica Ultracalming Serum Concentrate
HARGA : Dari RM350.00
INFO : Melihat harganya sahaja sudah membuatkan anda terkejut, bukan? Ini adalah kerana produk ini merupakan serum sutera yang mempunyai teksture yang pekat. Ianya khas untuk merawat, memulihkan dan membantu kulit daripada kemerahan. Produk ini juga sangat sesuai untuk kulit kombinasi.
5. L’Oreal Men Expert White Activ Oil Control Brightening Charcoal Scrub
HARGA : Dari RM14.40
INFO : Produk ini mempunyai kandungan magnetik arang yang mampu membantu anda untuk membuang kulit mati, sel mati dan kotoran dalaman di wajah. Ianya juga boleh membantu mencerahkan tona wajah anda menjadi lebih sekata dan melicinkan kulit yang sebelum ini kasar.
6. Nivea Men Face Cleanser Deep White Oil Clear
HARGA : Dari RM12.29
INFO : Sama seperti produk di atas, produk ini juga menggunakan arang sebagai bahan utama dan ianya mampu membersihkan kulit muka anda sehingga ke liang pori. Jika anda mempunyai kulit muka yang berminyak, anda disarankan menggunakan produk ini kerana ianya boleh mengawal minyak dengan baik.
7. L’Oreal Men Expert Men Hydra Power Lotion
HARGA : Dari RM36.04
INFO : Produk ini bukan cleanser, tetapi ini merupakan toner untuk lelaki. Produk ini sangat sesuai kepada lelaki yang mempunyai kulit wajah yang kering dan bermasalah supaya menjadi lebih anjal, lembut dan lembap. Ianya juga mempunyai air segar dari gunung French yang berkebolehan untuk menjadi penghalang kepada kulit daripada menjadi kering dan sensitif.
8. Neutrogena Deep Hydrating Mask
HARGA : Dari RM 54.90
INFO : Bukannya toner mahupun cleanser. Ini merupakan mask yang memberikan anda rawatan dan dalam masa yang sama mampu memberikan kelembapan yang berpanjangan. Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit kering. Mask ini mempunyai Vitamic C yang tinggi supaya kulit muka anda menjadi lebih lembap dari memakai mask biasa.
9. Clinique For Men Anti-Age Eye Cream
HARGA : Dari RM115.99
INFO : Harga yang mahal mestilah memberikan penghasilan yang lebih baik. Produk ini mampu memberikan rawatan yang cepat pada kawasan mata. Ianya mampu menghapuskan garis-garis kedutan dan halus pada mata. Di samping itu, produk untuk lelaki ini juga boleh menyegarkan dan melembapkan kulit muka lebih-lebih lagi pada kawasan mata yang sensitif.
10. Nivea Men Whitening Acne Oil Control Moisturiser
HARGA : Dari RM 13.74
INFO : Ini adalah produk pelembap bagi lelaki yang mampu mengawal kulit anda dari berminyak sehingga 12 jam. Ianya juga boleh menghilangkan jerawat kerana mengandungi Whitanat Vita Complex Plus dan juga mempunyai bahan pencerah iaitu vitamin C yang baik.
Tetapi apa-apa pun, anda perlu juga tahu jenis kulit anda barulah anda boleh menentukan skincare terbaik untuk lelaki mahupun produk mana yang sesuai dengan jenis kulit anda. Namun, jika anda masih lagi tidak sesuai dengan produk yang disenaraikan di atas, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan di klinik dan mendapatkan nasihat dari pakar. Anda juga boleh membaca dan mengambil tahu jenis kulit anda melalui carian Google atau menonton video dari Youtube. Menimba ilmu untuk mengetahui cara penjagaan wajah tidak salah, malah ianya sangat digalakkan buat anda di luar sana. Diharap perkongsian skincare terbaik untuk lelaki in dapat membantu anda membuat pilihan.
Sumber : Youtube.
Kalau kulit muka kita jenis cepat merah boleh dirawat ka?
Malu sangat tu…
Hahaha
Menarik!
Sangat menarik dan bermanfaat
Terima kasih Penulis atas perkongsian tentang facewash yang baik untuk lelaki.
Alhamdulillah ianya sangat bermanfaat.