ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Penulis Jemputan
10 Contoh Online Business Yang Laku Keras

10 Contoh Online Business Yang Laku Keras

AIDA ANUM ABDULLAH December 5, 2020 3 Comments
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares

Perniagaan kita ada altenatif lain, antaranya perniagaan online. Terdapat beberapa contoh online business yang mungkin boleh dipraktikkan untuk meningkatkan keuntungan dan laris jualan. Perniagaan atas talian mula dikenali sejak teknologi berkembang maju seakan-akan cendawan tumbuh selepas hujan. Bukan sahaja untuk golongan yang ingin menambah pendapatan, tetapi juga ada golongan yang menjadikan perniagaan atas talian ini sebagai sumber pendapatan utama mereka. Tidak terlepas juga dalam kalangan artis-artis yang turut mengambil kesempatan menjual barangan dari jenama mereka secara atas talian.

Perniagaan atas talian ini menggunakan konsep jual beli tanpa bersemuka antara peniaga dan pembeli. Pelanggan hanya perlu memilih barangan yang ada melalui gambar atau katalog yang sudah dipaparkan harga dan setelah pelanggan sudah yakin dengan pilihannya, mereka akan memberitahu pesanan tersebut kepada peniaga sama ada melalui aplikasi WhatsApp atau aplikasi yang menyediakan ruangan komunikasi.

Anda juga tidak salah mahu menceburi bidang perniagaan atas talian ini. Akan tetapi, terlalu banyak jenis perniagaan atas talian sehinggakan anda yang ingin mencuba bertapak di dunia perniagaan pun tidak yakin dengan diri sendiri. Jangan risau, ini adalah 10 contoh online business yang laku keras dan anda patut cuba menjualnya

 

Contoh Online Business yang laris

 

1. Tudung

Contoh Online Business

Sudah sedia maklum bahawa kini merata-rata ada sahaja tudung dijual di atas talian. Permintaan pelanggan hanya satu untuk tudung. Mereka hanya mahukan tudung yang mudah dibentuk. Itu sahaja. Warna, rekaan, material tidak menjadi keutamaan. Yang paling penting sekali adalah tudung yang dijual itu mestilah senang dibentuk. Anda wanita, pasti anda tahu bagaimana rasanya jika tudung anda tidak mahu memberikan kerjasama pada waktu itu.

 

2. Alat solekan

Ini adalah produk kedua yang menjadi pilihan peniaga untuk berniaga di atas talian pada masa ini iaitu alat solekan. Alat solekan sangat popular dalam kalangan wanita dan tidak lupa juga untuk golongan lelaki yang berkemahiran dalam bidang menyolek. Bukan sahaja masyarakat biasa menjual alat solek, tetapi jurusolek professional serta artis-artis tanah air juga mengambil tempat untuk menjual alat solek jenama mereka sendiri.

Info Tambahan :  Tangguhan Moratorium di Belanjawan 2021

Anda mungkin tidak mampu atau tidak yakin ingin membuat jenama sendiri untuk alat solek anda. Jangan berputus asa dan janan risau, anda mampu untuk menjual dan menjadi ejen kepada jenama-jenama besar tersebut seperti Anas Cosmestic, Syedewa, Mawarose dan banyak lagi.

 

3. Pakaian

Pakaian kasual, pakaian formal, atau mungkin pakaian santai. Seperti sudah terbiasa mendengar peniaga online menjual pakaian-pakaian. Tetapi tidak bermakna pasaran untuk jenis perniagaan ini sudah merudum. Ini adalah masa anda untuk merebut tempat untuk menjual pakaian. Tidak semua penjual menjual pakaian yang baru dan berjenema. Perniagaan bundle juga turut berniaga atas talian.

Tidak salah anda ingin mencuba untuk menjual pakaian lama anda dengan harga bundle. Tetapi jangan pula anda menjual seluar yang sudah terkoyak dan rosak. Atau mungkin anda menjual pakaian yang lusuh. Pakaian lama yang dimaksudkan adalah pakaian yang baru dipakai sekali atas sebab tidak selesa atau tersalah saiz semasa membeli. Anda juga boleh menjual semula pakaian yang anda tersalah beli. Katakanlah anda memilih corak A tetapi apabila tiba di rumah, pakaian yang anda dapat ialah corak B. Anda boleh menjual dengan harga anda sendiri dan tidak melebihi harga asal.

 

4. Casing telefon bimbit

Selongsong telefon bimbit atau lebih mudah dan familiar dipanggil casing telefon bimbit. Perniagaan ini sangat luas dan boleh menunjukkan bakat kreatif anda kepada pelanggan. Mungkin anda seorang peniaga yang mahu ‘custom’ sendiri casing telefon bimbit mengikut keinginan  pelanggan, anda boleh menyakinkan pelanggan dengan rekaan anda sendiri. Pastikan ianya lebih kreatif dari peniaga yang lain dan mendapat demand yang tinggi dari pelanggan.

 

5. Barang kemas

Jenis perniagaan ini jarang-jarang mendapat tempat di hati peniaga atas talian kerana sukar untuk mendapat kepercayaan daripada pelanggan. Jika anda mahu juga untuk menjual barang kemas bernilai tinggi seperti emas 916 secara atas talian, pastikan anda mempunyai ‘strategi marketing’ yang cukup kuat. Anda perlu meraih beratus ribu kepercayaan daripada pelanggan. Tetapi, jika anda mahu menjual barang kemas bernilai rendah seperti emas putih, emas korea dan sebagainya, peluang anda lebih cerah. Anda mampu meraih lebih ramai pelanggan dalam satu masa kerana harga barang kemas bernilai rendah berbanding barang kemas yang bernilai tinggi.

Info Tambahan :  Jenis - Jenis Pengeluaran KWSP

Oleh kerana itu, jarang sekali dilihat peniaga emas tulen menjual atas talian. Mereka lebih suka berhadapan dengan kerenah pelanggan yang tidak menentu kerana bagi mereka cara itu lebih mudah untuk mendapat kepercayaan daripada pelanggan.

 

6. ‘Gift Box’

Terlalu banyak peniaga atas talian menjual ‘gift box’. Sejak jenis perniagaan jenis ini muncul, ramai pelanggan membelinya untuk menghadiahkan kepada ahli keluarga, rakan atau mungkin pasangan masing-masing sempena hari istimewa yang tertentu. Secara tidak langsung, peniaga turut sama menyenangkan urusan pelanggan yang ingin membuat kejutan kepada insan yang mereka sayangi. Jadi, pelanggan tidak perlu untuk bersusah payah membuat kejutan kerana peniaga sentiasa ada untuk menjadi ‘orang tengah’ antara pelanggan dan penerima hadiah tersebut.

 

7. Produk penjagaan muka

Masih ramai bilangan masyarakat yang mempunyai masalah kulit muka mereka. Jadi, perniagaan atas talian jenis penjagaan muka ini masih lagi tidak suram sehinggalah ke hari ini. Ada sahaja produk baru yang muncul dan pasti ramai pelanggan yang mempunyai masalah kulit ingin mencubanya. Anda patut mencuba perniagaan ini kerana dengan hanya menjadi seorang ejen, anda mampu meraih beribu keuntungan setiap bulan walaupun hanya menjadi ejen daripada jenama orang lain. Komisyen setiap produk yang terjual agak tinggi, rugi jika anda tidak mencuba.

 

8. Gadjet

Salah satu perniagaan yang agak sukar kerana ia melibatkan barangan yang bernilai tetapi jika anda tidak mencuba, pasti anda tidak tahu sesukar mana perniagaan ini. Gadjet bukan sahaja telefon pintar, malah komputer riba, kamera, kabel pengecas, kabel penyambung, alat pendengar juga merupakan gadjet. Jika anda berminat untuk menjual barangan ini, pastikan barangan tersebut tulen, selamat dan tidak membahayakan pelanggan. Ramai juga peniaga yang menjual telefon pintar dan aksesori di atas talian tetapi kebanyakkannya mereka sudah mempunyai premis sendiri. Jika anda tiada modal yang besar untuk mewujudkan premis sendiri, anda juga boleh menjadi ejen kepada peniaga yang sudah mempunyai premis dan bercawangan. Lebih mudah anda akan mendapat pelanggan dan lebih mudah anda membuat promosi.

Info Tambahan :  Senarai Liputan Tol Menggunakan PayDirect

 

9. Jam tangan

Perniagaan kedua terakhir ini pula juga dalam diam mendapat tempat di hati peniaga atas talian. Walaupun jam tangan bukanlah sesuatu yang boleh dibeli pada setiap hari, tetapi bilangan pelanggan yang mahukan rekaan jam yang cantik dan berbeza sangatlah tinggi. Lebih-lebih lagi jam tangan ‘couple‘. Anda akan lebih mudah mendapat pelanggan jika anda menjual barangan panas dan permintaan yang tinggi seperti rekaan jam digital, jam bertali kulit dan sebagainya.

 

10. Makanan

Paling hangat perniagaan atas talian pada masa ini adalah makanan. Bayangkan, permintaan makanan yang dijual di atas talian sangat tinggi. Sebagai contoh, chocojar. Terlalu banyak jenama chocojar pada waktu ini kerana ianya berasakan manisan, coklat dan mengenyangkan. Jika anda menceburi bidang perniagaan makanan, percayalah, anda lebih mudah mendapat pelanggan dari menjual barangan yang lain. Makanan adalah makanan harian, bukannya untuk kegunaan sehingga bertahun-tahun. Setiap hari pasti akan ada tempahan makanan, silap hari bulan, anda tidak cukup tangan!

 

عَلَيْكُمْ بِالتِّجَارَةِ فَإِنَّ فِيْهَا تِسْعَةَ أَعْشَارِ الرِّزْقِ

Maksudnya: “Hendaklah kamu berniaga kerana padanya 9 daripada 10 rezeki.”

 

Sumber : Facebook.

  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares
Prev Article
Next Article

About The Author

Avatar
AIDA ANUM ABDULLAH

Related Articles

Jenis Penyata Pencen
Twitter Facebook Pinterest154sharesBermulanya 1 November 2015, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) …

Jenis Pencen Dan Cara Mendapatkan Penyata Pencen

KWSP
Facebook Twitter Pinterestshare Facebook Twitter PinterestshareInfo Tambahan :  Cara Berbelanja …

Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19

Cara Mendaftar Menerima Vaksin Covid 19
Twitter Facebook Pinterest154sharesCovid 19 banyak memberi kesan kepada kita dan …

Cara Mendaftar Menerima Vaksin Covid 19

Twitter Facebook Pinterest154shares Baru-baru ini Telekom Malaysia telah mengadakan kerjasama …

Kelebihan Jasa Pack Untuk Guru

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Mr.Reading
Guest
Mr.Reading
3 months ago

Boleh cuba ni

2
Reply
Jundullah98
Member ( MM ) III
Ahli Baru
Jundullah98
1 month ago

Padu pengisian daripada penulis.Tidak dinafikan sekarang zaman kemajuan dan kemodenan teknologi.Kesannya,Peluang untuk menjana pendapatan berada di hujung jari.

1
Reply
Zul Raihan
Member ( MM ) III
Ahli Baru
Zul Raihan
1 month ago

Idea yang baik untuk mula cari pendapatan lebih,terima kasih atas perkongsiannya.

1
Reply

Komen Terkini

  • Jundullah98 Jundullah98 on 3 Langkah Mudah Daftar Undi dengan MYSPR: “Betulkan statistik mengatakan orang Melayu x ramai yang daftar mengundi?”
  • Jundullah98 Jundullah98 on Menolong Saudara Yang Zalim Dan Dizalimi: “Wah, baru tahulah orang zalim pon kita boleh bantu yea. Terima kasih penulis”
  • Jundullah98 Jundullah98 on 5 Aplikasi Islamik Yang Boleh Anda Cuba: “Alhamdulillah, sama2. Terima kasih kerana sudi membaca coretan santai ini. Moga-moga beroleh manfaat.”
  • Avatar Tiadanoktah on 5 Aplikasi Islamik Yang Boleh Anda Cuba: “Terima kasih atas cadangan aplikasi tersebut. Memang dah lama cari aplikasi islamik yg bagus dan dipercayai.”
  • Jundullah98 Jundullah98 on Cara Guna Gear Automatik Kenderaan: “Camne nk neutral kan gear kemudian matikan enjin yea? Sbb kereta sekarang, selagi x P tombol gearnya, maka xleh matikan…”
  • Jundullah98 Jundullah98 on Penjagaan Laptop Supaya Tidak Mudah Rosak: “Menarik info yang dikongsikan… Mohon izin share yea.”
  • Jundullah98 Jundullah98 on Cara Kenalpasti Galaxy Note 7 Selamat: “Untuk versi lain masih sama ke kaedahnya?”
  • Jundullah98 Jundullah98 on Cara Main Game Menggunakan Telegram: “Wah menarik dan banyak betul yea fungsi Telegram ni.”

Terkini

  • 12 Kraf dan Aktiviti Ramadan untuk Kanak-kanak
  • 5 Drama Ramadhan Best Untuk Ditonton Kembali!
  • 6 Aplikasi Membuatkan Akan Anda Multitasking!
  • Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba
  • Menolong Saudara Yang Zalim Dan Dizalimi
  • 5 Rancangan Televisyen Islamik yang Boleh Ditonton
  • 3 Langkah Mudah Daftar Undi dengan MYSPR
  • Websites Terbaik Mendapatkan Templat Slide Pembentangan PowerPoint Percuma

Terbaik Bulanan

  • Apa Sebenarnya Berlaku Saat Tubuh “Ditindih”?
  • 6 Filem Netflix 2021 Yang Wajib Anda Tonton
  • 8 Produk Xiaomi Terbaik Selain Telefon!
  • 4 Websites Membuat EPortfolio Terbaik
  • 12 Drama Korea Paling Banyak Ditonton

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2021 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz