ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
    • Aplikasi Online
    • Device
    • Gadjet
    • Keselamatan
    • Komputer
    • Laman web
    • Permainan Video
    • Software
    • Telefon
    • Telekomunikasi
  • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Blog
  • Hiburan
  • Automobile
  • Umum
Home
Penulis Jemputan
10 Komputer Riba Terbaik Untuk Pelajar Universiti

10 Komputer Riba Terbaik Untuk Pelajar Universiti

AIDA ANUM ABDULLAH December 12, 2020
Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Komputer riba terbaik untuk pelajar dapat membantu lebih daripada satu perkara. Komputer riba adalah salah satu gadjet yang menjadi keperluan kepada semua golongan bekerja pada masa ini. Tetapi tidak bermakna hanya golongan itu sahaja yang menggunakannya. Pelajar universiti juga turut sama memerlukan gadjet itu untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

Jika anda perasan, pelajar tingkatan 4 dan 5 juga turut menggunakan kemudahan komputer riba untuk menyiapkan tugasan kerja kursus subjek Akaun dan lain-lain lagi. Jadi secara amnya, komputer riba kini sedang menjadi buruan hangat kepada semua golongan tidak kira dewasa atau remaja. Pelbagai jenis komputer riba yang direka khas di pasaran untuk memastikan seseorang individu itu dapat menggunakannya, bukan untuk satu pekerjaan malah lebih daripada itu.

Seiring dengan perkembangan teknologi pada masa kini, pelbagai jenama komputer riba mula merebut peluang meraih kepercayaan dari pengguna mereka dengan kelebihan dan ciri yang tersendiri. Antara jenama yang sering digunakan oleh pengguna sehingga kini adalah Acer, Asus, HP, Dell, Apple MacBook dan banyak lagi.

Akan tetapi, tidak semua komputer riba dari semua jenama itu sesuai untuk pelajar universiti. Mungkin ada di antaranya yang kurang sesuai atau spesifikasi yang ditetapkan tidak mampu memberikan persembahan yang terbaik untuk kegunaan pelajar. Jurusan universiti bukan satu, tetapi lebih daripada 100 jurusan yang disediakan dari pelbagai jenis pusat pendidikan. Sehubungan dengan itu, ini adalah 10 senarai komputer riba terbaik untuk pelajar universiti dan sesuai untuk kegunaan daripada semua jurusan.

 

10 Komputer Riba Terbaik Untuk Pelajar

Untuk belajar alat penting selain smartphone pastinya memerlukan komputer riba terbaik untuk pelajar. Terdapat banyak versi dan ianya pula bergantung pada keperluan penggunaan. Ada yang memerlukan lebih canggih grafik untuk membuat kerja-kerja grafik. Ada juga memerlukan kapasiti simpanan yang tinggi.

 

1. Acer Swift 3 (RM 3399)

Komputer Riba Terbaik Untuk Pelajar

  • Saiz skrin : 14 inci
  • Grafik : AMD Radeon
  • Processor :Ryzen 7-4700
  • RAM : 8GB
  • Memori : 512 GB (SSD)
  • Ketahanan bateri : 5 jam
  • Berat : 1.2 KG

 

2. Asus Vivobook S15 (RM 2844)

  • Saiz skrin : 15.6 inci
  • Processor : 10th Gen Core 15
  • RAM : 8GB DDR4
  • Memori : 256 GB (SSD)
  • Berat : 1.8 KG
  • Ketahan bateri : 7 jam

 

3. HP Envy x360 Laptop (RM 3591)

  • Saiz skrin : 15.6 inci
  • Grafik : AMD Radeon Vega
  • Processor : AMD Ryzen Mobile
  • RAM : 8GB
  • Memori : 256GB (SSD)
  • Ketahanan bateri : 11 jam
  • Berat : 2KG

Keistimewaan : Komputer riba boleh dilipat, skrin boleh disentuh, boleh menggunakan stylus (pencil for tablet) untuk sentuhan skrin.

 

4. Lenovo Yoga C740 (RM 4487)

  • Skrin : 14 inci
  • Processor : Intel Core i5 10th Gen
  • Grafik : Intel UHD Graphic
  • RAM : 8GB
  • Memori : 512GB
  • Berat : 1.3KG

Keistimewaan : Mempunyai imbas cap jari (fingerprint)

 

5. Apple MacBook Pro 13 (RM 2499)

  • Saiz skrin : 13.3 inci
  • Grafik : Intel Iris Plus 645
  • Processor : Intel Core i5 8th Gen
  • RAM : 8GB
  • Memori : 256GB (SSD)
  • Ketahanan bateri : 10 jam
  • Berat : 1.4KG

 

6. Microsoft Surface Pro 7 (RM 3999)

  • Saiz skrin : 12.3 inci
  • Grafik : Intel Iris Plus
  • Processor : 10th Gen Intel Core i5-1035G4
  • RAM : 8GB
  • Memori : 128GB (SSD)
  • Ketahanan bateri : 10 jam
  • Berat : 775GM

Keistimewaan : Boleh dijadikan komputer riba dan tablet dalam satu masa, skrin sentuh dan mempunyai stylus (pencil for tablet). 

 

7. Huawei MateBook  X Pro2020 (RM 5510.50)

  • Saiz skrin : 13.9 inci
  • Processor : 10th Gen Intel i5 10210U
  • Grafik : NVIDIA GeForce MX250
  • RAM : 16GB
  • Memori : 512GB (SSD)
  • Ketahanan bateri : 13 jam
  • Berat : 1.33KG

Keistimewaan : Mempunyai RAM yang besar dan memberikan persembahan paling baik kepada pengguna.

 

8. Apple MacBook Air 2020 (RM 3979)

  • Saiz skrin : 13.3 inci
  • Processor : 10th Gen Intel Core i3
  • Kad grafik : Intel Iris Plus
  • RAM : 8GB
  • Memori : 256GB
  • Ketahanan bateri : 12 jam
  • Berat : 1.29KG

 

9. Asus ZenBook 13 UX334FLC (RM 3598)

  • Saiz skrin : 13.3 inci
  • Processor : 10th Gen Core i7-10510U
  • Grafik : NVIDIA MX250 2GB GDDR3
  • RAM : 16GB
  • Memori : 512GB
  • Ketahanan bateri : 8 jam
  • Berat : 1.27KG

 

10. LG Gram 17 (RM 5715)

  • Saiz skrin : 17 inci
  • Processor : 10th Gen Intel Core i7
  • Grafik : Intel Iris Plus
  • RAM : 16GB DDR4
  • Memori : 1TB
  • Ketahanan bateri : 6 jam
  • Berat : 1.35KG

Keistimewaan : Memori sangat besar sehingga 1TB yang bersamaan dengan 1,000 MB.

 

Jika anda perasan, kesemua harga yang ditetapkan ini agak tinggi dan tidak semua pelajar mampu untuk memilikinya. Jangan risau, bukan ini sahaja komputer riba yang paling baik, malah ada banyak lagi komputer riba yang bagus dengan harga yang berpatutan sesuai dengan bajet anda. Pilih komputer riba mengikut bajet anda sendiri. Anda juga perlu tahu untuk apa anda membeli komputer riba tersebut.

Jika anda adalah seorang pelajar dari jurusan multimedia, jadi anda hanya memerlukan komputer riba khas untuk penyuntingan video dan gambar sahaja. Anda tidak perlu membeli komputer riba yang mempunyai spesifikasi yang terlalu tinggi. Anda hanya perlu membeli sebuah komputer riba yang mampu melakukan penyuntingan video dan gambar sahaja. Jika anda tahu tahap keperluan anda, duit poket anda tidak terbazir untuk perkara yang anda sendiri tidak perlu.

Komputer riba yang disenaraikan di atas adalah komputer riba yang mampu melakukan lebih daripada satu tugasan seperti penyuntingan gambar, video, animasi, photografi, filem, permainan video dan banyak lagi. Oleh sebab itulah disenaraikan sebagai komputer riba terbaik dan harganya juga agak tinggi dari komputer riba yang lain. Semakin hebat dan pintar teknologi tersebut, semakin tinggi harga dan nilainya.

 

I can write absolutely anywhere. All I need is a laptop.

– Joanne Harris –

 

Sumber : Youtube.

Prev Article
Next Article

About The Author

AIDA ANUM ABDULLAH

Related Articles

Cara Restore File Hilang di Laptop
Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !FacebookTwitterPrintTeknologi memang …

Cara Restore File Hilang di Laptop

Cara Daftar Tabung Haji Online
Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !FacebookTwitterPrintAnda terfikir …

Cara Daftar Tabung Haji Online Melalui THiJARI

Leave a Reply

Cancel reply

Terkini

  • Semakan Status Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0
  • 10 Skincare Terbaik Untuk Lelaki
  • 5 Modem WiFi Simcard Unlimited Internet
  • Cara Menabung Menggunakan Tabung Warna
  • Permohonan UTHM Program Eksekutif Dan Profesional

Komen Terkini

  • Mr.Reading on 10 Contoh Online Business Yang Laku Keras
  • ARDEY BIN MOHD SAH on Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19
  • Mr.Reading on Tangguhan Moratorium di Belanjawan 2021
  • Mohd ridzuan bin hassa on Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19
  • Mohamad sairi on Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2021 ZonCyber
Theme by XpresiSC

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh